Friday, December 26, 2008

Kehidupan baruku..



Alhamdulillah..akhirnya, saya dapat menjejakkan kaki ke UIA kampus kuantan untuk menyambung pengajian ijazah saya. masuk hari ni dah nak dekat seminggu lebih duk kat kuantan ni. kelas pun ada yang dah start. keputusan untuk mengambil kos biomedic memang sangat memerlukan saya untuk berfikir pro dan kontra.

Alhamdulillah, berkat istikharah dan doa keluarga dan sabahat-sahabat akhirnya saya pun membulatkan tekad untuk mengambil kos ni..walaupun sebelum ni rasa nak buat Biotech,tapi petunjuk Allah adalah segalanya buat saya dan membuatkan saya lebih tenang membuat keputusan ni. bila difikirkan kembali, saya dapat rasakan ternyata memang ada hikmah yang tersingkap di sebaliknya..Now, i'm student in Bachelor of Biomedical Science (BBioMed)..and i have to spend 4 years in this field to complete my bachelor..oh, satu keputusan yang sangat berat. Ya Allah, Kau mudahkanlah segalanya buatku..sesuatu yg saya tidak pernah pun terfikir sebelum ini..i'm become a scientist ..InsyAllah..

Suasana di sini yang masih baru bagiku memerlukan saya untuk banyak belajar untuk adapt semuanya.dari segi pembelajaran, kelas, kehidupan bersosial, dan yang paling penting sekali untukku fahami adalah waqi' untuk jaringan dakwahku berkembang di bumi Kuantan ni. Alhamdulillah, setakat ni kehidupanku masih terurus dengan baik..untuk hari-hari yang mendatang, semoga ia akan berkekalan hendaknya. Membuat keputusan untuk tidak balik rumah sempena cuti krismas dan ma'al hijrah ni membuatkn saya lebih belajar dan memahami environment kampus ni. syukran atas bantuan sabahat-sahabat yang sudi membantu diri ini.

Teringat kata-kata ustaz ketika belajar di pondok dulu, pelajar baru di sana akan berpantang selama 40hari untuk tidak balik rumah semata-mata perlu menyesuaikan diri dengan suasana tempat belajar dan guru-guru di sana. Alhamdulillah, suasana di kuantan ni membuatkan saya lebih tenang dan selesa unuk belajar berbanding semasa di matrik pj dlu. semoga hari-hariku disini selama 4 tahun yang akn datang akan lebih tenang dan mendapat redha Allah dalam segala apa yang saya lakukan. harapan mak dan abah yang menggunung tinggi saat menghantar ku ke sini untuk melihatku berjaya akan ku tunaikan..InsyaAllah... Doa dari mak dan abah sangat didambakan..Ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini..

Monday, December 22, 2008

kenangan di pondok..





Sekalung penghargaan buat sahabatku...


syukran jiddan ana ucapkan buat sahabat kesayangan ana, Nur Syuhadah binti Izwar Arfani atas banner yang telah dibuat khas untuk blog ana ni..cantik tak?wah..nampak bersemangat nk gi berjuang bila tengok banner ni kn..=)apapun,terima kasih banyak kerana telah meluangkn masa seharian untuk create banner ni..nak bt sendiri tak reti,tu yang mintak adah tlg buantkn tu..hehe..dan syuktan jugak sbb sudi lawat sya kt kuantan ni. sempat lagi singgah sini walaupun masa tu tgah on the way nak balik gombak..walaupn jmpa kejap je, tapi saya sagt menghargainya..lain kali lawat la sya lagi ye..=)..sahabt2 gmbak pun bila nak turun kuantan?..k la,setakat ni dlu post untuk hari ni.sebenarnya tagh tunggu kelas physiology kul 2pm ni..sempat lagi snggah lab comp :p
buat adah dan sahabat2..selamat meneruskan perjuangn untuk sem2 kalian..slm jihad,salam juang!!

Saturday, December 20, 2008

Kembara ilmu...

Pengajian pondok 2008~19Nov-4Dis 2008::Madrasah Diniah Bakriah,Pondok Pasir Tumbuh::

Alhamdulillah..inilah kali kedua ana menjejakkan kaki ke Kelantan, kali ini mempunyai tujuan yg amat besar dan mnjadi impian ana..pengajian pondok di Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh. Walaupun lebih kurang 2 minggu sahaja berada di sana ,tapi pengalaman yg dapat sngat berharga dan tidak akan dilupakan.

Antara kitab2 yg kami pelajari disana ialah matan jurumiah(nahu), matli’ul badrain(feqah), durus thamin(tauhid), kitab masbuq muafiq. Walaupn nmpak banyak,tapi sebenarnya tidak habis pun kami belajar selama 2 minggu..memang tidak cukup. insyaAllah ana menyimpan anganan untuk belajar pondok slpas menghabiskn pengajian ijazah ana di UIA..smg ianya tidak mnjadi anganan semata-mata.

Terasa diri sangat dhaif bilamana berada di sana. Bnyak perkara2 baru yang ditimba sepanjang berada disana dan memang sangat mementingkan adab dengan guru. Itulah kunci kejayaan seorang pelajar yg mana ana rasa susah nak jumpa suasana macamtu kat tmpat lain.apa2 pun mmg banyak pengajaran yang boleh diambil.

Berkampung selama 2minggu bersama sahabat2 adalah satu kenangan manis dan tak mungkin dilupakan. Smg ianya dapat mengeratkan ukhuwah dgn sahabat2 gombak yang sekarang ni jauh di mata.

sesekali kami diuji disana, kebetulan musim tengkujuh melanda kelantan,dan sepanjang berada disana hujan turun tanpa henti. dan yg peliknya,kami lebih brsemangat pergi kelas dengan meredah hujan lebat dan banjir. mungkin ustaz2 dan ustazah kami pun datang mengajar dengan ikhlas. berkat keikhlasan semua, memudahkn kami menuntut ilmu Allah. dan ianya mengajar ana mnjadi seorang yang redha menerima apa saja ketentuan Allah.
gambar2 tak dapat nak masukkn untuk kali ni..InsyaAllah pada entry berikutnya=)

Tuesday, November 11, 2008

Hanya 15 hotel miliki sijil halal?

Isu penyediaan dan makanan halal di Negara kita masih hangat dibincangkan dan tiada noktahnya. Sungguhpun pernah dilaporkan dan diketengahkan oleh media massa serta mendapat respon balas orang ramai, hokum ‘halal & haram’ masih dikesampingkan sedangkan ia satu tuntutan agama yg jelas dalam Al Quran antaranya dalam surah Al Baqarah dan Al Maidah.

Lebih mengejutkan , hasil maklumat dan semakan yg diperoleh pada 20 Oktober yg lepas, daripada ribuan hotel di seluruh Malaysia hanya 15 buah sahaja yg mempunyai sijil halal daripada JAKIM dari sudut penyajian dan penyediaan makanan (sila rujuk www.halal.gov.my)

menurut direktori halal di lama web jakim, hanya 5 buah terdiri daripada hotel yg berpusat di Kuala Lumpur manakala bakinya daripada ipoh, sabah, Sarawak dan negeri2 lain yg mendapat sijil halal

Tanpa disedari, umat islam samada secara individu, syarikat mahupun NGO islam ataupun parti politik seringkali menganjurkan pelbagai majlis di hotel2 terkemuka di seluruh Negara yg turut menyajikan hidangan makanan kepada penganjur yg meragukan dari sudut status pengesahan halalnya.

Ini termasuklah menganjurkan majlis brbuka puasa, majlis hari raya, majlis perkahwinan dan sebagainya di hotel2 sedangkan ianya mengundang persoaln samada sajian maknan yg disajikan halal atau sebaliknya.

Lebih mendukacitakn adakalanya program2 yg dianjurkan di hotel2 yg diragui halal dari segi makanan dan penyediaannya turut menghidangkn makanan kepada tetamu ty beragama islam termasuklah tokoh2 terkenal dan tokoh2 agama yg menghadiri majlis tersebut.

Samada meremehkan atau terlepas pandang , kebanyakan pelanggan hotel beragama islam tidak langsung menyelidiki atau mendapatkan pengesahan samada makanan di hotel terbabit mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Hanya berpandukan menu hidangan tradisi melayu seperti nasi goreng, rendang ayam atau kari daging belum tentu ianya menjamin halal sesuatu makanan itu.

Antara persoalan yg berbangkit ialah ramuan makanan itu yg mungkin bercampur dngan bahan yg ditegah oleh syarak seperti arak dan babi termasuklah penggunaan peralatan masakan dan makanan yg diragui tercemar dengan bahan yg diharamkan oleh agama islam sendiri.
Beberapa orang chef pernah mendedahkan sebelum ini di media bahawa beberapa sajian makann yg terdiri daripada ramuan arak ialah seperti sup, kek, desert dan makanan barat manakala sos dan pencecah ayam goring dan daging panggang juga dikhuatiri daripada bahan seperti minyak babi.

Selain itu dikhuatiri juga mesin pengisar di dapur hotel2 yg dikatakan mencampurkan semua jenis daging di dalam satu mesin termasuklah daging babi manakala tidak diasingkan peralatan seperti pinggan mangkuk dan cawan yg telah digunakan untuk menyajikan makanan terlarang seperti arak dan babi.

Jakim menjelaskn dalam lamannya bahawa ‘makann halal’ yg perlu mndapat mengiktirafan sijil halal mstilah mempunyai ciri2 ataupn syarat2 seperti brikut :

a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa2 bahagian atau benda dari binatang yg orang islam dilarang dari memakannya atau yg tidak disembelih mengikut hokum syarak.

b) tidaklah mengandungi apa2 benda yg di hokum sebagai najis mengikut hokum syarak.

c) tidak disedia, diproses atau dihidang dengan menggunakn apa2 alat yg tidak bebas daripada banda2 najis mengikut hokum syarak.

d) tidaklah dalam masa menyedia ,memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dgn apa2 makanan yg tidak memenuhi kehendak perenggan a,b,c. atau apa2 bnda yg dihukum sebagai najis menurut syarak.

Dalam piawaian halal jakim menyatakan bahawa mana2 dapur yg disahkan halal hendaklah diadakn pengasinagn yg menyeluruh , tidak boleh bercampur dgn dapur yg tidak halal meliputi dari segi stor penyimpanan barang2 mentah, coldroom, freezer, dapur,peralatan memasak,peralatan makan dan minum, sudu garfu, cawan, sinki , peralatan membasuh dan pekerjanya (tukang masak) hendaklah muslim.

Amat memalukan apabila kerajaan bersungguh-sungguh memperkenalkn Malaysia sbagai ‘halal hub’ dan mempromosi makanan halal Negara namun hanya 15 buah sahaja hotel di Malaysia yg ‘mengizinkan’ rakyat yg beragama islam mnjamah dan menjamu selera tanpa syak wasangka.
Itu kategori hotel..bagaimana pula dengan produk makanan di resort, restoran, medan selera, cafeteria, kedai kek dan pastry, restoran makanan segera, pasaraya dan premis perniagaan yg lain?.....tepuk dada,tnya iman..

Dipetik daripada analisis Azamin Amin, Harakah 24-26 Oktober 2008

Sunday, November 2, 2008

CFSIIUM Dalam kenangan..


Alhamdulillah,selama2nya kesyukuran ke hadrat Allah atas nikmat iman dan islam yg dikecapi sehingga saat ini..dah 2 minggu dok kt rumah,akhirnya selamat jugak ana habiskan sesi pengajian asasi di CFSIIUM (Centre For Foundation Studies IIUM)..lega rasanya dah habis final exam yang menandakn tamat jugalah ana belajar setelah 2 tahun study di situ. InsyaAllah kalu takde aral melintang,bulan disember ni akn sambung degree di UIA kampus kuantan. Sekarang nipun dlm dilema,Pening juga xtahu nak pilih course apa nanti..biotech?biomedic?...”Ya Allah,Kau berilah petunjuk dan pilihan yg terbaik untukku”. Kadang2 rsa mcm sedih pula nak tinggalkn adik2 kt pj..tp, xpela,perjuangn perlu diteruskn.byk lagi yg perlu dikorbankan lepas ni. Bila teringat kembali saat belajar semasa di cfsiium, mmg banyak kenangan manis n pahit bersama sahabat2 yg tak dapat dilupakn. disinilah bermulanya ana mengenal erti jihad n perjuangn dakwah, disini jualah ana banyak mengenal erti hidup yg sebenar, menempuh mehnah dan tribulasi dlm perjuangn mahupun dlm akademik dan segala macam perkara yg boleh diambil pengajaran untuk menghadapi kehidupan n hari akan mendatang. Sebelum masuk kuantan, ada lbh kurang 2bulan cuti..lma juga tu, emm..nak buat ape ye?..insya Allah akn dimanfaatkn cuti ni sebaiknya..

Tuesday, September 23, 2008

Sujud terakhirku...


Dlm sujud terakhirku,Ya Allah..
ku teriakkan asma’Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dlm diriku ini,
Dlm sujud terakhirku Ya Rabbi...
aku menangis sejadi-jadinya,
biar kering air mata ini,namun basah lading hati yang gersang.
Dlm sujud terakhirku Ya Rahman...
ku lihat semua dosa yg membayangiku,
kelam mencengkam jiwa yg lusuh...
Dlm sujud terakhirku Ya Rahim..
biar aku patah dlm cahayaMu..
biar aku musnahkn titik2 kemunafikanku,
agar aku kmbali dlm pelukan hidayahMu..
Dlm sujud terakhirku..
biarlah aku hirup nafasku sekali lagi,
hanya untuk mnyebut namaMu dan kekasihMu tercinta..
Allahuakbar !!
Lailaha illaAllah, Muhammad Rasulullah..

Rindu manusia vs Rindu Allah...


Sbenarnya lama dah tulis post ni,tapi asyik tak smpat je nk mskn dlm blog..alhmdulillah..akhirnya..

Beberapa hari yang lepas,sahabat2 kuantan turun KL. Mereka pn mengambil kesmpatan untuk melawat ana kt pj ni..Inilah saat yang ditunggu-tunggu,terasa sgt rindu dgn shbt2 yg sama2 ditarbiyah, yg sma2 kne marah ms tamrin , sma2 handle program dan segala susah dan senang bersama. Akhirnya terubat jugak kerinduan ana terhadap shbt2. Inilah dia rabitah hati kerana berukhuwah fillah dlm sma2 berjuang, tak sama dgn org2 yg berkumpul kerna urusan dunia.Dan tanpa disedari,ketika bersalam dan mendakap shbt2,tiba2 air mata mengalir membasahi pipi. Satu perasaan yg tak dpt nk diungkapkn,dan perasaan ni jugak la ygy ana rasai selepas kami selesai TQ adik2 dlu. Hiba,sayu,sedih,terharu,rindu,gembira dan sebagainya. Lantas lidah dan hati mengungkapkan kalimah syukur atas rahmat dan kasih sayang yg Allah beri untuk berjumpa shbt2 wlpn hnya seketika. Mungkin lpas ni ana tak dapat lagi peluang ini. Air mata kesyukuran dan kerinduan kepada sahabat2 ana.. Dan, ana pn terfikir...alangkah bagusnya kalau inilah perasaan yg dpat dilahirkn sewaktu kita berjumpa dgn Allah dlm solat n ibadat2 lain. Boleh mngalirkn air mata swaktu solat, khusyuk merintih memohon doa...Kerinduan seorang hamba kepada Tuhannya..yelah,mcm perasaan seseorang bila berjumpa dgn kekasihnya la kn..rindu,gembira dll..tp kdg2,takde pn perasaan tu bila kita solat kn?...knp agaknya ye?mungkin dlm hati kita ni masih lagi terselit perasaan riya’,bongkak,angkuh dan sombong terhadap Allah. Merasa diri akulah yg paling busy,byak bt kerja2 untuk islam tanpa kita sedari kita telah menzalimi diri sendiri..sama2lah kita bermuhasah diri. Ambillah peluang Ramadhan yg tinggal setengah ni untuk perbaiki diri mnjadi hamba yg rabbani dan bukan hamba Ramadhani..Dan bilamana hubungan kita dgn Allah terjaga,InsyaAllah hubungn kit sesame hambaNya jugak akn Allah redhai...
Bila shbt2 bertolak balik lps 2, tinggallah ana dgn shbt2 kt sni meneruskn perjuangn. terasa sayu n hiba. bila kn lagi dpt bertemu mereka. Dlm keadn sedih bercmpur hiba n bad mood kerana tak berapa sihat sebenarnya hari tu.,seorang sahbt mngajak ana buka puasa kt luar, bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ya Allah,betapa besarnya rahmatMu kepada hambaMu yg hina ni. Yelah,sape yg tak nak buka puasa dgn Tuan Guru,lagi2 dia slh sorang pemimpin idola ana. Di saat bersedih,Allah gantikn sesuatu yg menggembirakn (^_^)...Akhirnya ana pn bersetuju dgn pelawaan sahabat td n sgt gembira kt sna bila jmp shbt2 gmbak pulak mlm 2...Ana bersyukur dan bertuah kerana dikurniakn shbt2 yg begini. Sush dan senang bersama,slng memahami wlpn sebenarnya mereka tak tau pn keadaan ana sebelum tu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang..Walllahua’lam..
Kadang2 Allah hilangkan matahari, sekejap kemudian Allah datangkan petir dan kilat. Puas kita menangis, mana matahari? Rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik=)

Thursday, September 11, 2008

Pemergian yg tiada gantinya..

setelah lme tak post sesuatu dlm blog ni,akhirnya ter'post' jgk..
9 Ramadhan 1429 H…bersamaan 9 September..memberi sribu makna dlm hidupku,pemergian seorang sahabat n kakak yg sma2 berjuang utk Islam,Allahyarhamah Siti Hajar izham..Dlm pkul 12 am lbh mlm tu,sy dpat call dari shbt di gmbak..dlm tngisannya dia memberitahu k.hjr dh mninggal dnia sbntar td..Ya Allah,lemah longlai rasa diri ini seakn tidk percaya.dah la baru2 ni byk dgr berita kematian org lain n yg terbaru pula plak kes bdk kt pj ni..dan tak sangka2,berita shbt sendiri meninggal..Ya Rabbi,Kau sgt berkuasa mngatur segalanya.baru sbntar td sy sdg sibuk mngemas bazaar kami n siap2 utk balik..tulah hari first sy dan adk2 kt pj ni bkak bazaar ramadhn.lantas, sy terus bagitau berita tersebut pd shbt di kuantan..tak lme lps tu plak,Azrol msg ajak sy gi lwt arwah.ktnya kejap lg fathi dtg jmput.dlm kul 1.45am,shbt2 gmbak jmput sy n bbrpa shbt kt pj ni untuk melawat arwh kt umahnya.sampai je kt umahnya, jmp shbt2 gmbak,persaan hiba n sebak tak dpt nk tahan.bila g umah arwah,mmg byk kenangn bersamanya..terutamanya kenangn bersamanya dlm ISIS..teringat wktu kami sme2 berusrah,bkak gerai utk taaruf week,jamuan isis,siap tido kt umah dia lg..shbt sy,ain shaharudin..dah xdpt kawal persaan..kmi sgt2 terasa khilgn beliau,kalu sblm ni,ada ape2 program nisa’ @ muslimat negeri,kami akn pegi sekali n janji nk jmp kat sne..tp skrg,sy dan ain shj la yg jd peneman..sblum balik,smptlh mngucup dahi n menatap wajah arwah bt kali terakhirnya..trasa sejuk n tenang je..dlm kul3.30am,kami pn bertolak balk asrama...dgn xckup tido+ltih seharian mnguruskn gerai+x tahan sebak n sedih..pg 2 dlm lab physic mmg xdpt nk focus.dah la experiment 2 susah,hu2.akibatnya group sy jd last group balik sbb xsiap report lagi..ptg tu plak ad quiz math,dgn keadn study last minitnya,dptlah jgk jwb wlpn seharian emosi tak stabil lagi teringatkn arwah..kali terakhirnya jmp beliau wktu sy short sem n Alhamdulillah bbrpa minggu lpas sy smpt call dia,waktu 2 shbt2 gmbk tgh melawt dia kt umh..dia minta sy doakn utk ksihatan dia..ssghnya,k.hjr mmg seorg yg tabah.dlm prjalann balik slps melawt arwah mlm 2,teringat dia pnh kata kt sy n shbt2 isis,kalu blh dia nk bt usrah@liqa isis dgn adk2 wlpn kami dh gi main cmp.dia bersedia utk jdikn rumahnya tmpt ktorg berkumpul n bersedia masak utk kami.. kdg2,rasa seakn2 tak percaya yg k.hjr dah pergi meningalkn kami..tp,knelah jgk trima hakikat,stp yg bernyawa pasti akn mati.mgkn ms ni gilirn beliau..mane tau laps ni giliran sy plak..tak mustahil,kn..mgkn lps sy post entry ni dlm blog,malaikt ‘izzrail dh bersiap nk cabut nyawa..ya Allah,ampunknlah segala dosa2ku..dlm keadn sayu n hiba menanagisi pemergian arwah,terselit seribu hkmah yg Allah kn berikn dan hnya org2 yg berrfikir shj dpt mmahaminya.Allah lbh mnyayangi arwah,sbb 2 dia pergi dlu..kita yg msih hidup ni x tau lg setakt mane kasih syg Allah kepada kita..jgnlah nikmat usia yg ada ni diisi dgn kemaksiatn.. Nau’zubillah min zalik..smg arwah n kita semua tergolong di klgn org2 yg beriman..jadilah kita apbila dilahirkn,org gembira mnymbut klahirn kita,tp kita menangis.dan bila saat kematian plak,org menangis tp sebalikny kita gmbira mnghadap Allah.InsyAllah..

Tuesday, July 22, 2008

Bahaya Zina...Sayangi zuriat kita..


Suatu petang, ada seorang remaja perempuan datang bertemu dengan ustaz tanpa temu janji. Pakaiannya amat sopan, bertudung bulat dan mukanya bersih. Dia bertanya berbagai-bagai soaln agama. Ustaz tersebut mnjawab sekadar yang ustaz itu tahu. Dia bertanya ; apa hukum anak zina? Ustaz itu mnjawab: anak zina tidak bersalah apa2..yang bersalah ibubapanya. Anak zina tidak menaggung apa2 dosa.

Dia bertanya lagi ; apakah hubungan anak zina dengan bapanya? Ustaz itu berkata : Islam tidak mengiktiraf hubungan darah antara anak zina dengan bapanya. Bahkan bapa itu boleh berkahwin dengan anak zinanya. Remaja itu terus bertanya : kalu begitu,anak zina itu bukan muhrim? Ustaz itu mnjawab; Ya,anak zina tidak boleh mendedahkan aurat kepada bapanya walaupun didalam rumah, tidak boleh bersalaman, apatah lagi mngucup tangannya...

Tiba-tiba remaja itu tunduk dan kenudian menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihatnya pasti akan menangis bersamanya. Dengan sedikit kkuatan yg ada, dia mengangkatkkn kepalanya,seraya berkata..saya adalah anak zina.....

Ustaz itu cuba tenangkn perasaannya. Adaka kamu pasti? Dia mnjawab: ya, saya mndengar dari sebelah bilik, makcik bertengkar dengan mak dan ayah. Dalam keadaan marah, makcik berkata, kamu jgn nak tunjuk baik..warak..kak long tu (diriya) adalah anak zina..apabila saya mndengar kalimah itu, saya rasakn dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapakah ayah dan mak lakukan begitu?

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya masih hidup. Sudah kering air mata. Saya tidak dapat mngubah sejarah. Ayah dan mak yg saya kenali adalah orang yg baik, tidak pernah mngabaikn solat dan puasa, bahkan mereka berdua amat penyayang, amik berat pndidikan agama anak2nya. Saya tidak percya mereka pernah terlanjur. Tapi ini adalah hakikatnya...Dia terus menangis dan menangis. Air mata belum dapat mngambarkn luka hatinya.

Ambillah iktibat. Jangan mnjadi ibu bapa kepada anak zina..kasihanilah zuriat kita,janganlah anak yg tidak berdosa menaggung keaiban ibubapa mereka..Mereka tidak mahu dilahirkn sebagai anak zina...Oleh itu, JAUHILAH ZINA...

Allah berfirman:
“lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yg berzina atau musyrik,dan perempuan yg berzina itu pula tidak akan berkahwin dengan lelaki yg berzina juga. Dan perkahwinan yg demikian itu terlarang kepada orang yg beriman”
(Surah An-Nur : 3)

Cantiknya Wanita...

“Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberiknnya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yg seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ktika orang2 lain mnyerah, dan mngasuh keluarganya dengan pendritaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberikannya kepekaan untuk mencintai anak2nya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat mnyakiti hatinya.”

“Aku memberikannya kekuatan untuk mndukung suaminya dlm kegagalannya dan melengkapi dgn tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mngetahui bahawa seorang suami yg baik takkan pernah mnyakiti isterinya, ttpi kadang2 mnguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu2.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilamana ia perlukan.”

“kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaiannya yg dikenakannya, susuk yg ia tampilkan, atau bagaimana ia mnyisir rambutnya. Kecantikan seorng wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tmpat dimana cinta itu ada.”

Setiap wanita itu cantik dan mnjadi perhiasan dunia...Sebaik2 wanita adalah WANITA SOLEHAH...

Friday, June 6, 2008

Catatanku...

Alhamdulillah..baru je habis final exam untuk sem pendk...smlm baru sampai umah dan berkesempatan utk post sikit dlm blog ni stlh lama tak update...InsyaAllah lpas ni ana kn ceritakn sedikit pngalamn berkaitan ape yg ana post tadi...masa tak m'izinkan..Iallah ptg ni ana akn bertolak ke kelantan..ats urusan keluarga...ada kesempatan lpas ni,ana akn ceritaknlah serba sikit pengalamn gi negeri 'Serambi Makkah' ni.. =)...be continue..

Waspada percanggahan ikrar dalam solat


Di dalam Taurat, Tuhan mnyebut melalui firmannya yg bermaksud:”hai manusia, usahlah kamu lepas peluang supaya kamu berdiri di hadapanKu dlm keadaan solat sambil menitiskan air mata, kerana Akulah Allah yg boleh mndekati hatimu dan melalui ghaiblah kamu blh mlihat nur rahsiaKu”…
Sebab itulah apabila seseorang solat dgn linangan air mata pada hakikatnya terasa “futuh” iaitu terbuka hati (perasaan luar biasa),pilu dan hiba serta sedih oleh sebab terlalu rapatnya Allah pada sanubari. Apabila disebut rapat bukanlah dari sudut ukuran tempat dan jarak, rapat dari sudut bayangan Allah SWT beri hidayah dan rahmatNya.
Kini diceritakan melalui hikayat orang yg khusyuk dlm solatnya, adapun khusyuk itu hasil daripada seseorang itu beriman dan yakin kepada keagungan Allah SWT. Yakin itu kedudukannya setingkat lbih tinggi daripada mngetahui (alim), orang yg alim blum pasti yakin dgn apa yg dia tahu.
Keyakinan itu berpunca daripada memahami dgn mndalam keagungan, kehebatan dan kewibawaan Allah SWT. Semuanya apabila masuk ke sanubari, maka ia akan melahirkn sifat khusyuk kepada Allah SWT .Yakin iaitu org yg amat pasti bahawa dua lbih baik daripada satu dan tidak mungkin sebaliknya. Pendirian itu tidak mungkin digugat walau dgn apa jua hujah sekalipun.
Antara tokoh dlm Islam yg khusyuk solatnya ialah seorang sahabat bernama Rabi’ bin Haitsam. Satu daripada sifatnya apabila berjalan beliau sntiasa jalan dgn menunduk krana hndak mnjaga matanya daripada mlihat perkara yg tidak diizinkan oleh Allah.
Rabi’ sntiasa berkunjung ke rumah sahabat Nabi bernam Abdullah bin mas’ud yg mashyur meriwayatkan hadis Nabi SAW. Oleh kerana seringkali berjaln dlm keadan tunduk memejamkan mata, mnyebabkn ada orang mnyangka Rabi’ seorang buta.
Sewaktu Rabi’ berkunjung ke rumah Abdullah, laul anak kepada Abdullah yg masih kecil memberitahu ayahnya bahawa sahabatnya yg buta itu sudah sampai. Memang kanak2 itu mnyangka Rabi’ itu seorang yg buta kerana tersilap anggap lantaran Rabi’ sering berjalan dengan tunduk sambil memejamkan mata.
Rabi’ berbuat demikian kerana berasa malu kepada Tuhan jika pandangannya liar melihat ke sana dank e mari. Lantaran semangat yakin kepada Allah SWT begitu hebat mencengkam jiwanya. Suatu hari Rabi’ berjalan bersma Abdullah pergi ke sebuah bengkel besi, mnyaksikan tukang besi yg sedang mambakar besi untuk dijadikan senjata. Apabila beliau terpandang hembusan api di dapur sedang marak mnjilat besi hingga merah mnyala, lantas Rabi’ terperanjat rebah lalu pengsan.
Beliau rebah pngsan apabila terpandang api yg marak di dapur tukang besi itu, lantas pemikirannya melayang secepat kilat ke akhirat dan terbayang api neraka yg mnjulang dahsyat dan menggerunkan itu. Abdullah melihat muridnya pengsan itu, namun Rabi’ tidak sedar juga daripada pengsannya. Akhirnya dia dibawa pulang ke rumahnya hingga keesokan harinya barulah Rabi’ sedar.
Abdullah berkata kepada orang yg mnziarah ke rumahnya bahawa murid ku ini rebah pengsan kerana gerun melihat api yg marak di bengkel besi, gerun dgn azab api neraka sebelum mlihat keadan yg sebenarnya. Bagi orang yg meyakini azab akhirat mlihat api yg marak di muka bumi ini beliau lantas terbayang api neraka yg mnjulang . segala peristiwa di muka dunia untuk orang tertentu mnyebabkan sepantas kilat terbayang api neraka yg berlaku di akhirat. Bukan saja api yg marak di dapur tukang besi dapat membayangkan api neraka di akhirat malah terpandang wanita yg jelita dapat mngambarkan keayuan bidadari dlm syurga , merasai makanan yg enak boleh terbayang lazatnya makanan di syurga. Perkara begitu mrupakn amalan biasa bagi orang yg muqarrab ila Allah. kalau terlihat wanita jelita tidaklah hanya asyik dgn kejelitaannya saja. Sebaliknya mengaitkan dgn bidadari di syurga yg tentunya lbih jelita bagi pnghuni syurga. Apabila mnyaksikan peristiwa sengsara hanya melihat kesusahannya sahaja tanpa ambil iktibar kesengsaraan di akhirat. Itulah perbezaan hati org awam dgn hati org taqarrub ila Allah.
Yg merungsingkn hati Rabi’ apabila mndirikan solat, beliau tidak dpt mnepati janji yg dilafazkan dalam solat. Beliau bimbang terhadap prkatan dlm ucapannya berbanding dgn kata2 Tuhan pada hari akhirat kelak terhadap janji yg diikrarkn itu. Rabi’ melafazkn “ihdinassirotol mustaqim”..beliau membayangkan bahawa Allah akan mnyoal dirinya benarkah Rabi’ memerlukn pimpinanNya atau hnya lidahnya saja berkata ttpi tiada contoh selepas solat dirinya masih mngiku caranya sendiri.
Antara perkataan yg merungsingkan fikirannya ialah apabila beliau mndirikan solat ucapan ikrarnya pada awal solat tidak selaras dgn apa yg Tuhan akn kata terhadap dirinya pada hari akhirat.

Mauidzah daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Friday, May 23, 2008

Nilai Islam kurang zahir di negara umat Islam


Kalau dibandingkan antara nilai Islam di bumi umat Islam dan nilai Islam di Negara bukan Islam seperti di sebahagian Negara Eropah, didapati seolah-olah nilai Islam wujud di segenap aspek khidupan mereka seperti kebersihan persekitaran, tandas awam, peraturan jalan raya dan sebagainya. Di mana yg mengamalknnya majority adalah mereka yg bukan beragama Islam.
Tetapi apabila kita menjenguk bbrapa Negara umat Islam khususnya di Timur Tengah, kita akan dapati seolah-olah khidupan scara islam tlah lama mati. Ini sebahagiaanya angkara pemerintah yg kurang prihatin terhadap persoaln tersebut atau dgn perkataan lain, mereka tidak bersungguh2 utk melihat Islam itu memerintah Negara, tidak kurang juga apa yg berlaku di Malaysia.
Ideologi pmikiran Barat dijadikan rujukan utama Negara dlm segenap pndekatannya dan memperjuangkannya hingga ke peringkat akar umbinya. Hal ini begitu ketara shingga aspek pndidikan , politik, ekonomi, social dan sebagainya tidak dipadankan dgn tuntutan agama Islam, malah ia terperosok di bawah ktiak mereka yg mmg tidak brsedia utk beramal dgnnya.
Umat Islam hari ini berbangga dgn menonjolkan identity diri dgn khidupan ala barat dkm segenap aktiviti khidupan mreka samada dari sudu penampilan, cara berfikir, berekonomi dan sebagainya.
Pengasingan cara hidup org Islam daripada Islam adlah slh 1 faktor lahirnya insan2 yg sumbang gerak lakunya, ini adlah kerana pengajaran Islam bukanlah mnjadi fktor utama hidup mereka.
Setiap anak sejak dilahirkan, ibubapa mempertaruhkn nasibnyakpada Allah selaku Pencipta supaya anaknya selamt. Ini dapat dilihat dari plaksanaan syariat azan dan iqamat pd kedua2 telinga anak, bertujuan supaya si anak itu mempunyai hbngan dgn Tuhannnya.
Tidak cukup dgn itu, Islam mngajar kta spaya memahan\mi konsep Ibadah solat serta falsafah plaksanaanya, bermula dgn surah Al fatihahyg mnjadi rukun dlm solat, ia mmpnyai mesej tersndiri utk melahirkn insam muslim yg hnya takut kpada Allah.
Tetapi apabila dirujuk kepada khidupan umat Islam kini, mnggambarkn bahawa mreka tiada hubungan dgn Islam dan sebahagian tuntutannya. Apa yg pernh ditegah oleh Nabi SAW 1429 tahun yg lalu muncul kembali. Muslim berpakaian spti wanita sebaliknya muslimah bagaikn lelaki dan byak lagi realiti umat islam yg tidak boleh dijadikn contoh ikutn kpada yg lain.
Fenomena ini berlanjutan dan mmberi kesan negative kpada semua pihak sama ada golongan pemerintah, karyawan, pekerja ibubapa dan sebagainya. Jelas sekali khidupan secara tidak Islam telah mguasai cara bertutur, berfikir ,berkomunikasi ,berpolitik ,berumah tangga dan byak lagi termasuklah bidang hiburan yg mndapat tmpat dlm masyarakat.
Aspek hburan yg sudah byak lari konsepnya daripda apa yg diketengahkn oleh Islam, ianya tidak ditegur oleh pihak berkuasa khususnya kepada ‘dress code’ para artis. Gambar2 mereka yg mndedahkn aurat memenuhi ruang akhbar,mjalah , TV dan sebagainya tnpa segan silu, mereka dianggap idola oleh sesetengah pihak.
Kadang2 gelagat mereka memperlihat kecetekan ilmu agama yg tidak sepatutnya ditonton utk tatapan umum. Ini dapat dilihat dlm persembahan para artis menerusi konsert yg sekali dipandang mnyerupai artis2 Barat iaitu dari segi pakaian, watak dan sebagainya yg tidak melambangkn insane yg bertamadun.
Sekiranya hal ini berpanjangan, dikhuatiri msyrakat bukan Islam menilai bahawa Islam juga membenarkn umatnya berhibur secara keterlaluan dan secara tidak langsung mnyumbang kpada tidak minat mereka kedapa Islam kerana tidak ada perbezaan antara umat Islam dgn non-muslim.
Apabila Islam dijadikan sandaran hidup setiap muslim dgn segala kesungguhan, pasti bumi yg dipijak ini akan menaungi manusia dgn hukuman yg seadil-adilnya
oleh:Zainuddin Hashim harakah bil1358

Sunday, May 18, 2008

Mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz

Antara kehebatan Khalifah Umar Abdul Aziz yg warak dan zuhud yg ingin dijadikan contoh ikutan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam pentadbirannya :

● Ketika baru dilantik mnjadi khalifah, ia mngundang ul
ama’ ke markasnya dan dgn segala rendah hati meminta ulama’ menasihati pemerintahannya, memandu supaya tidak melakukan kesalahan.
● Memastikan kakitangan pelbagai jawatan di negaranya tidak mnjadi “sarang kezaliman”, diskriminasi , rasuah. pilih kasih, penindasan dan sebagainya.
● Menentang para penjawat awam dari hidup bermewah-mewah yang mnjadi tradisi dan budaya para pmimpin Bani Umaiyah sblum ini.
● Kenderaan dan pakaian mahal yg diberikan kepadanya diserahkan kepada Baitulmal (Perbendaharaan Negara). Ia hanya mnggunakan kenderaan dan pakaian yg sederhana dan diperlukan sahaja.
● Tidak mnggunakan harta Negara (seperti rumah kerajaan,api,air dan lain2 untuk kepentingan peribadi.
● Dia mnghapuskan gaya hidup kekaisaran (maharaja) yg diamalkan oleh Dinasti Umaiyah sebelumnya dan dia hanya mncontohi peribadi keturunannya KhulafaurRashidin, Umar Al-Khattab yg sgt sederhana dan adil.
● Dia melarang rakyat berdiri menghormatinya ktika dia hadir di sesuatu majlis dan dia mnghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalaman dgn rakyat. Dan jka dia mnghadiri sesuatu keraian , dia tidak duduk di tmpat yg di khaskan kedapa tetamu kehormat, tetapi ia duduk bersama rakyat mnyebabkan tetamu kehormat datang menemuinya
● Dia membenarkan rakyat berjumpanya dgnnya tanpa protokol dan kebenaran penjawat awam terlebih dahulu.
● Dia memberikan kepada rakyat tanah dan harta yg dirampas oleh pemerintah sebelum ini.
● Dia mnyerahkan barang perhiasan isteri dan hartanya kepada baitulmah kkecuali apa yg diperlukan sahaja.
● Dia mengambil gaji hariannya sedikit sahaja. Itupun dari sebahagian yg sedikit itu diberikan pula kepada para pegawainya supaya pata pegawainya tidak khianat dan rasuah.
● Dia ingin menunaikan fardu haji dan brtanya kepada puteranya mngenai kewangan, lalu dia diberitahu bahawa wang yg ada sebanyak sepuluh dirham. Lalu Umar Abdul Aziz brtanya,”berapa sebenarnya mnjadi hakku?” lalu puteranya itu memberitahu.”Wahai Amirul Mukminin bersiaplah. Kota ada tujuh puluh ribu dinar, harta pusaka dari Bani Marwan.” Maka Khalifah Abdul Aziz segera mngarahkan ,”masukkan ia ke Baitulmal dan ambil sekadar mncukupi .”
● Ia sering memberitahu putera puterinya bahawa “ tidak ada gunanya engkau hidup mewah sdangkan ayahmu terhumban ke dalam neraka”.



Demikian peribadi hebat khalifah agung ini yg wafat pada 101 Hijrah dalam usia muda,39 tahun yg kewafatannya didakwa diracun disebabkn rasa tidak puas hati ssetngah pihak dlm keturunan Bani Umaiyah sndiri yg terbiasa dgn gaya hidup mewah dan salah guna kuasa. Diceritakn bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor memberikan sebuah buku mngenai Khalifah Umar itu kepada Lim ktika Almarhum dgn beberapa pemimpin lain melawat Lim di penjara suatu masa dulu.

Lihatlah,inilah contoh pemimpin yg sepatutnya diikuti oleh pemimpin hari ini..tapi lihatlah..berapa ramai yg betul2 ingin mnjadikan beliau sebagai contoh..zaman ini kita boleh lihat pada pemerintahan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yg mnyerupai pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Khidupan sederhana Tok guru ,solat dan doa munajat serta tangisannya yg sgt mnggetarkan perasaan di solat subuh Jumaat di Kota Bharu sehari sebelum mngndi yg dipancarkan di seluruh Negara oleh pelbagai saluran media alternative memberikan kekuatan luar biasa kepada pendukung keadilan Khususnya umat islam . Di sinilah bermulanya kemenangan…Allahu Akbar!!




Friday, May 16, 2008

Beristighfar tanpa penyesalan bukan taubat?!

Menjadi kelaziman kebanyakan org Islam, memulakan wirid slepas solat fardu dgn beristighfar bbrapa kali. Meskipun ucapan istighfar itu dilakukan scara istiqamah stp lpas solat,namun istighfar tersebut tidak dikira sbagai taubat,ttpi ia lbih sesuai jika ia digolongkan sbagai wirid biasa.
Beristighfar blum bererti bertaubat,krana Rasulullah SAW dlm sbuah hadithnya menyatakan:”At-taubah an-Nadamah” yg bermaksud taubat itu ialah penyesalan,jesteru itu taubat tnpa pnyesalan hnyalah mnjadi ucapan tradisi atau skadar wirid biasa.Krana bg sesetngah orang,adalah mnjadi kelaziman memulakn wirid slpas solat dgn bacaan istighfar,malah wirid2 yg slalu dibaca hnyalah skadar ikutan tnpa mngetahui makna n tujuannya.
Oleh itu pnyesalan yg tumbuh did lm hati di atas perbuatan yg lalu merupakn asas taubat,krns tnps pnyesalan tidak mungkin seseorng itu berusaha mmbaiki kesalahnnya.Biarpn beribu kali ucapan istighfar yg diucapkan oleh lidahnyaslagi tidak menyesali dosa2 yg dilakuakn,ia tidak dinamakn taubat.Apatah lagi jika orang itu masih lagi mlakukn dosa2 tersbut.
Penyesalan hanya akan muncul apabila seseorng itu mngetahui bhawa maksiat atau dosa yg dilakukn adlh punca kmurkaan Allah yg akn mmbawa kpd siksaan kubur dan akhirat.Ilmu memainkan peranan penting untuk mmbezakn yg benar n salah.
Untuk itu stp orang yg beriman msti mndalami ilmu khususnya ilmu agama yg diajarkan Rasulullah samada menuntut scara formal @ tidak.Namun ilmu msti dihalusi, krana kjahilan itu suatu yg dibenci Allah.Sabda Nabi yg bermaksud:
“orang alim itu adalah kekasih Allah walaupn dia fasiq dan org jahil itu adlh seteru Allah sekalipn dia ‘abid”
Bagaimanapn ilmu sja tidk mncukupi,ramai org yg berilmu ttpi tidak ingkar kpada Allah dan beriman kpadaNYA seperti golongan orientalis.Sekalipn mereka mnguasai al-Quran n mndalami tafsirnya.namun mereka tidak beriman dgn
isi kandungan al-Quran krna pnguasaan ilmu itu hnya untk mnyerang Islam.
Justeru,ilmu yg dimaksudkan ialah ilmu yg dapat mmbawa kpda makrifatullah krana ia berperanan bagi mnyuburkan keimanan seseorang. Dengan ilmu jga seseorng mngetahui persoalan dosa,samada dosa besar @ kecil. Meskipun para ulama’ berpendapat bhawa semua dosa itu dikira besar belaka, krana dosa besar @ kecil adlah bererti kmurkaan Allah dan stp dosa akn menerima akibat buruk dari Allah.
Dosa kecil seperti terpandang aurat wanita atau sebaliknya, maka dosa2 kecil itu tidak memerlukan seseorang itu brtaubat,ttpi ia akn gugur dgn berbagai2 cara. Dengan limpah rahmat Allah, dosa2 kecil akn terhapus umpamanya dgn mlakukan kebajikan, tolong-menolong sesame insane dan dgn melakukan amalan sunat.
Rasulullah SAW dlm sbuah hadithnya mnyatakan: Bhawa ibadat solat hari ke minggu, dari bulan ke tahun. Puasa dari Ramadhan thun ini ke Ramadan thun depannya akn mghapuskan segala dosa kecil di antara waktu2 itu, kalau diikuti dgn menjauhi dosa2 besar.
Menghindari dosa bukanlah suatu pkerjaan yg mudah, kerana dikelilingi oleh berbagai anasir yg membawa kepada dosa tersebut. Untuk mengelak dari dosa besar, terutam ahidup dlm dunia moden yg sntisa dikelilingi dgn maksiat.Gelanggang ekonomi hampir dikuasai oleh system ekonomi riba’, maka seseorang terpaksa menjauhi smua jalan2 riba. Mereka terpaksa bersusah payah utk tidak memiliki keperluan hidup sperti tinggal (rumah) dan kenderaan yg terpaksa dibeli secara riba.
Demi menghindari perkara yg haram, mungkun seseorang terpaksa tinggal did lm rumah sewa yg sderhana, sblum berkemampuan memiliki sbuah rumah dgn cara yg tidak bertentangan dgn syariat. Demikian juga dgn kenderaan yg mnjadi keperluan hidup,dgn hanya memiliki sbuah knderaan yg terpakai sesuai dgn kemampuan kewangan yg dimiliki, sekalipn kerap mghadapi risiko kerosakan dan sebagainya.
Segala kesulitan yg dialami krana menghindari dari tercebur ke lmbah riba dan juga perbuatn haram yg lain, merupakn suatu usaha mengelak diri dari terjatuh kpada dosa besar. Kecekaln diri ktika menjauhi segala dosa besar, adalah suatu jihad untuk mempertahankan iman dari pencemaran. Justeru, Allah amat mnghargai sgala usaha hambaNya itu dbn diberikn ganjaran kpada mereka iaitu dgn menggugurkan sgala bosa2 kecil.
Adapun dosa2 besar seperti membunuh, merompak berzina dan sebagainya semua itu tidak dapat dikaffarahkn kecuali dgn bertaubat. Iaitu memerlukn kpada wujudnya penyesalan atas sgala kesalahan yang lalu, menjelaskan sgala yg bersangkutan. Jika dosa mumbunuh org mukmin penyelesainnya ialah dgn qisas atau mmbayar diyat. Demikian juga dosa merompak dan berzina mstilah terlebih dahulu melalui penyelesaian menurut yg telah ditetapkn oleh syariat. Seterusnya berazam dan berusaha utk tidak mengulangi sgala kejahatan dan bertaubat nasuha.

Sumber: Buku “INSAN, INGATLAH!” oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat….

Sahabat...Syukran atas segalanya.

Beberapa hari yang lepas, ana bersama shabat2 turun untuk solat maghrib berjamaah,solat hajat dan bacaan yasin di musolla groundfloor di mahallah kami.
Segalanya berjaln lancar dn selpas bacaan yasin, baru ana tahu rupannya ayah kepada slh sorang sahabat kami sedang dlm wad ICU saat itu kerana demam denggi. Virus dengginya telah merebak ke jantung dan paru-parunya…didoakn bliau sembuh dan tabah mnghadapi dugaan tersebut.
Bila ana mndengar perkataan ‘demam denggi’,teringat ana pada peristiwa setahun yg lepas di mana ana sendiri yg menghidapinya. Saat itu hny Allah sahaja yg tahu perasaan dan keadaan ana yg ana rasakn mcm nk mati dgn ujian tersebut.
Tapi, alhamdulillah setelah lbh kurng semiggu lbih demam dan berulang-alik ke klinik,akhirnya ana sembuh juga. Apa yg ana nak tekankn di sini,ana amat bersyukur sekali dipertemukn dgn sahabt2 yg sudi amik berat ttg ana terutama sekali syuhadah,ain shaharudin, zaiton dan shbt2 yg lain. Di mana merekalh yg susah payah paksa ana untuk pegi kinik dan jugak paksa ana mkn ubat sampaikn kena makn ubat depan dorang jugak..huhu..dah la ana ni paling tak suka pegi kinik dan makan ubat!..
Dn mereka jugaklh yg selalu menemankan ana pegi klinik untuk chek darah tiap2 hari sampailah keadaan ana ok wlaupun sebenarnya kandgn darah dlm badan msih lg rendah kalau dibandingkn dgn keadaan normal. Walaupn sahabat2 ana ni ada kelas, tapi
Mereka akn bergilir2 dgn sahabat2 yg lain untuk jaga n jenguk ana tiap2 hari. Ana sgt bertuah dikurniakn sahabat2 ini kerana sntiasa berada di sisi kita waktu susah dan senang dan pada masa yg sama juga mereka terpaksa korbankan sedikit masa mereka untuk ana kerana waktu 2 sebenarnya minggu final exam..ana sendiri pn jawab 4papers exam dlm keadan demam. Dan ana sgt mnghargai keprihatinan shbt2 muslimin juga.
Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hkmahnya, dan bila ana fikirkan balik, kalaulah ana tak pegi klinik awal2 dan sahbat2 ana pn tak paksa ana, ana fikir msti keadaan sakit ana makin teruk dan mungkin akn jadi mcm ayah kpd slh sorg shbat ana td. Alhamdulillah, ana sgt bersyukur dgn keadaan ini..dan kenangan ini akn ana ingat smpai bila2 kerana ia sgt memberi kesan yg mndalam dlm diri ana dan mngajar ana ttg apa erti persahabatan dan ukhuwah yg sejati. Memang sgt terasa kemanisan ukhuwah fillah itu krana bila mana kita berukhuwah kerana Allah, dan hati kita bertaut kerana aqidah yg satu ia akn memberi seribu makna pada kita..


“Seorang sahabat…gembiranya melakar bahagia, keperitannya mengguris jiwa, pshbtn andai diikat keranaNya, sgala yg berlaku pasti diterima..Ya Allah, kuatknlah aku menerima ujianMu, krana aku dgn kesabaran dan ketenangan yg Kau hadiahkan.Tuhan..Kau lindungilah sahabatku,moga mereka sentiasa berada di bawah jagaanMu..Ya Rabbi..” Ameen..


Salam Mujahidah...

Setinggi-tinggi kesyukuran di rafa'kan ke hadrat Ilahi krana dgn rahmat dan limpahan dariNya dapat jugak ana posting kt dlm blog ni stlah skian lama tertangguh..jutaan trima kasih utk sahabat2 ana terutmanya zaiton dan syuhadah ats tunjuk ajar n pertolongan kalian..hnya Allah shja yg dapat mmbalasnya..harapnya lpas ni ana akn rajin2 posting lagi dlm blog ni sbagai slh satu usaha dakwah ana wlaupun sebernarnya dlm keadaan ana yg msih blum bersedia dari segi thaqafah...tapi,InsyaAllah dgn nusrah Ilahi akn ana gagahkn jua diri ini demi ISLAM TERCINTA..TAKBIR!!!