Sunday, May 18, 2008

Mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz

Antara kehebatan Khalifah Umar Abdul Aziz yg warak dan zuhud yg ingin dijadikan contoh ikutan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam pentadbirannya :

● Ketika baru dilantik mnjadi khalifah, ia mngundang ul
ama’ ke markasnya dan dgn segala rendah hati meminta ulama’ menasihati pemerintahannya, memandu supaya tidak melakukan kesalahan.
● Memastikan kakitangan pelbagai jawatan di negaranya tidak mnjadi “sarang kezaliman”, diskriminasi , rasuah. pilih kasih, penindasan dan sebagainya.
● Menentang para penjawat awam dari hidup bermewah-mewah yang mnjadi tradisi dan budaya para pmimpin Bani Umaiyah sblum ini.
● Kenderaan dan pakaian mahal yg diberikan kepadanya diserahkan kepada Baitulmal (Perbendaharaan Negara). Ia hanya mnggunakan kenderaan dan pakaian yg sederhana dan diperlukan sahaja.
● Tidak mnggunakan harta Negara (seperti rumah kerajaan,api,air dan lain2 untuk kepentingan peribadi.
● Dia mnghapuskan gaya hidup kekaisaran (maharaja) yg diamalkan oleh Dinasti Umaiyah sebelumnya dan dia hanya mncontohi peribadi keturunannya KhulafaurRashidin, Umar Al-Khattab yg sgt sederhana dan adil.
● Dia melarang rakyat berdiri menghormatinya ktika dia hadir di sesuatu majlis dan dia mnghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalaman dgn rakyat. Dan jka dia mnghadiri sesuatu keraian , dia tidak duduk di tmpat yg di khaskan kedapa tetamu kehormat, tetapi ia duduk bersama rakyat mnyebabkan tetamu kehormat datang menemuinya
● Dia membenarkan rakyat berjumpanya dgnnya tanpa protokol dan kebenaran penjawat awam terlebih dahulu.
● Dia memberikan kepada rakyat tanah dan harta yg dirampas oleh pemerintah sebelum ini.
● Dia mnyerahkan barang perhiasan isteri dan hartanya kepada baitulmah kkecuali apa yg diperlukan sahaja.
● Dia mengambil gaji hariannya sedikit sahaja. Itupun dari sebahagian yg sedikit itu diberikan pula kepada para pegawainya supaya pata pegawainya tidak khianat dan rasuah.
● Dia ingin menunaikan fardu haji dan brtanya kepada puteranya mngenai kewangan, lalu dia diberitahu bahawa wang yg ada sebanyak sepuluh dirham. Lalu Umar Abdul Aziz brtanya,”berapa sebenarnya mnjadi hakku?” lalu puteranya itu memberitahu.”Wahai Amirul Mukminin bersiaplah. Kota ada tujuh puluh ribu dinar, harta pusaka dari Bani Marwan.” Maka Khalifah Abdul Aziz segera mngarahkan ,”masukkan ia ke Baitulmal dan ambil sekadar mncukupi .”
● Ia sering memberitahu putera puterinya bahawa “ tidak ada gunanya engkau hidup mewah sdangkan ayahmu terhumban ke dalam neraka”.



Demikian peribadi hebat khalifah agung ini yg wafat pada 101 Hijrah dalam usia muda,39 tahun yg kewafatannya didakwa diracun disebabkn rasa tidak puas hati ssetngah pihak dlm keturunan Bani Umaiyah sndiri yg terbiasa dgn gaya hidup mewah dan salah guna kuasa. Diceritakn bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor memberikan sebuah buku mngenai Khalifah Umar itu kepada Lim ktika Almarhum dgn beberapa pemimpin lain melawat Lim di penjara suatu masa dulu.

Lihatlah,inilah contoh pemimpin yg sepatutnya diikuti oleh pemimpin hari ini..tapi lihatlah..berapa ramai yg betul2 ingin mnjadikan beliau sebagai contoh..zaman ini kita boleh lihat pada pemerintahan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yg mnyerupai pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Khidupan sederhana Tok guru ,solat dan doa munajat serta tangisannya yg sgt mnggetarkan perasaan di solat subuh Jumaat di Kota Bharu sehari sebelum mngndi yg dipancarkan di seluruh Negara oleh pelbagai saluran media alternative memberikan kekuatan luar biasa kepada pendukung keadilan Khususnya umat islam . Di sinilah bermulanya kemenangan…Allahu Akbar!!




0 comments: