Friday, June 6, 2008

Catatanku...

Alhamdulillah..baru je habis final exam untuk sem pendk...smlm baru sampai umah dan berkesempatan utk post sikit dlm blog ni stlh lama tak update...InsyaAllah lpas ni ana kn ceritakn sedikit pngalamn berkaitan ape yg ana post tadi...masa tak m'izinkan..Iallah ptg ni ana akn bertolak ke kelantan..ats urusan keluarga...ada kesempatan lpas ni,ana akn ceritaknlah serba sikit pengalamn gi negeri 'Serambi Makkah' ni.. =)...be continue..

Waspada percanggahan ikrar dalam solat


Di dalam Taurat, Tuhan mnyebut melalui firmannya yg bermaksud:”hai manusia, usahlah kamu lepas peluang supaya kamu berdiri di hadapanKu dlm keadaan solat sambil menitiskan air mata, kerana Akulah Allah yg boleh mndekati hatimu dan melalui ghaiblah kamu blh mlihat nur rahsiaKu”…
Sebab itulah apabila seseorang solat dgn linangan air mata pada hakikatnya terasa “futuh” iaitu terbuka hati (perasaan luar biasa),pilu dan hiba serta sedih oleh sebab terlalu rapatnya Allah pada sanubari. Apabila disebut rapat bukanlah dari sudut ukuran tempat dan jarak, rapat dari sudut bayangan Allah SWT beri hidayah dan rahmatNya.
Kini diceritakan melalui hikayat orang yg khusyuk dlm solatnya, adapun khusyuk itu hasil daripada seseorang itu beriman dan yakin kepada keagungan Allah SWT. Yakin itu kedudukannya setingkat lbih tinggi daripada mngetahui (alim), orang yg alim blum pasti yakin dgn apa yg dia tahu.
Keyakinan itu berpunca daripada memahami dgn mndalam keagungan, kehebatan dan kewibawaan Allah SWT. Semuanya apabila masuk ke sanubari, maka ia akan melahirkn sifat khusyuk kepada Allah SWT .Yakin iaitu org yg amat pasti bahawa dua lbih baik daripada satu dan tidak mungkin sebaliknya. Pendirian itu tidak mungkin digugat walau dgn apa jua hujah sekalipun.
Antara tokoh dlm Islam yg khusyuk solatnya ialah seorang sahabat bernama Rabi’ bin Haitsam. Satu daripada sifatnya apabila berjalan beliau sntiasa jalan dgn menunduk krana hndak mnjaga matanya daripada mlihat perkara yg tidak diizinkan oleh Allah.
Rabi’ sntiasa berkunjung ke rumah sahabat Nabi bernam Abdullah bin mas’ud yg mashyur meriwayatkan hadis Nabi SAW. Oleh kerana seringkali berjaln dlm keadan tunduk memejamkan mata, mnyebabkn ada orang mnyangka Rabi’ seorang buta.
Sewaktu Rabi’ berkunjung ke rumah Abdullah, laul anak kepada Abdullah yg masih kecil memberitahu ayahnya bahawa sahabatnya yg buta itu sudah sampai. Memang kanak2 itu mnyangka Rabi’ itu seorang yg buta kerana tersilap anggap lantaran Rabi’ sering berjalan dengan tunduk sambil memejamkan mata.
Rabi’ berbuat demikian kerana berasa malu kepada Tuhan jika pandangannya liar melihat ke sana dank e mari. Lantaran semangat yakin kepada Allah SWT begitu hebat mencengkam jiwanya. Suatu hari Rabi’ berjalan bersma Abdullah pergi ke sebuah bengkel besi, mnyaksikan tukang besi yg sedang mambakar besi untuk dijadikan senjata. Apabila beliau terpandang hembusan api di dapur sedang marak mnjilat besi hingga merah mnyala, lantas Rabi’ terperanjat rebah lalu pengsan.
Beliau rebah pngsan apabila terpandang api yg marak di dapur tukang besi itu, lantas pemikirannya melayang secepat kilat ke akhirat dan terbayang api neraka yg mnjulang dahsyat dan menggerunkan itu. Abdullah melihat muridnya pengsan itu, namun Rabi’ tidak sedar juga daripada pengsannya. Akhirnya dia dibawa pulang ke rumahnya hingga keesokan harinya barulah Rabi’ sedar.
Abdullah berkata kepada orang yg mnziarah ke rumahnya bahawa murid ku ini rebah pengsan kerana gerun melihat api yg marak di bengkel besi, gerun dgn azab api neraka sebelum mlihat keadan yg sebenarnya. Bagi orang yg meyakini azab akhirat mlihat api yg marak di muka bumi ini beliau lantas terbayang api neraka yg mnjulang . segala peristiwa di muka dunia untuk orang tertentu mnyebabkan sepantas kilat terbayang api neraka yg berlaku di akhirat. Bukan saja api yg marak di dapur tukang besi dapat membayangkan api neraka di akhirat malah terpandang wanita yg jelita dapat mngambarkan keayuan bidadari dlm syurga , merasai makanan yg enak boleh terbayang lazatnya makanan di syurga. Perkara begitu mrupakn amalan biasa bagi orang yg muqarrab ila Allah. kalau terlihat wanita jelita tidaklah hanya asyik dgn kejelitaannya saja. Sebaliknya mengaitkan dgn bidadari di syurga yg tentunya lbih jelita bagi pnghuni syurga. Apabila mnyaksikan peristiwa sengsara hanya melihat kesusahannya sahaja tanpa ambil iktibar kesengsaraan di akhirat. Itulah perbezaan hati org awam dgn hati org taqarrub ila Allah.
Yg merungsingkn hati Rabi’ apabila mndirikan solat, beliau tidak dpt mnepati janji yg dilafazkan dalam solat. Beliau bimbang terhadap prkatan dlm ucapannya berbanding dgn kata2 Tuhan pada hari akhirat kelak terhadap janji yg diikrarkn itu. Rabi’ melafazkn “ihdinassirotol mustaqim”..beliau membayangkan bahawa Allah akan mnyoal dirinya benarkah Rabi’ memerlukn pimpinanNya atau hnya lidahnya saja berkata ttpi tiada contoh selepas solat dirinya masih mngiku caranya sendiri.
Antara perkataan yg merungsingkan fikirannya ialah apabila beliau mndirikan solat ucapan ikrarnya pada awal solat tidak selaras dgn apa yg Tuhan akn kata terhadap dirinya pada hari akhirat.

Mauidzah daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.