Thursday, September 24, 2009

Majlis Iftar dan Jasamu dikenang



Assalamualaikum whb.

Alhamdulillh..cuti 2 minggu sempena hari raya telah saya manfaatkan sebaiknya. Sekurang-kurangnya setiap kali cuti saya akan menyumbangkan sedikit tenaga untuk menyertai program Nisa' Kapar.

Pada 17 September 2009 bertempat di Dewan Raja Lumu Muzium Negeri Shah Alam telah berlangsung satu majlis yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor (BPPNS) iaitu Majlis Iftar Dan Jasamu Dikenang dengan slogan “Salam Ukhwah, Salam Perjuangan Islamiah”.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan aktivis-aktivis veteran Pas yg berintima’ dlm perjuangan gerakan Islam ini sejak dari zaman awal penubuhan Pas dahulu hingga kini.

Pihak BPPNS telah “menjemput” Nisa’ bagi membantu mengurus selia majlis tersebut. Dan Nisa’ Kapar bersedia “lends a hand” bg memastikan majlis tersebut berjalan lancar. Seramai 10 orang ahli Nisa’ Kapar telah turun padang membantu pada majlis tersebut dengan diketuai oleh Ketua Nisa’ Kapar sendiri iaitu, Pn. Kartina bt Parman.

Ahli Nisa’ yang turun membantu adalah terdiri dari pelbagai peringkat umur, institusi pendidikan serta kerjaya yang berbeza namun bersatu hati dalam amal jamaie ini. Mereka adalah Pn. Shila, Pn. Hernadia, Cik Syahida, Cik Ain, Cik Muliana, Cik Afiqah, Cik Safinah, Cik Nadia dan Cik Fathiah dr wakil Nisa’ PJS.

Alhamdulillah, kami bukan sahaja dapat bertugas membantu BPPNS tetapi mendapat manfaat daripada majlis ini juga. Kami mengambil semangat dan kekuatan golongan ini untuk terus bersemangat dalam perjuangan.

Terfikir juga adakah golongan muda yg kini dalam landasan perjuangan ini dapat meneruskan perjuangan Daulah Islamiah hingga ke usia emas dan seterusnya hingga ke hujung nyawa? seperti golongn veteran yang kami raikan ini... Ada antara mereka yng berjuang bersama-sama suami isteri dan ada juga yang suami @ isteri sahaja yang terlibat spenuhnya dalam perjuangn. Semoga Allah thabatkan hati kita semua dlm landasan ini.


walauapapun, mereka semua telah banyak menyumbang tenaga, harta, masa dan pengorbanan yg tidak ternilai dan tidak mampu dibalas semata-mata untuk perjuangn PAS samada di peringkat cawangn, kawasan, negeri mahupun pusat.

Semoga golongan Pemuda sekarang dapat mengambil hammasah dan iktibar daripada perjuangn para veteran PAS yng terdahulu. Teringat pesanan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ust Hassan Syukri dalam ucapannya pada malam itu, katanya ahli-ahli dan pimpinan parti sekarang harus bersatu memperkukuhkan organisasi dalaman parti. InsyAllah ye semua..(^-^)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kalian kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, niscaya Alloh memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (Al Ahzab: 70-71)



Antara tetamu khas yg diraikan, iaitu para pejuang veteran yg komited..=)



sedang menyanyikan lagu tema PAS



Wajah ceria petugas Nisa' Kapar menjalankan tugas..(^_^)



sahabat sejati..ain dan syahida..(^-^)



Berbuka puasa.=)



sedikit taklimat dari ketua nisa' kapar..=)


p/s : syukran kepada ain sbb buat post ni.
maaf la, x sempat nk tulis sendiri..=)

Monday, September 21, 2009

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mon | Sep 21, 09 | 6:42:45 am MYT
Sumber : Harakahdaily

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Sunday, September 20, 2009

kembali kepada fitrah


Hari raya tidak bermakna apa-apa, kerana kita yang akan memaknakan hari raya sebagai hari KEMENANGAN !

Hari raya disambut tanda kemenangan, tiada erti dan nilainya kemenangan, jika dalam bulan Ramadhan, tiada perjuangan!

moga hari raya kali ini bahagia natijah tarbiyyah ramadhan. moga berjodoh lagi dengan ramadhan akan datang. InsyAllah.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku, dekatkanlah aku dengan syurgaMu, jauhkanlah aku dengan nerakaMu, panjangknalah umur aku dan temukanlah aku dengan ramadhan akan datang & jika ini ramadhan terakhir bagiku, jadikanlah ia yg terbaik dalam hidupku.

semoga kalam "la'allakum tattaqun" sentiasa meniti di setiap sudut kehidupan kita..

selamat kembali kepada fitrah!!

salam eid mubarak 1430 H

~kullu'am waantum bikhair~

Tuesday, September 8, 2009

Alhamdulillah..

harapnya tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah buat my beloved sister, atas kelahiran anak yang ke-4 pada 21 ogos 2009 yang lepas.

Imam Sharif Hidayatullah bin Ikmal Hisham

itulah nama anak sedara saya yang ke-12..

tahniah buat pasangn Ida Rahayu & Ikmal Hisham..semoga selamat mendidik anak2 menjadi orang yang berguna untk Islam.

salam rindu dan syg bt anak-anak saudaraku :

Iman Sofea
Imam Muhammad
Iman Hana
Imam Sharif Hidayatullah

Bicara Buku

Salam ramadhan ke 19 pada hari ini. Alhamdulillah, dalam kesibukan fatrah midterm pada minggu ni , masih lagi berkesempatan untuk menulis. mana taknya, semalam dah tepu kepala exam 2paper berturut-turut. huhu. kali ini nak bercerita tentang buku..buku oh buku..

alhamdulillah, buku yng dipinjam dari sahabat saya, zaiton telah selamat habis dibaca. (zai,dah 1 sem pinjm,nnt sya pulangkan deh (^-^)..)

Belajar Dari Dua Umar, Kenyangkan Perut Rakyat.

nipis je buku ni, tapi saya sangat seronok membacanya. gaya penulisan penulisnya yang bnyak membawakan unsur bercerita tentang sirah amat terkesan. banyak maklumat baru yang saya dapat terutamanya berkaitan kisah sejarah, dan sanagt banyak 'ibrah yang perlu diambil sebagai panduan oleh umat Islam sekarang terutamanya yang memperjuangkan diri dalam gerakan Islam. Antaranya tentang strategi peperangan, bersiasah, belajar berdoa daripada para nabi, skill berdakwah, kesatuan melawan musuh, kepentingan menuntut ilmu, memerangi kemiskinan dan banyak lagi subtopik yang sangat menarik ..kalu nak tahu lanjut, kne baca sendiri la ye. (^-^)

"Kalau rakyat mengalami kekenyangan, akulah orang terakhir yang menikmatinya. tapi, jika mereka mengalami kelaparan, akulah orang pertama yang merasakannya"- Umar bin Khattab

Buku kedua, bertajuk 'Dilema Melayu-Islam, Kurang Fikir atau Kurang Zikir? tulisan Pahrol Mohamad Juoi

buku ini saya tengah baca sekarang, agak tebal dan mungkn mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. tapi, xpe..usaha tangga kejayaan.

syukran to k.shahidat, pelajar QS (AED) UIA gombak sebab sudi pinjamkan buku ni. tak tahu la bila nak pulangkan ni.huhu.

dalam proses membaca, jadi tak boleh nak ulas banyak. setakat yang dah baca, memang sangat menarik sebabnya banyak mengupas tentang persoalan melayu islam dan perkembagan mereka serta masalah2 yang melanda. kenapa melayu-islam agak ketinggalan berbanding bangsa lain. punca2 yang menyebabkan mereka mundur dan cara mengatasinya. ehm, macam baca buku motivasi plak. tapi, memang best.

ZIKIR DAN FIKIR adalah seperti irama dan lagu. Ia tidak boleh dipisahkan. Dengan berfikir, kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam yang teratur dan tersusun tentu ada pengaturnya. itulah zikir !


Buku ketiga- Asma'ul Husna, Dengan NamaMu Aku Hidup. tulisan berharga dari Tuan Guru Dato' NIk Abdul Aziz Nik Mat

buku ini adalah buku terbaru yang saya beli, dan merupakn hadiah untuk diri sendiri sebab beli buku ni semasa berkunjung ke kelantan, kebetulan masa tu hari lahir saya yang ke 21.

merungkaikan dengan jelas keperluan memahami asma' Ilahi dan penjelasan di setiap 99 asma'ul husna ini. supaya kita lebih menghayati sifat2 dan nama2 Allah ini dalam kehidupan seharian.

Menghadapi hidup dengan ujian dan dugaan dunia terkadang mencabar iman kita. Jadi, perlunya ada keyakinan yang teguh pada zat Allah. bergantung harap pada Allah dengan kekuatan yang ada padaNYA. sekaligus menyedari diri kita sebagai seorang hamba yang hina dina yang sangat lemah tanpa bantuan dan kasih sayang Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.


p/s : selamat membaca buat diriku !!