Wednesday, July 27, 2011

Islam yang syumul



Alhamdulillah. Hari yang lebih baik dari semalam. Tahniah untuk diriku, semoga berterusan kebaikan ini.

Usai praktikal selama 2 bulan di Hospital Tanjung Karang, mengejar masa menyelesaikan amanah, tugasan menyiapkan laporan, berkejar memenuhi urusan keluarga, perjalanan yang panjang ke kuantan, mengutip butir-butir hikmah daripada penyelia FYP, kembali bergegas pulang ke Selangor dengan cabaran yang tersendiri, rehat yang sebentar, menghadiri perjumpaan yang penting dan kini bermukim di PUSPEN Dengkil, Selangor. Suatu tempat yang berhampiran dengan KLIA. Setiap masa mendengar kapal terbang melalui atas kepala. Bila-bila masa boleh terhempas menyembah bumi. Nau'zubillah

Ternyata kekuatan dan keyakinan diri itu tersangatlah penting!

Hidup dalam persekitaran yang kurang islamik tersangatlah menekan jiwa. Allahuakbar! memerlukan kesabaran dan tanggungjawab dakwah yang sangat tinggi. Juga memerlukan hati dan jiwa yang sangat bersih dan suci. Mendepani mad'u dan cabaran dakwah yang pelbagai. Harus menghadam buku Dakwah Fardiyyah tulisan Mustafa Masyhur, juga Sheikh Abdul Halim Al-Kinani.

Menghabiskan masa dengan bacaan Risalah Taalim, tulisan Muhammad Abdullah Al-Khatib. Memetik prinsip pertamanya;

Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat; akhlaq dan kekuatan atau rahmat dan keadilan; kebudayaan dan undang-undang atauilmu dan kehakiman; material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan; jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang shahih tanpa ada bezanya.

Ternyata indah sekali prinsipnya bukan? namun setakat mana kita memahami dan mengamalkan keindahan itu. Kesyumulan islam pada setiap fenomena kehidupan. Didalam AlQuran banyak sekali Allah menyebut tentang kesyumulan islam. Antaranya Surah Al Baqarah ayat 178, 183, 180, 216, 282, 275, 85.

Natijah memahami kesyumulan Islam

Imam Assyahid Hassan Al-banna pernah berkata: "hasil dari kefahaman umum yang syumul terhadap Islam di sisi Ikhwan Muslimin ialah fikrah mereka mencakupi setiap sudut pengislahan bagi umat ini. dan merangkumi semua unsur-unsur lain. yang berkaitan fikrah islah. Ini menjadikan semua pengislah prihatin dan peka, mendapati setiap cita-cita pada fikrah mereka dan bertemunya setiap harapan pencinta pengislah, bagi mereka yang mengerti fikrah ini dan memahami tujuannya.


Teruskan mujahadah. Tingkatkan thaqafah. Banyakkan ibadah.
Menghitung hari, Ramadhan kareem 1432 H

26 Syaaban 1432H @ 4:02 pm