Friday, February 26, 2010

Dalam kenangan...

Salam alaik..

lama sungguh tidak menulis dalam blog ni. Antara faktor-faktornya adalah kebuntuan idea dan kesibukan jadual harian saya sejak akhir-akhir ini. Minggu ini sahaja setiap hari saya ada lab practical class. Walaupun lab session ni sangat seronok bagi saya, tetapi ianya sedikit meletihkan. Biasalah tu kn..ok, lepas ni nak prepare untuk lab report pula.

Malam semalam adalah kelas tahfiz terakhir saya bagi semester ini bersama k.lala (ustzh Avdalila), kerana selepas ini beliau akan berpindah ke Hospital Seremban. Tidak lagi bekerja sebagai audiologist di uia kuantan ni. Rasa sedih dan terharu pula rasanya, selama 3 sem mentasmi' dengan k.lala, terasa seronok dan bersemangat walaupun awal-awal dulu rasa tertekan juga nk teruskan tahfiz ni. Mungkin sebab hanya k.lala seorang sahaja ustazah tasmi' untuk kelas tahfiz ni, jadi rasa sangat beruntunglah dapat kelas dengan dia..(^-^)


sebelum habis kelas, sempat juga ambil gambar sebagai tanda kenangan kami bersama k.lala..pesanan terakhir k.lala, rajin-rajin mengaji dan mengulang, bukan sebab nk markah, tapi sebagai tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamalatul quran.

Syukran k.lala atas segalanya, sabar melayan kerenah kami yang kadang2 datang kelas lambat, terima kasih juga atas segala nasihat yang diberikan..

insyAllah..ukhuwwah fillah mahabbah lillah..

Thursday, February 18, 2010

Cahaya itu...


Malam itu saya tidur lewat. Hampir jam 3 pagi baru dapat melelapkan mata. Lab report yang sepatutnya boleh disiapkan malam itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan kebuntuan idea dan ketidaklengkapan maklumat yang ada. Lantas, saya ke bilik air untuk mengambil wudu’, seterusnya mencapai mushaf al-quran yang saban hari menemani diri ini. Mencari sedikit modal untuk kelas tasmi’ pada esok hari. Beberapa minit kemudian, terlena juga akhirnya.

Jam 5.21 pagi, terjaga dari lena tanpa ada sedikit pun perasaan mengantuk selepas itu. Lantas, segera mencapai air dan roti sebagai syarat sahur untuk berpuasa sunat keesokan harinya. Selepas itu, terlena seketika dan terjaga kembali apabila masuknya waktu subuh.


Usai sudah solat subuh, membaca ma’thurat dan sekali lagi hajat ingin mencari modal untuk kelas tasmi’ malam itu. Rasa mengantuk yang teramat akibat tidur lewat semalam akhirnya membawa saya untuk terlena kembali dengan mushaf al quran yang masih lagi di tangan. Dalam mimpi itu, saya melihat diri saya yang sedang tidur dan dikelilingi cahaya putih di seluruh tubuh. Lantas bertanya sendiri, cahaya apakah itu? Dari mana datangnya?..




Tidak berapa lama kemudian, saya terus terjaga lantas segera beristighfar. Astagfirullahal ‘azim.. apakah maksud mimpi di awal pagi ini? lantas saya teringat kembali apa yang saya telah lakukan sebelum tidur malam itu.


Berwuduk dan membaca al-quran!!


Ya Allah, betapa besarnya petunjukMu buatku..


Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya.


Apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah kelebihan berwudu’ sebelum tidur dan mengekalkan wuduk sepanjang masa. Ternyata, banyak kelebihan antaranya kita akan dilindungi oleh malaikat dari gangguan syaitan sepanjang kita tidur sehinggalah kita bangun keesokan harinya. Seperti yang kita sedia maklum, banyak gangguan yang terjadi semasa kita sedang tidur.


Daripada ‘uthman bin Affan r.a., katanya, Rasulullah saw bersabda, “sesiapa yang berwuduk, lalu mengelokkan wuduknya, keluarlah segala dosa daripada badannya hingga akan keluar daripada bawah kukunya”. (Riwayat Muslim)


Selain itu, boleh mengelakkan penyakit datang kepada kita. Kebiasaanya, penyakit datang semasa kita tidur. Itulah sebabnya apabila kita demam, perasaan sakit dan tidak sedap badan itu dapat dirasai selepas bangun dari tidur. Sunnah nabi juga turut mengajar kita supaya berstokin kaki semasa tidur kerana kebiasaanya penyakit masuk ke dalam tubuh kita melalui tapak kaki. Setakat ini, saya tidak pasti adakah kajian saintifik menunjukkan kebenaran ini. ini hanyalah sekadar perkongsian pendapat dan ilmu yang orang tua saya ajarkan. Mungkin selepas ini saya perlu buat kajian, bakal saintis kn..=)


Terlalu banyak hikmah-hikmah dari sunnah yang telah Nabi tinggalkan kepada kita, umat akhir zaman ini. Hanya kita sahaja yang tidak menyedari dan malas untuk mengamalkannya..betulkah begitu? tepuk dada, bertanyalah pada iman.



Mafhum hadis, Orang yg mengamalkan Islam sangat susah, ibaratnya mengenggan bara api.cuba banyangkan, genggam bara api yang tengah marak menyala. Panas bukan? Tapi, kita mesti mengenggamnya supaya tidak jatuh (bara api umpama Islam itu sendiri). Tapi, amatlah panasnya bara api itu sehinggakan kita terlalu susah untuk pegangnya, hampir2 untuk menjatuhkannya..Jika kita lepas, bara api jatuh, tapi jika terus pegang, ianya sangat panas.



begitulah perumpamaan susahya mengamalkan Islam pada akhir zaman. Jika kita amalkan islam, kita akan ditimpa ujian dan cabaran yg banya (seperti panasnya bara api tadi), tapi jika kita lepaskan Islam, kita terpaksa gadaikan agama kita..Jelas bukan?