Sunday, February 14, 2010

Kesusahan itu tema kehidupan..


Mensyukuri nikmat iman dan islam di pagi hari ini…alhamdulillah, usai sudah paper terakhir midterm saya pada malam jumaat yang lepas, clinical biochemistry. Agak mencabar juga,tapi, di saat ini hanya tawakkal itulah yang sepatutnya. Agak kaku untuk memulakan penulisan kali ini setelah lama tidak menulis. insyAllah..semoga Allah memudahkan segalanya.

Kesusahan adalah TEMA KEHIDUPAN.


Sesuatu hakikat yang sepatutnya kita akui. Ini kerana, kalau hendak mencapai sesuatu tujuan, perlu menghadapi kesusahan dulu. Sudah menjadi lumrah kehidupan, kita perlu akur dengan tema dunia ini..iaitu perlunya berkorban.


Kenapa kita perlu berkorban?


Kerana kita tahu ada kelebihan dan ganjarannya sekiranya kita melakukannnya. Namun demikian, tidak semua orang akur dengan sunnatullah ini, iaitu dalam usaha menikmati secebis iman, perlu menghadapi kesusahan. Dalam usaha untuk mentarbiyyah diri, memerlukan kesukaran, mehnah dan ujian.


Kenapa ya dalam usaha hendak memperbaiki diri pun perlukan kesusahan? Bukankah Allah menyuruh kita menjadi baik? Tetapi kenapa Allah tidak memudahkan jalan itu?................??


Persoalan-persoaln yang seringkali dilontarkan oleh mereka yang sering diuji di medan perjuangan ini, lagi2 bagi mereka yang dalam usaha bermujahadah untuk mengislahkan diri.


Ingatlah sahabat-sahabat, Allah akan menguji kita dalam pelbagai bentuk, samada dengan kesukaran mahupun kesenangan.


Kenapa kita sanggup bersusah payah untuk semua ini?


Janganlah mengamalkan double standard dalam diri kita, lagi-lagi dalam amalan seharian kita. Sebagai contoh, mengapa kita boleh berjaga hingga lewat malam untuk study di musim peperiksaan, tetapi tidak mampu untuk berjaga malam walau sekejap untuk qiam dan beribadah kepada Allah?...inilah double standard yang dimaksudkan. Kita sanggup bersusah payah melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat dunia, tetapi kita berlengah-lengah dalam mencapai matlamat akhirat. Kenapa? Mungkin kerana ganjaran dunia itu sering terpampang di hadapan mata. Kekayaan harta benda, kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya. Mungkin juga, matlamat akhirat itu kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kita. Syurga, neraka, pahala, dosa??...tidak mampu dibayangkan oleh diri manusia yang terbatas kesempurnaannya ini.


Inilah hakikat hidup..



Bagaimanakah cara untuk menghadapinya?.............dengan berSABAR


Firman Allah yang bermaksud :


Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2:155)


Ada dua dafi’- ilmu berkaitan jiwa dan psikology yang kita boleh gunakan dalam menghadapi hidup ini.


Pertama, secara fisiologi. Contohnya, apabila kita lapar, otak akan memberi isyarat kepada tubuh kita untuk kita makan. Dan menggerakkan kaki kita menuju ke kafe untuk membeli makanan. Sekiranya kita menolak isyarat tubuh ini dengan mengabaikannya dan meneruskan sahaja kerja-kerja kita tanpa makan, akhirnya tubuh kita akan collapse.


Kedua, secara ruhiyyah. Sekiranya kita berada dalam keadaan kesukaran, kita mencari-cari sesuatu yang dapat menolong kita iaitu Allah. Sebagai contoh, apabila kita menaiki kapal terbang, sebaik sahaja pesawat berlepas meninggalkan lapangan, kita akan merasa takut,cemas dan gelisah. Masa itu, kita pun akan segera berdoa dan akan kedengaranlah muzik-muzik yang bernada lembut dari corong2 pembesar suara pesawat tersebut bertujuan untuk menenangkan para penumpang.


Hakikatnya, Allah mendatangkan kesukaran adalah untuk mematangkan dan menguatkan jiwa kita. Menjadikan kita seorang hamba yang cekal dan tabah. Diri ini apabila kita tidak sibukkan dengan sesuatu yang bermanfaat, dia akan mencari benda lain untuk sibuk. Hikmah Allah memberi kita kesukaran dalam kesibukan kita melakukan kerja-kerja islam ini sebenarnya adalah hendak menyelamatkan kita. Sebagai contoh, kita mempunyai masa yang sedikit untuk study berbanding kawan-kawan kita yang tidak terlibat dengan kerj-kerja islam ini. apabila difikirkan kembali, sekiranya saat itu kita ada masa untuk study pun, mgkin apa yang kit a baca tu tak masuk kepala pun disebabkan kita asyik berfikir dan berkhayal benda2 lain yang tidak sepatutnya. Oleh yang demikian, kualiti dan berkat dalam study itu sangat penting.


Dalam menghadapi segala kesusahan hidup ini, kekuatan jiwa sangat diperlukan sebagai persiapan para daie sekalian. Allah telah memberikan tips-tips di dalam surah al muzammil ayat 2 ;


“Bangunlah untuk solat pada malam hari kecuali sebahagian kecil..”


Dan Allah sambung lagi pada ayat yang berikutnya…


Seterusnya di dalam surah al-muddassir juga Allah ada menyatakan inzar buat golongan daie sebagai persiapan mereka. Ini adalah antara ayat-ayat awal yang diturunkan untuk pekerja-pekerja dakwah.


Seharusnya persiapan diri perlu diperkemas. Sekiranya persiapan diri tidak cukup, kita tidak akan mampu bertahan di jalan ini.


Gunakanlah peluang sebagai pekerja-pekerja dakwah ini dengan sebaiknya. For the sake to achieve mardhatillah and syahid fi sabilillah. Kalau tidak, Allah akan menggantikan tempat kita dengan orang lain yang sanggup ditarbiyyah oleh Allah. The common words, Islam tidak memerlukan kita, tapi kitalah yang memerlukan islam.



Di dunia ini, apabila ada orang baik, mesti akan ada orang jahat. Dan kemenangan islam itu akanwujud apabila orang baik membuat kerjanya lebih daripada orang jahat.

0 comments: