Tuesday, August 25, 2009

Pengikat hatiku di jalan ini..


Hati ini telah bersatu

Berkumpul di perut bumi-Mu


Hati ini telah berpadu

Bersatu memikul beban dakwah-MU

Hati ini telah mengikat setia

Untuk mendaulat untuk mendokong

Syariat-Mu...di alam maya...

Maka Ya Allah, eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada

tunjukkanlah jalan yang benar

Tunjukkanlah dengan cahaya-Mu

Tiada malap terangi alam-Mu

Hidup suburkanlah dengan Makrifat-Mu

Tapi, bila ingin mematikannya

Matikanlah sebagai syuhada'

Dalam perjuangan...

Menegakkan agama yang mulia




p/s : kali pertama saya mendengar nasyid ni semasa form 4, masa tu first time saya duk asrama dan kadang2 untuk aktiviti kat musolla, kami nasyidkan doa rabitah ni..

...sangat mendalam maksudnya bila kita faham makna doa ni...

Aku yang dipendekkan umur

(Doa hari lahir)

Tanggal 23 ogos 2009, genap sudah umurku 21 tahun. Terasa diri ini macam dah besar sikit.hehe..perasan je.

Terima ksih kepada sahabat-sahabat yang sudi wish besday saya pada tahun ni. Penuh inbox handset saya malam tu. Hehe..antara banyak2 mesej yang saya terima, ada beberapa daripadanya yang sangat menyentuh hati saya..

“masing-masing dari orang yahudi inginkan umur seribu tahun, padahal umur itu tidak menjauhkan mereka dari azab” (surah Al-baqarah:96)..moga kita orang islam menghargai nikmat usia yang Allah berikan untuk beribadah semata-mata kerana berkat dan rahmat dari Allah. Sanah helwah ya jamilah..semoga dilindungi Allah selalu.

- From Safinah, adik saya yang sedang belajar di DQ sekarng.

Assalamualaikum. Selamat hari jadi. Semoga ceria selalu, bertambah ilmu, bertakwa, beriman dan berbudi ! inilah restu abah dan mak..

- From my beloved father..


Hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu, hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu, hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang, dek ujian yang akan mendatang. Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharungi onak dan duri. Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNYA. Semakin berkurang tempoh untuk beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu, semakin bersedia malaiakt maut dating menjemput, semakin dekat masa amaln diperhitung, dan semakin hamper haruman Firdausi atau azabnya jahannam..sanah helwah..


Personally, rasa macam takde ape2 perasaan pun bila tarikh lahir saya tiba pada setiap tahun. Seharian berlalu begitu sahaja.huhu..
Malah, semakin bertambah bilangn umur kita, semakin banyak tanggungjawab kita. Diri ini menginsafi hari-hari yang telah berlalu selama 21 tahun adakah terisi dengan amal ibadah sebagai bekaln menuju perjalanan yang jauh kelak. Dan adakah ibadatku yang lepas diterima @ di tolak oleh Allah.? Masa yang paling sesuai untuk bermuhasabah tentang nikmat usia yang telah dikurniakn oleh Allah .


Kebanyakn ucpan dari sahabat2 pun berunsur ayat yang menginsafkan. tak lupa juga doa sahabt2 pada saya. Syukran semua, semoga doa kalian dimakbulkan Allah. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Tak lupa juga mesej k.jie, katanya ‘semoga dipermudahkan urusan dan mendapat suami yang soleh’..huhu..insyAllah k.jie, calon suami .soleh itu hanya Allah sahaja yng tahu siapa orangnya. Em, Malaslah nak pkir benda2 ni..huhu..

Wednesday, August 19, 2009

Tradisi Menuntut Ilmu

Bismillahi wal Hamdulillah.


Lama benar tak menulis. Alhamdulillah, our first halaqah already done tonight. Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya dapat juga cari masa untuk buat. Dan bersyukur juga sebab members halaqah saya masih lagi bersemangat untuk meneruskan halaqah 2 untuk sem ni. Amanah sebagai naqibah halaqah under co-curricular activity centre, STAD IIUM harus dipikul sebaiknya. Bahkan amanah inilah yang akan dipersoalkan oleh mahkamah Allah kelak. masyaAllah..


Kekangan dan kesibukan aktiviti seharian amat meletihkan diri ini. Kerja-kerja society, kelas dan quiz yang tiap2 hari ada amat membebankan. Inilah lumrah hidup. Dan kadang-kadang masalah inilah yang menyebabkan saya terlepas pandang amanah sebagai naqibah halaqah ini. Maka, akan menyebabkan hak-hak orang lain tidak tertunai. Amatlah malang andai diri ini turut melupakan dan mengabaikan hak-hak Allah yang perlu ditunaikan. Astagfirullah..


Hanya satu resolusi buat diri ini yang saya dapat simpulkan selepas habis halaqah tadi.


TAMBAHKAN THAQAFAH DARI SEGI SIRAH DAN KISAH TELADAN..

Ini kerana dalam usaha mentarbiah dan mengislahkan sahabat2 yang bukan berlatar belakangkan agama (kurang penghyatan agama dalam hidup) adalah sedikit mencabar. Mereka lebih suka mendengar kisah2, berkongsi cerita dan info2 yang baru berbanding jika saya hanya membaca teks halaqah tersebut.





Ya..lebih2 lagi sebagai seorang remaja, yang banyak mengikuti perkembangan semasa (kecuali isu semasa) memerlukan pendekatan yang berlainan untuk didekati.


Disinilah peranan daie sangat penting. Be creative and be more knowledgeable supaya boleh mnjawab semua soalan yang diajukan oleh mad’u.


Andai kita tak tahu jawapannya, jujurlah mengatakan tidak.


Tapi, biasanya mad’u kita akan menanyakan soalan2 yang simple shja seperti fardu ain, hukum2 dan sebagainya. Walauapapun, persiapkanlah diri kita dengan ilmu. Hnya dengan hujah sahajalah, Islam boleh menang.


Kesimpulannya, jadilah orang yang berilmu, kalu tidak jadilah orang yang mempelajari ilmu, atau jadilah orang yang mendengarkan ilmu, atau jadilah orang yang mencintai ilmu dan janganlah jadi golongan yang kelima, sesungguhnya sangat binasalah bagimu…(mafhum hadith) maaf, tak ingat sanatnya.huhu.


Begitu perlunya kita menghadapi ilmu, kerana kedudukan seorang alim lebih tnggi dibandingkan kedudukan seoranga abid.


Rasulullah bersabda : “kelebihan seorang alim daripada seorang ahli ibadah, seperti kelebihanku terhadap orang yang terendah di antara kamu”. (HR At-Tarmidzi)


Mua'd bin Jabal berkata, carilah ilmu pengetahuan. Sebab mempelajarinya kerana takutkan Allah adalah ibadah, mempelajarinya bererti tasbih, membahasnya jihad, mengajarkannya sedekah dan mencurahkannya kepada ahlinya merupakan pengorbanan. Ilmu adalah teman ketika bersendirian, dalil agama dan penolong dalam suka dan duka. Ia sahabat karib ketika sepi, teman yg paling baik dan paling dekat serta merupakan cahaya jalan menuju syurga. Dengannya Allah mengangkat martabat ummat, lalu dijadiaknNya mereka pemimpin dlm perkara kebaikan'





Wednesday, August 5, 2009

uniknya..

Salam muhibbah buat semua. kali ini saya inginkn berkongsi sedikit info tentang sifat dan sikap orang yg lahir pada bulan ogos. memandangkan sekarang kita berada di bulan ogos dan saya pun dilahirkan di bulan ogos, maka, berikut adalah sikap dan perwatakan oarg yg lahir pada bulan ini mengikut kajian Dato' Dr Fadzilah kamsah..

* Suka berlawak.

* Mudah tertawan padanya.

* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.

* Berani dan tidak tahu takut.

* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.

* Pandai memujuk orang lain.

* Terlalu pemurah & bersikap ego.

* Nilai harga diri yang sangat tinggi.

* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.

* Cepat marah & mudah mengamuk.

* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.

* Sangat cemburu.

* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.

* Cepat berfikir.

* Fikiran yang berdikari.

* Suka memimpin & dipimpin.

* Sifat suka berangan.

* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.

* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.

* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.

* Belajar untuk bertenang.

* Sikap kelam kabut.

* Romantik, pengasih dan penyayang.

* Suka mencari kawan