Monday, August 3, 2009

Janji Allah itu pasti !!

Ya Allah, hari ini seorang lagi hambaMu pulang ke pangkuanMu..pulang tanpa kembali lagi ke dunia ini. Pulang dan kembali semula kepada penciptaNya. Takziah buat Allahyarham Nor Maslina Abd Razak, pelajar tahun dua jurusan mathematical science, UIAM Kuantan yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya pada 29 Julai 2009 yang lepas. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.


Betapa pemurahnya Allah SWT, diturunkan satu peristiwa yang akhirnya dapat memberi pengajaran , peringatan dan keinsafan kepada seluruh warga kampus dan masyarakat sekeliling. Walaupun saya tidak mengenali arwah, tetapi banyak pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa kematian ini. Bak kata seorang sahabat, bila ada kawan-kawan kita yang meninggal, barulah kita nak ingat mati..kalu tak sokmo kita lupa diri..lupa siapa pencipta kita, lupa asal usul, lupa matlamat kejadian diri dan lupa segalanya..bila dunia dekat di hati, akhirat semakin menjauhi diri. Insaflah wahai diri, janji Allah itu pasti.!!!

Manakala, orang yang enggan mengingati kematian adalah orang yang lalai kerana tidak membuat persediaan walaupun menyedari bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti yang tidak dapat dihalang sebagai mana firman Allah bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti merasai mati kemudian kepada kamilah kamu dikembalikan – (Surah al-Ankabut, ayat 57).



Minggu lepas, semasa berusrah, seorang sahabat memberi tazkirah ringkas yang sangat-sangat menyentuh hati saya. Tazkirah berkaitan macamana untuk mengingati mati..pertama, ingat semula sahabat-sahabat dan orang terdekat dengan kita yang telah meninggal dunia. Kedua, ingat macamna cara mereka meninggal dunia. Adakah dengan pengakhiran hidup yang baik atau sebaliknya? Dan macamana pula dengan cara kematian kita nanti? Ketiga, ingat macamana amalan dan gaya hidup mereka sebelum meninggal? Adakah sudah cukup amalan kita? Bersediakah kita untuk menghadapi malaikat maut?cukupkah bekalan untuk perjalanan hidup kita yang panjang selepas ini? Tepuk dada, tnyalah iman.


firman Allah yang bermaksud: “Dialah tuhan yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya, dan Dia Yang Maha Gagah dan Maha Pengampun” – (Surah al-Mulk, ayat 2).

Mengingati mati sebagai suatu yang pasti bererti kita menerima ketentuan dengan penuh rela dan bersedia.

Sedia menghadapi dengan penuh pengertian dan kesedaran walaupun ada rasa bimbang dan khuatir, namun ia dapat diatasi dengan adanya persiapan, pengharapan, sangka baik dan keyakinan terhadap rahmat dan keampunan Allah.

Ini semua adalah hakikat di sebalik peristiwa kematian yang mesti dipelajari agar kita menghadapi kematian dengan penuh tabah dan berani.

Keyakinan dan keberanian inilah yang menjadi pendorong seseorang muslim untuk berpandangan positif terhadap hidup.
Salah satu cara bagaimana mengingati mati mampu membangunkan sikap positif ialah dengan sering menziarahi orang sakit.

Makin ramai kita melawat orang terlantar, maka semakin terasa betapa kerdilnya diri kita. Semakin banyak kita menyaksikan peristiwa kematian di depan mata, maka semakin terasa betapa lemahnya diri kita.

Begitu juga semakin kerap kita mengiringi jenazah maka semakin bertambah pula keinsafan dan usaha kita untuk meninggalkan jasa terbaik di dunia untuk dibawa pulang ke akhirat.

Inilah yang diajarkan Rasulullah supaya kita mengambil iktibar daripada peristiwa kematian. Dengan itu, hati kita menjadi lembut dan insaf lalu dapat menghakis sifat negatif seperti menipu, menganiaya, takbur, khianat, rasuah dan sebagainya

Janji Allah itu pasti, bersedialah wahai diriku !!

0 comments: