Wednesday, July 22, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..hari ini saya berjaya men 'drop' subjek human genetics. yang sepatutnya saya tidak amik untuk sem ni..miscommunication sebelum ni. kami students November intake ni sentiasa bermasalah dengan study plan yng memeningkan.huhu. InsyAllah 3rd year nanti baru amik semula subjek ni. anyway, ringan sikit jadual sem ni. tinggal 5 subjek sahaja. tapi itupun semua core course. berat jugak daa..huhu.

petang ni ada meeting untuk student tahfiz dengan ustaz/ah tasmi' masing-masing. insyAllah akan start class minggu ni kalu tak silap. walau apapn, knelah bersedia dengan modal-modal untuk di tasmi' dan iadah untuk yang lepas2..ya Allah, mudahkanlah segala urusanku untuk mengingati ayat-ayat MU ini..hnya dengan berkat dariMU sahajalah yang dapat membantu ku..

insyAllah strive for success!

Indahnya hidup bersulam Nur iman..

Catatan kehidupan, 22 Julai 2009

Hari ni terasa hidupku berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Bermula dengan bangunku dari tidur pada awal pagi hari..alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan oleh Allah untuk qiam dan bertahajjud sekali lagi. Nikmat ini sangat berharga dan memberi ketenangan kepadaku. Hamba yang kerdil ini mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang menghijab diri dari Tuhannya selama ini. Hatiku yang keras perlu dilembutkan dengan kalimah-kalimah thoyyibah dan zikir-zikir yang mendamaikan hati akibat ketandusan dan kehausan nur tarbiyyah dari MU. Kadang kala diri ini terleka akibat kesibukan urusan dunia yang melalaikan. Alhamdulillah, ternyata kasih sayangMu masih lagi bersinar buatku..hidayah MU masih lagi sudi menyapa diri ini. Titis air mata mngalir membasahi pipi mengenangkan dosa-dosa dan kealpaan diriku.


Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku, samada aku sedar atau tidak. Sengaja atau tidak sengaja, ampunkanlah dosa2 yang telah aku lakukan, dosa-dosa yang sedang aku lakukan, dan dosa-dosa yang akan aku lakukan. Sesungguhnya Engkaulah maha pengampun dosa-dosa besar. Berilah kekuatan kepadaku dalam menghadapi ujian kehidupan ini. Peliharalah aku dari dosa dan kejahatan.


Hari-hari yang dilalui dimulakn dengan bacaan al quran sebelum pergi kelas. Semoga inilah sahaja cara yang dapat aku lakukan untuk memperoleh keberkatan dalam pelajaran dan seterusnya melancarkan perjalanan hidupku sepanjang hari tersebut.


Hari ni kelas ku bermula seawal 8 pagi. Kelas physiology. Alhamdulillah, dapat tumpukan sepenuhnya perhatian dalam kelas untuk kali ini. Kelas seterusnya pada pukul 9.30am untuk subjek principles of microbiology sampai pukul 11.30am. mengantuk sikit dalam kelas ni.huhu..sori Dr Othman ye..hehe. urusan seterusnya ialah berjumpa dengan kak mahfuza, my senior 3rd year biomed untuk berbincang tentang kerja2 s/u untuk kempen src pada sem ni. Kak mahfuza yang merupakan assistant saya untuk secretary sangat komited dalam kerjanya, dan dalam masa yang sama turut meringankan beban kerja saya sebagai s/u untuk kempen ni. Thanks, k.mahfuza..duk berbincang kat wackos sampai kul 12 lebih..lepas tu, kami pun berjalan kaki balik ke mahallah. Ingat nak tungu bas, tapi lambat pulak. Petang ni saya ada lab pukul 2pm. Terasa sangat sekejap dan tak penat pun berjalan kaki dari KOS (kulliyah of science) kali ni. Mungkin jugak sepanjang perjalanan kami banyak berbincang dan borak-borak. Tetiba je dah sampai café..hehe..bahagia betul rasanya hari ini.




Tapi, petng ni saya telah ,mengalami pengalaman yang sangat memenatkan. Lab practical untuk subjek principles of microbiology. Pukul 2pm sampai 5.30pm brada dalam lab yang tidak ber”air-cond”..sangt panas. Macam sauna pulak. Eksperimen kali ini menggunakn Bunsen bunner, lagi la panas.dengan lab coat yang tebal lagi. Huhu..ujian..kat neraka lagi panas kn.

Cabaran kedua ialah menghadapi eksperimen yang tak jadi..huhu..kenelah ulang 2,3 kali..penat sungguh. Hari ini cover 2 tajuk eksperimen. Jadi, banyaklah steps yang nak kne buat. Pukul 4.30pm baru buat second experiment. Pastu, slaid yang sepatutnya hany perlu flame pada Bunsen bunner telah pecah..sebab panas sangt huhu..knelah ulang lagi step tu..sabar ajelah..walauapapun,seronok bekerja dengan ahli kumpulan saya yang ceria. Kadang-kadang tu kalut jugak bila salah steps..habis kecoh dibuatnya.hehe. biasalah, kami ni bakal saintis, jadi memang kenalah banyak bersabar bila buat eksperimen . kemungkinan eksperimen tak jadi, tak dapat result dan sebagainya.




Lepas balik lab, sampai bilik dah pukul 6pm. Cepat-cepat solat asar. Lepas tu, terus tertidur. Exhausted sangat. Huhu..memang mnjadi kebiasaan kalau lepas balik lab, mesti kepenatan yang teramat..bayangkanlah dalam jadual aku tiap-tiap petang ada lab session. huhu. waktu malam ku hanya dihabiskan di bilik untuk mnyiapkan proposal2 dan kerja2 society yng banyak. Penat jugak mnghadap laptop ni. insyAllah semoga penghjung hariku pada malam ini diakhiri dengan pengakhiran yang baik dan diberkati dan diredhai Allah atas apa yang aku buat sepanjang hari ini. Wallahua’lam.




p/s : mulakanlah awal dan penghujung hari kita dengan kalamullah, penenang hati yang resah, pendamai jiwa yang gundah.


Thursday, July 16, 2009

Kurangkan ketawa, banyakkan menangis



Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah;



فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm;



وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَ

Maksudnya: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?" Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.

Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat Al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitkom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti "Rajalawak" atau "Lawaking" yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit. Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Allah SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iaitu menyembah Allah, Tuhan segala manusia.



Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak. Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa;
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا



Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka." Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan: Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.

Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.


Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka. Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan.




Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti "Rajalawak", ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya. Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki. Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya.




Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah. Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti "Jomheboh" dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.




Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:



"Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."




Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.




Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik. Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam.




Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.


" Semoga Allah SWT menjadikan air mata yang jatuh di sudut-sudut mata kita adalah air mata yang berharga di pandangan-Nya"...ameen..


Sumber : Ust Zainudin Hashim...www.iluvislam..

Seuntai kata..

Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,

Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,


Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,

Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan,


Dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan,


Bukti kasih-Nya, kita wujud di dunia pinjaman ini.


Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang

mengakui keimanan kepadaNya. Moga lelahmu di hargai Ilahi walau dicemuh insani...




Sunday, July 12, 2009

Sem baru..natijah baru..

Bismillahi wal Hamdulillah.

Alhamdulillah..pagi ni dapat add semua subjects yang perlu saya ambil untuk sem ni. Setelah beberapa hari " no section available", akhirnya terpaksa compete untuk add jugak..syukur..
My first class InsyaAllah ptg ni pukul 2.30pm..Human Genetics..

sem ni kne struggle skit sebab amik 6 subjects dan semuanya adalah core course bagi Biomedical Science..wawawa..menakutkan..ada 18.5 credit hours termasuk tahfiz..huhu..

~ Principles of Epidemiology
~ Biochemisty I
~ Physiology II
~ Systemic Anatomy
~ Principles of Microbiology
~ Human Genetics


Motivational word for me...

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad, (Al-Ghazali)

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan...

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...

Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi
Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Friday, July 10, 2009

Tarbiah Jasadiyyah buatku..

Bismillahi wal hAlhamdulillah..

lma tak menulis..dekat 2 minggu jugak blog ni terbiar tanpa coretan. selepas habis short sem hari tu, ingat boleh la duduk bercuti lama di rumah..tapi, rupanya baru 2,3 hari di rumah, dah kne panggil untuk jadi committee untuk satu program ni. huhu..habislah mak dan abah saya bising..saya ni name je cuti, tapi sokmo xde kt umah..gi program la, itulah..inilah...sabar jela mak abah ye..(^-^)

hari ni, saya dah berada di uia kuantan..balik awal dari tarikh yang ditetapkan..so, knelah bayar rm 3.50 kt mahallah ofis..teruk betul! habis duit saya, mujur jugak tak kne saman. dah la lepas short sem hari tu tak pulangkn kunci bilik..hehe..

sejak saya tiba di uia ni, tiba-tiba rasa badan tak sihat..selsema, sakit dan sangt berat kepala dan rasa macam nak demam..huhu..sedih betul!...xpe2, tarbiah jasadiyyah buat diriku..setakat ni x makan ubat dan x pegi klinik lagi..dua perkara tersebut adalah sesuatu yg saya akan elakkan untuk buat..hehe..mesti para nurse dan doktor marah ni..=) tapi rasanya macam kne makan ubat je ni, takut melarat pulak, next week dah start kuliah. kerja2 lain dah bertimbun nak kne siapkan..huhu


teringat kata-kata seorang sahabat..think positive to yourself! kalu nak sakit tu, jgn manjakan sangat diri..be strong dan lawan perasaan sakit tu..yakin dengan diri sendiri..sebutkan kata-kata yang dapat motivate diri. so, be strong syahida!...huhu.