Tuesday, June 23, 2009

Bersabarlah dalam berdoa..


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .




p/s : entry saya yang paling ringkas..sebagai tazkirah buat diriku dan dirimu jua...

Pembedahan Robotik

Pada zaman teknologi kini, manusia semakin obses mencipta robot untuk membantu manusia melaksanakan pelbagai tugasan.


Robot kini bukan sahaja digunakan secara meluas dalam sektor perindustrian, perkilangan, mengendalikan kerja berat atau bidang ketenteraan. Malah, Tidak ketinggalan juga dalam bidang perubatan.


Sejarah pembedahan robotik


Di Eropah, robotik didefinisikan sebagai "Sains Robotologi" dan Robotologi didefinisikan sebagai cara mesin robot melakukan kerja. Ramai yang menganggap robotik sebagai satu bahagian teknologi tetapi robotik meliputi pelbagai bidang teknologi seperti mekanikal, elektrik, elektronik, sistem, perkakasan dan perisian komputer serta pelbagai teknologi canggih yang lain.


Ciptaan robot semakin canggih bersesuaian dengan kegunaan untuk membantu menjalankan tugas manusia dalam dunia perubatan yang bermula sejak 1985 lagi.


Pada awalnya, teknologi robot untuk membantu bidang perubatan dikenali sebagai PUMA 560 yang digunakan untuk meletakkan jarum pada biopsi otak.

Kemudian pembedahan robotik semakin dikenali ramai apabila pada 1988 PROBOT digunakan untuk pembedahan prostat di England.


Penggunaan robotik untuk membantu doktor menjalankan pembedahan semakin popular apabila Integrated Surgical System memperkenalkan ROBODOC pada tahun 1992 dicipta untuk pembedahan penggantian pinggul.


Pada tahun 1999, robot bedah iaitu Sistem Pembedahan Da Vinci diperkenalkan.

Kemudian, pada tahun 2000 pembedahan robotik ini digunakan dalam prosedur pembedahan dada (thoracoscopic), sesetengah prosedur ginekologi, jantung dan urologi.


Pembedahan robotic Da Vinci


Da Vinci merupakan system bantuan robotic berkomputer yang melangkaui kemampuan pakar bedah secara konvensional. Ia merupakan satu-satunya teknologi terulung yang mendapat kelulusan pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan di Amerika Syarikat.


komponen utama pembedahan robotic


- Peralatan pembedahan tangan pemotong

- Konsol pakar bedah

- Peranti berkomputer robot


Cara pembedahan dilakukan ke atas pesakit


Lubang kecil yang bersaiz kira-kira 1 inci (8 mm) ditebuk bagi membolehkan kamera dan tangan robotic dimasukkan ke bahagian tubuh pesakit. Peralatan ini disambungkan pada computer yang dikawal oleh pakar bedah. Pakar bedah akan duduk di konsol yang terletak berhampiran pesakit.


bahagian tubuh yang dibedah dilihat melalui resolusi yang tinggi dan tayangan imej tiga dimensi. Pakar bedah akan mmanipulasi dan mengarahkan tangan robotic berkomputer. Computer akan menafsirkan arahan daripada pergerakan jari-jari pakar bedah. Ia akan menggerakkan peralatan pembedahan mikro yang berada dala tubuh pesakit tepat pada bahagian yang terlibat.


selain pembedahan urologi, ia juga boleh dimanfaatkan untuk bahagian perut, dada dan jantung. Ini termasuklah pembedahan pintasan jantung, pedih hulu hati dan pembuangn kelenjar prostat akibat kanser.


kelebihan prosedur pembedahan robotic?


Pembedahan ini sememangnya memberi kebaikan kepada pesakit dan juga pakar bedah.


Pakar bedah

- Kadar visualisasi tiga dimensi yang lebih baik.

- Tempoh masa pembedahan lbih singkat.

Pesakit

- Tidak meninggalkan kesan parut

- Mengurangkan kadar kesakitan selepas pembedahan dan trauma

- Tempoh tinggal di wad lebih pendek

- Kadar pemulihan yang lebih cepat

- Mengurangkan risiko jangkitan kuman

- Komplikasi yang sedikit

- Kurang pendarahan

- Luka pembedahan kecil

- Kawalan pembuangan air kecil yg lbih baik

Selain itu antara kelebihan lain pula ialah:


Pembedahan ini membantu pusat perubatan yang kekurangan kakitangan kerana meringankan beban tugas doctor. Sebenarnaya di Malaysia nisbah doctor dan pesakit ialah 1 doktor : 10 000 pesakit. Keadaan ini sebenarnya boleh diatasi apabila pakar bedah menggunakan pembedahan robotic kerana kurangnya pakar dalam satu pembedahan. Selain itu kita tidak perlu memebawa ramai pegawai perubatan dalam satu-satu pembedahan.

kelemahan pembedahan ini

Antara kelemahannya ialah kos pembelian alatan dari luar negara yang sangat mahal. Kosnya dianggarkan bernilai RM 10 juta. Maka kos rawatannya secara tidak langsung menjadi tinggi dan tidak mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat. Selain itu, bagi menambahkan lebih ramai pakar yang mahir mengendalikan peralatan ini, kerajaan terpaksa mengeluarkan pembiayaan yang banyak untuk menampung kos penghantaran pelatih ke luar Negara bagi mempelajari teknik dan kemahiran pembedahan robotic ini.


p/s: ini adalah teks pembentangan BM saya...sumber dari Estidotmy.

Sara Thai farewall Party

Salam alaik..

Alhamdulillah...saya berjaya melepasi segala dugaan dan mehnah sepanjang short sem yang telah berjalan selama 7 minggu dengan berakhirnya final exam semalam...lega rasanya...insyAllah petang ni naik bas pukul 2pm untuk bermusafir ke Selangor...seronoknya cuti!..hehe.

short sem kali ini agak seronok dan menarik juga..hari last kelas, kami telah mengadakn jamuan kelas di Restoran Sara Thai..sebelum ni tak pernah lagi kelas saya buat jamuan, mgkn short sem yng singkat masanya ini mbuatkan kami jadi rapat dan hubungn dengan lecture pun baik. itulah kelebihannya amik s.sem..hehe

(Restoran Sara Thai..selera Thai..)



kebetulan masa tu, kami terserempak dengan lecturer core course biomed..Dr Tariq yang datang makan bersama keluarganya dari Bangladesh..apalagi, budak2 ni pun berebut-rebut nak amik gambar dengan dia..orang handsome la katakan..walaupn subjk molecular biology yang dia ajar tu sangat susah..namun, rasa macam senang je..hakikatnya susah gak la..huhu.ramai yang kne repeat..




sebenarnya, selain kami sendiri yang nak buat jamuan ni..the hidden agenda is nak raikan cikgu Fuziah, (bertudung pink) guru bahasa melayu kami yng sangat sporting dan baik hati..terima kasih cikgu atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kami semua..hanya Allah sahaja ynag dapat membalasnya.


selepas puas makan-makan, sesi terakhir ialah sesi fotografi...bersyukur jugak sebab semua clasmate saya perempuan, cikgu pun perempuan jugak..memang sangat best la kelas BM tuh..takde segan sangt. kalu nak buat persembahan atau bercakap dalam kelas pun takde la nak malu-malu..pada hari terakhir kelas, kami telah mempersembahkan pentomen dan beberapa persembahan individu untuk cikgu..first time saya berlakon pentomen..mcm apa je..

(sedang khusyuk menikmati selera)


Alhamdulillah, kelas BM dah habis..lepas ni takde lagi amik subjek BM..kenangan ini akan diingati selamanya..insyAllah.. berdebar menantikan result exam...doakn deh..=)

Wednesday, June 17, 2009

Adik-adikku..



"Apa cita-cita adik-adik semua?" tanya saya kepada adik-adik kumpulan saya.

"saya nak jadi askar" jawab Zubir.

"saya pulak nak jadi peguam" jawab Salsabil

"akak, cita-cita saya nak mati syahid la.." jawab Amzar

(Gambar hiasan)



hah!...terkedu dan menggigil saya mendengar penyataan adik amzar sebentar tadi...sungguh tidak saya sangka amzar akan berkata demikian. tapi hakikatnya, memang itulah harapan dia dan bila saya tnya cita-cita dalam bidang kerjaya, dia tak tahu pulak nak kerja apa bila besar nanti...

masyaAllah, sungguh mulia adik ni..masakan umurnya yang baru mencecah 10 tahun boleh berfikiran macamtu..malah, dia menegah pulak kawan2 dia supaya jangn jadi polis, rasuah banyak katanya! dan yang paling saya kagum denagn adik ni, dia boleh bercerita tentang virus H1N1 dan kaitkannya dengan sirah Nabi Noh semasa pelayarannya dengan bahtera..

bertuah sungguh ibubapa adik ni..betullah orang kata, didikan anak2 semasa usia muda ni adalah paling berkesan untuk mereka. ternyata memang adik ni mndapat pentarbiyah yang sempurna di rumah. bila saya compare dengan kawan-kawan sebayanya yang lain, memang jauh beza. bayangknlah, dia boleh tahu serba sedikit pasal isu semasa, politik dan sebagainya dalm usia 10 tahun berbanding kawan2nya yng lain.
itulah serba sedikit pengalamn dan pengjaran yang saya dapat semasa mnjadi fasilitator untuk program smart solat anjuran Biro wanita JKKK Kg Rantau Panjang pada hari sabtu, 13 Jun yang lepas. program yang berlansung selama sehari ini disertai oleh kanak-kanak sekolah rendah berumur 6 hingga 12 tahun.

diberi taklifat untuk mnjadi fasi bagi kumpulan adik2 lelaki ini memang sangt mencabar dan seronok bagi saya. kerenah mereka yang agak lasak dan agresif membuatkn saya terpaksa bercakap dengan suara yg kuat dan sedikit tegas dalm kelembutan..=)


dapatlah juga memahami serba sedikit tentang sikap dan perangai kanak-kanak lelaki ni. saya pun ada adik lelaki juga, jadi, senanglah saya untuk berinteraksi dengan lebih berkesan lepas ni bila berhadapan dengan lelaki.

moral value :
~ sentiasa tanamkan niat dalm diri kita untuk mati syahid kerana Allah.

~ didiklah bakal anak-anak kita dengan didikan yang sempurna sejak kecil lagi, bermula dengn didikan agama di rumah. dan sebenarnya, untuk mndapat anak2 yang soleh, ia seharusnya bermula sejak awal lagi iaitu ketika kita ingin memilih calon suami @ isteri..

~ sentiasa merapatkan ukhuwah dengan sahabat2..sebabnya bila saya jadi fasi ni, barulah boleh jumpa dan bersua muka denagn sahabat2 Nisa' yang sama2 buat kerja sebelum ni.

Tuesday, June 16, 2009

Final exam is coming !!

Salam muhibbah..

this week is the last week for short sem and today is final class for ungs2040...and today also i'm got result for midterm, which just finished yesterday for second midterm ungs.. Alhamdulillah..pass..=)

so, final exam is just around the corner...

Next week..23 June 2009 is my final exam for both subjects that i'm taking on this sem..

9 am----Bahasa Melayu for Science students (LM 2016)
2.30 pm-----UNGS2040

pray for me and i've to struggle for both subjects...
my aim GPA this sem is 4.00...huhu..
try to make it reality, syahida..
~InsyaAllah~

Sunday, June 7, 2009

Mengalirlah wahai dai'e

Salam Muhibbah..


Sedikit perkongsian daripada saya buat sahabat-sahabat semua. Semasa menghadiri konvensyen PAPISMA yang lepas, terdapat slot bersama NGO Islam dan yang hadir adalah 2 orang aktivis PKS (Parti Keadilan Sejahtera) Indonesia. Saya tak ingat sape name orang tu. Tapi, apa yang penting untuk saya kongsikan di sini ialah mesej yang hendak disampaikan. Alhamdulillah mujur saya faham apa yang mereka perkatakan. Mungkin juga kerana saya ada kacukan Indonesia & jawa skit kot, jadi tidak ada masalah untuk saya memahami bahasa Indonesia mereka. Tapi kadang-kadang ada juga perkataan yang saya tak faham, jadi knelah rujuk mak saya..(^-^)

Di akhir perkongsian, salah seorang daripada mereka ada mengatakan sesuatu yang membuatkan saya ingat lagi sampai sekarang. Katanya da’ie ini adalah ibarat air…oleh itu, jadilah air yang mengalir seperti air sungai @ air terjun yang mana ianya boleh memberi manfaat kepada orang lain. Jangan pula kita menjadi air yang bertakung, yang mana akhirnya akan menjadi busuk dan berbau. Bukan sahaja tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain malah akan menyusahkan dan mengotorkan persekitaran sahaja.




Teringat saya pada salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah iaitu bermanfaat pada orang lain. Oleh yang demikian, berusahalah supaya hidup kita sebagai seorang da’ie ini dapat memberi manfaat kepada semua makhluk di sekeliling kita dan nikmat kehadiran kita di dunia ini dirasai oleh seisi alam.
Kerana apa? Atas taklifan yang telah Allah amanahkan sebagai seorang khalifah di muka bumi dan tugas menegakkan Ad-Din Islam yang tercinta. Caranya adalah dengan menubuhkan daulah Islamiyyah dan kerja2 ini hanya boleh disempurkan secara berjemaah. Saya pernah ditanya oleh seorang kawan, “mesti ke kerja2 dakwah ini dilakukan secara berjemaah? Tak boleh ke buat sorang2 ? janganlah jumud sangat”…itulah katanya..huhu. no komen..malas saya nak bertekak dengan dia masa tu.


Tetapi sebelum itu, para da’ie haruslah memantapkan iman di hati. Hal ini kerana Islam diibaratkan sebagai sebatang pokok seperti misalan yang diberikan oleh Allah menerusi surah Ibrahim ayat 24, maka Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya iman dan kehidupan, meminta supaya kita bersabar dan berjihad. Beliau misalkan iman yang ada di hati manusia ini seperti anak ayam yang baru hendak menetas dari telurnya. Sebelum anak ayam ini membesar, ia dulunya adalah seperti bayi kecil yang berada di dalam telurnya. Apabila sampai masanya dia menetas, langkah pertama yang dilakukan ialah menebuk-nebuk kulit telur dengan muncungnya. Ia akan menebuk sehingga kulit telur yang didiaminya tembus. Mula-mula keluar muncungnya, kemudian kepalanya dan akhir sekali kulit telur yang selama ini mnjadi dinding yang melindunginya retak dan akhirnya pecah. Kata Dr. Yusu al Qardawi, sekali-sekala apabila tuan punya ayam tadi melihat anak ayamnya sedang berusaha memecahkan telur sebelum ia Berjaya keluar, dia terasa seolah-olah mahu menolong memecahkan telur itu supaya anak ayam tadi dapat keluar dengan cepat dan selamat tanpa perlu bersusah payah.



Dari sudut ilmu haiwan, tindakan kita menolong mengoyakkan kulit telur ini adalah salah. Allah SWT sewaktu mnciptakan anak ayam, Dia tahu anak ayam ini sejenis makhluk yg mempunyai nyawa yang berharga. Dia tahu bahawa seekor anak ayam yang sebegini lemah tidak akan berdaya keluar ke muka bumi ini sekiranya tidak melalui proses seperti ini. Oleh itu, sekiranya kita membantu dengan mengoyakkan kulitnya, bermakna kita sedang mendedahkan anak ayam tadi kepada bermacam-macam malapetaka, yg mana anak ayam ini belum bersedia menerima bala dan ujian yang sebegitu besar baginya.
Kita dedahkan ia kepada udara panas sekali gus, kita dedahkan ia kepada udara sejuk sekali gus. Kita dedahkan ia kepada nyamuk dan semut yang mana sekiranya kita koyak dan letak anak ayam itu di suatu tempat, maka segala jenis semut dan nyamuk dating menggigit dan ia tidak berupaya menentangnya kerana sebelum ini dia tidak diberikan sebarang latihan untuk mnghadapinya.

Oleh itu bagi membolehkan anak ayam ini berdepan dengan dunia yang begitu banyak malapetaka dan cabaran, sengaja Allah SWT mencipta kulit telur yg begitu tebal dan pejal, supaya ia boleh menggerakkan seluruh anggotanya seperti kaki dan sayapnya yang mana gerakan-gerakan itu mnjadikan sarafnya kuat, saluran darahnya berfungsi dengan baik dan akhirnya ia bersedia untukmenghadapi cabaran yang lebih hebat selepas ia Berjaya keluar dari telurnya. Apabila ia menggerakkan sayap dan kakinya untuk memecahkan dinding telur sedikit demi sedikit, ia akan terdedah kepada udara sedikit demi sedikit. Udara panas dari luar akan masuk ke dalam telur yg akhirnya mnyebabkan telur itu retak dan pecah sedikit demi sedikit sehingga ia Berjaya keluar dari telurnya dengan selamat. Ini adalah sunnah Allah SWT yg tidak akan pernah bertukar ganti




Begitulah halnya juga dengan diri kita ini..

Transformasi Pisang kepada Bioetanol

Berikut adalah soalan wawancara saya bersama Prof Madya Dr. Jamaluddin bin Mohd Daud, Timbalan Dekan (Akademik) Kulliyyah of Science UIAM yang juga merupakn pensyarah Bioteknologi, untuk tugasan BM saya.


1. Soalan : Doktor, apakah definisi biofuel ?
Jawapan : Biofuel ialah bahan api dalam bentuk cecair atau pepejal yang dihasilkan daripada bahan hidupan dan berbeza dengan bahan api fosil. Terdapat tiga jenis biofuel yang biasa dihasilkan iaitu biomass, bioetanol dan biodiesel.

2. Soalan : Bolehkah Doktor terangkan dengan lebih lanjut maksud biomas, bioetanol dan biodiesel ?
Jawapan : Biomas ialah sumber tenaga yang boleh diperbaharui merujuk kepada bahan hidup dan bahan yang terbuang, serta mempunyai kualiti yang rendah. Bioetanol pula bermaksud bahan api yang sesuai digunakan untuk enjin petrol dihasilkan daripada proses fermentasi dan penyulingan. Sementara itu, biodiesel merujuk kepada minyak sayuran dan lemak haiwan yang ditukarkan menjadi minyak yang boleh digunakan dalam enjin diesel.

Baru-baru ini kami menemui satu artikel mengenai penghasilan bioetanol daripada pisang, hasil kajian dari Universiti Tanjungpura , Pontianak, Indonesia. Mereka berjaya menghasilkan satu liter etanol daripada dua sisir pisang dengan kadar alkohol sekitar 90 peratus.





3. Soalan : Bolehkah Doktor ceritakan lebih lanjut tentang proses ini?

Jawapan : Pertama, isi pisang perlu dilumat terlebih dahulu sehingga menjadi jus. Isi pisang dipilih kerana mengandungi selulosa iaitu salah satu kelas karbohidrat yang utama (polisakarida). Jus pisang tadi kemudiannya dipanaskan pada suhu yang khusus menyebabkan selulosa mengurai menjadi molekul glukosa . Seterusnya, glukosa tersebut dipanaskan untuk mengurangkan kadar air yang tinggi. Peringkat seterusnya ialah proses fermentasi yang menggunakan mikrob untuk menghasilkan etanol dan air. Kemudian, penyulingan dijalankan untuk mengasingkan etanol dan air. Etanol yang telah dihasilkan boleh digunakan bersama dengan minyak petrol. Proses penghasilannya memakan masa lebih kurang 10 hari.

4. Soalan : Berapakah kadar penghasilan alkohol dalam proses ini?

Jawapan : Secara amnya, semua tumbuhan yang digunakan untuk bioetanol menghasilkan alkohol sebanyak 12 peratus. Di Malaysia , penggunaan pisang adalah sebagai sumber makanan. Bagi mengisi penuh setangki minyak, kita memerlukan jumlah pisang yang banyak. Sedangkan harga pisang di Malaysia mahal, maka, ia adalah kurang efektif sebagai sumber bahan api. Kita perlu menilai sama ada pisang itu sesuai atau tidak sebagai sumber tenaga berbanding sumber makanan.

5. Soalan : Sejauh mana keberkesanan bioetanol terhadap enjin ? Adakah kelajuan enjinnya sama dengan penggunaan minyak petrol?
Jawapan : Bioetanol dicampurkan ke dalam minyak petrol dengan nisbah 50:50 atau pun 70:30 mengikut kesesuaian enjin. Namun demikian, kelajuan kenderaan adalah sama dengan penggunaan minyak petrol.


6. Soalan : Sejak akhir-akhir ini, kesedaran memelihara alam sekitar dalam kalangan masyarakat semakin meningkat. Adakah penggunaan bioetanol ini turut menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar?
Jawapan : Bioetanol ini menggunakan bahan semulajadi iaitu tumbuh-tumbuhan. penggunaan bioetanol adalah lebih mesra alam berbanding minyak petrol kerana kurang menghasilkan karbon monoksida dan asap yang tidak mencemarkan udara.




7. Soalan : Bolehkah bioetanol dihasilkan sendiri di rumah ?

Jawapan : Bioetanol boleh dihasilkan di rumah seperti penghasilan tapai. Cara yang mudah untuk melakukannya adalah dengan menghancurkan pisang bersama-sama sedikit air lalu ditambah ragi ke atasnya. Kemudian, bekas berisi bahan tadi ditutup rapat serta dibalut dengan kain. Seterusnya, bekas tersebut diletak di tempat gelap selama sepuluh hari. Etanol akan terhasil selepas pengeraman selama dua belas hari. Etanol yang terhasil disuling untuk mendapatkan etanol yang tulen. Walau bagaimanapun, penghasilan etanol dirumah sebenarnya adalah salah di sisi undang-undang kerana dibimbangi penyalahgunaan etanol untuk dijadikan arak. Bagi individu yang ingin mengusahakan bioetanol perlu mendapatkan lesen untuk dipantau oleh pihak kerajaan.

8. Soalan : Adakah Doktor pernah mengkaji tentang pisang ?

Jawapan : Saya pernah memantau kajian pelajar saya mengenai fiber makanan dalam kulit pisang. Sebenarnya kandungan fiber makanan dalam kulit pisang muda lebih tinggi berbanding isi pisang. Fiber makanan adalah penting untuk proses pencernaan bagi mengelakkan sembelit dan buasir. Ekstrak kulit pisang dijadikan bahan makanan tambahan dengan dicampurkan ke dalam makanan yang tidak mengandungi fiber.




9. Soalan : Apakah penemuan terbaru mengenai pisang yang mungkin belum diketahui umum ?

Jawapan : Ekstrak batang pisang digunakan sebagai penyerap tumpahan minyak di laut.

10. Soalan : Apakah pendapat Doktor tentang penerimaan masyarakat terhadap bioetanol ?

Jawapan : Bioetanol mempunyai masa depan yang cerah jika kos penghasilan bioetanol murah. Pada pandangan saya, penghasilan bioetanol daripada pisang di Malaysia tidak sesuai kerana pisang merupakan sumber makanan dan jumlah penanaman pisang di Malaysia tidak memadai untuk penghasilan bioetanol berskala besar. Sekiranya pisang digunakan untuk bioetanol, ini boleh menjejaskan sumber makanan kita dan masyarakat tidak akan menggunakan bioetanol.

Tuesday, June 2, 2009

Suka duka tarbiah Allah

Alhmdulillah, kali ini dapat lagi update blog. Dalam kesibukan masa yang melanda diriku sejak akhir-akhir ini. Sekali lagi alasan “sibuk” terpaksa digunakn bilamana blog ini tidak di update. Biasalah, manusia sentiasa memberi alasan dan suka beralasan dalam apa jua perkara..alasan..alasan..dan alasan..huhu. Bila difikirkan kembali, Allah memberi segala nikmatnya kepada manusia tanpa memberi sebarang alasan dan tidak membeza-bezakan pun di antara hamba-hambaNya..semua nikmat yang diberikan adalah sama rata tanpa mengira pangkat, harta dan apa-apa pun kayu ukur yang boleh membezakan kita. Namun demikian, sebagai hamba, kenapa kita sentiasa beralasan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah? Kenapa kita suka mengeluh apabila disuruh melaksanakan ibadah? Kenapa? Dan kenapa? …persoalan yang kita sepatutnya memikirkan dan ambil iktibar..Allah memberi nikmat kepada kita tanpa sebarang alasan!..(sebagai motivasi kepada saya untuk tidak lagi beralasan selepas ini..)

Hampir seminggu juga tidak menulis blog, banyak perkara yang berlaku pada diriku ini..bermula dengan midterm exam BM pada hari jumaat lepas. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun soaln pertama sahaja saya tak tahu nak jawab apa.huhu. weekend yang lepas dilalui dengan kesibukan yang memanjang. Dan secara tidak langsung, memaksa minda saya untuk berfikir secara logik dan melatih minda untuk membuat keputusan yang tepat. Iaitu untuk pulang ke rumah atau tidak. Namun demikian, saya mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti hujung minggu lepas di kampus sahaja. Maaf banyak-banyak kepada adik-adik dan sahabat-sahabat alumni SAMTTAJ kerana tidak dapat untuk menghadiri meeting MT untuk program sekolah. Terkilan jugak sebenarnya bila tak dapat datang meeting tu, tapi walau apapun, Allah yang menentukan segalanya.



Alhamdulillah, sabtu lepas saya diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri Konvensyen PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia) di Pantai Balok. Walaupn hanya pergi sehari sahaja, namun ada jugaklah input yang dapat. Petang tu, sempat juga melawat rumah sahabat saya, Adah di balok baru. Kebetulan dia pulang ke rumah minggu tu kerana ada majlis di rumahnya. Banyak jugak kami berkongsi cerita di antara kampus Gombak dan kuantan. Antara perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di rumah adah ialah spect mata saya pecah!..akibat kecuaian sendiri. Terkilan dan sedih sangat masa tu..huhu. dah la tengah ‘kering’ duit sekarang ni, spect pecah pulak..yelah, harga spect bukannya murah. Beratus jugak kalu nak buat baru. Alhamdulillah, mujurlah saya ada spect spare satu lagi. Tapi ‘power’ yang tu kurang sikit. Malam tu saya bagitau abah, kata spect pecah..abah pun tanya “habistu macamana nak belajar? Hati-hati lah lain kali.”..nasihat yang penuh berhikmah dari seorang ayah..huhu.





Bila muhasabah kembali, inilah akibatnya bilamana Allah telah menarik nikmat penglihatan yang normal dalam diri saya. Iaitu rabun jauh..huhu..terpaksa bergantung pada alat bantuan iaitu cermin mata untuk melihat berbanding orang2 yang tak pakai spect..tapi, ingatlah diriku dan sahabat-sahabat, setiap apa yang Allah bagi untuk diri kita, pasti ada hikmah yang tersirat maksudnya. Dan semestinya kita bersyukur dan menjaga sebaiknya nikmat pancaindera yang telah Allah kurniakan kepada kita. Caranya amat mudah, gunakan sebaiknya pancaindera kita untuk mentaati dan beribadah kepada Allah, cntohnya, jangan gunakn mata kita untuk melihat perkara-perkara maksiat @ perkara2 yang boleh membawa kepada maksiat tapi sebaliknya gunakan mata kita untuk membaca dan mentadabbur kitab suci Al Quran. Begitu juga untuk anggota badan kita yang lain. In other words, jangan menyalahgunakan nikmat pancaindera yang Allah beri. Kalu tidak, tunggulah akibatnya..huhu..(ayat mengecam buat diriku..)




Hari ahad banyak dihabiskan di bilik untuk study. Sebab hari isnin ada midterm ungs..Alhamdulillah dapat jugak jawab exam walaupun dengan keadaan saya yang sakit kepala sangat2 masa tu..tak tahu kenapa,sejak akhir-akhir ni selalu sakit kepala, berdenyut-denyut dan kadang-kadang rasa berpinar-pinar mata. Tapi terpaksa juga menggagahkan diri untuk menghadiri exam dan kelas. Sekali lagi di uji dengan nikmat kesihatan..huhu..
Pagi tadi saya bersama group members ada sesi wawancara bersama Dr. Faiza, di klinik berkaitan tugasan untuk pembentangan BM pada hari khamis ni. Sempat juga saya bertanya tentang simptom2 sakit kepala yang saya hadapi. Katanya mungkin sebab tension @ migraine. Satu lagi , low blood pressure..ntah la.saya malas sikit nak fikir pasal penyakit ni. Sebab saya sendiri pun tak suka makan ubat dan pergi klinik..huhu.wallahua’lam..ingatlah semua, bahawa penyakit itu adalah makhluk Allah dan ia tidak akan memberi apa-apa mudharat kepada manusia tanpa izin Allah..so, be positive to yourself! Ya Allah, hanya padaMu lah aku bergantung segala harapan.