Sunday, June 7, 2009

Mengalirlah wahai dai'e

Salam Muhibbah..


Sedikit perkongsian daripada saya buat sahabat-sahabat semua. Semasa menghadiri konvensyen PAPISMA yang lepas, terdapat slot bersama NGO Islam dan yang hadir adalah 2 orang aktivis PKS (Parti Keadilan Sejahtera) Indonesia. Saya tak ingat sape name orang tu. Tapi, apa yang penting untuk saya kongsikan di sini ialah mesej yang hendak disampaikan. Alhamdulillah mujur saya faham apa yang mereka perkatakan. Mungkin juga kerana saya ada kacukan Indonesia & jawa skit kot, jadi tidak ada masalah untuk saya memahami bahasa Indonesia mereka. Tapi kadang-kadang ada juga perkataan yang saya tak faham, jadi knelah rujuk mak saya..(^-^)

Di akhir perkongsian, salah seorang daripada mereka ada mengatakan sesuatu yang membuatkan saya ingat lagi sampai sekarang. Katanya da’ie ini adalah ibarat air…oleh itu, jadilah air yang mengalir seperti air sungai @ air terjun yang mana ianya boleh memberi manfaat kepada orang lain. Jangan pula kita menjadi air yang bertakung, yang mana akhirnya akan menjadi busuk dan berbau. Bukan sahaja tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain malah akan menyusahkan dan mengotorkan persekitaran sahaja.




Teringat saya pada salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah iaitu bermanfaat pada orang lain. Oleh yang demikian, berusahalah supaya hidup kita sebagai seorang da’ie ini dapat memberi manfaat kepada semua makhluk di sekeliling kita dan nikmat kehadiran kita di dunia ini dirasai oleh seisi alam.
Kerana apa? Atas taklifan yang telah Allah amanahkan sebagai seorang khalifah di muka bumi dan tugas menegakkan Ad-Din Islam yang tercinta. Caranya adalah dengan menubuhkan daulah Islamiyyah dan kerja2 ini hanya boleh disempurkan secara berjemaah. Saya pernah ditanya oleh seorang kawan, “mesti ke kerja2 dakwah ini dilakukan secara berjemaah? Tak boleh ke buat sorang2 ? janganlah jumud sangat”…itulah katanya..huhu. no komen..malas saya nak bertekak dengan dia masa tu.


Tetapi sebelum itu, para da’ie haruslah memantapkan iman di hati. Hal ini kerana Islam diibaratkan sebagai sebatang pokok seperti misalan yang diberikan oleh Allah menerusi surah Ibrahim ayat 24, maka Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya iman dan kehidupan, meminta supaya kita bersabar dan berjihad. Beliau misalkan iman yang ada di hati manusia ini seperti anak ayam yang baru hendak menetas dari telurnya. Sebelum anak ayam ini membesar, ia dulunya adalah seperti bayi kecil yang berada di dalam telurnya. Apabila sampai masanya dia menetas, langkah pertama yang dilakukan ialah menebuk-nebuk kulit telur dengan muncungnya. Ia akan menebuk sehingga kulit telur yang didiaminya tembus. Mula-mula keluar muncungnya, kemudian kepalanya dan akhir sekali kulit telur yang selama ini mnjadi dinding yang melindunginya retak dan akhirnya pecah. Kata Dr. Yusu al Qardawi, sekali-sekala apabila tuan punya ayam tadi melihat anak ayamnya sedang berusaha memecahkan telur sebelum ia Berjaya keluar, dia terasa seolah-olah mahu menolong memecahkan telur itu supaya anak ayam tadi dapat keluar dengan cepat dan selamat tanpa perlu bersusah payah.



Dari sudut ilmu haiwan, tindakan kita menolong mengoyakkan kulit telur ini adalah salah. Allah SWT sewaktu mnciptakan anak ayam, Dia tahu anak ayam ini sejenis makhluk yg mempunyai nyawa yang berharga. Dia tahu bahawa seekor anak ayam yang sebegini lemah tidak akan berdaya keluar ke muka bumi ini sekiranya tidak melalui proses seperti ini. Oleh itu, sekiranya kita membantu dengan mengoyakkan kulitnya, bermakna kita sedang mendedahkan anak ayam tadi kepada bermacam-macam malapetaka, yg mana anak ayam ini belum bersedia menerima bala dan ujian yang sebegitu besar baginya.
Kita dedahkan ia kepada udara panas sekali gus, kita dedahkan ia kepada udara sejuk sekali gus. Kita dedahkan ia kepada nyamuk dan semut yang mana sekiranya kita koyak dan letak anak ayam itu di suatu tempat, maka segala jenis semut dan nyamuk dating menggigit dan ia tidak berupaya menentangnya kerana sebelum ini dia tidak diberikan sebarang latihan untuk mnghadapinya.

Oleh itu bagi membolehkan anak ayam ini berdepan dengan dunia yang begitu banyak malapetaka dan cabaran, sengaja Allah SWT mencipta kulit telur yg begitu tebal dan pejal, supaya ia boleh menggerakkan seluruh anggotanya seperti kaki dan sayapnya yang mana gerakan-gerakan itu mnjadikan sarafnya kuat, saluran darahnya berfungsi dengan baik dan akhirnya ia bersedia untukmenghadapi cabaran yang lebih hebat selepas ia Berjaya keluar dari telurnya. Apabila ia menggerakkan sayap dan kakinya untuk memecahkan dinding telur sedikit demi sedikit, ia akan terdedah kepada udara sedikit demi sedikit. Udara panas dari luar akan masuk ke dalam telur yg akhirnya mnyebabkan telur itu retak dan pecah sedikit demi sedikit sehingga ia Berjaya keluar dari telurnya dengan selamat. Ini adalah sunnah Allah SWT yg tidak akan pernah bertukar ganti




Begitulah halnya juga dengan diri kita ini..

0 comments: