Tuesday, June 2, 2009

Suka duka tarbiah Allah

Alhmdulillah, kali ini dapat lagi update blog. Dalam kesibukan masa yang melanda diriku sejak akhir-akhir ini. Sekali lagi alasan “sibuk” terpaksa digunakn bilamana blog ini tidak di update. Biasalah, manusia sentiasa memberi alasan dan suka beralasan dalam apa jua perkara..alasan..alasan..dan alasan..huhu. Bila difikirkan kembali, Allah memberi segala nikmatnya kepada manusia tanpa memberi sebarang alasan dan tidak membeza-bezakan pun di antara hamba-hambaNya..semua nikmat yang diberikan adalah sama rata tanpa mengira pangkat, harta dan apa-apa pun kayu ukur yang boleh membezakan kita. Namun demikian, sebagai hamba, kenapa kita sentiasa beralasan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah? Kenapa kita suka mengeluh apabila disuruh melaksanakan ibadah? Kenapa? Dan kenapa? …persoalan yang kita sepatutnya memikirkan dan ambil iktibar..Allah memberi nikmat kepada kita tanpa sebarang alasan!..(sebagai motivasi kepada saya untuk tidak lagi beralasan selepas ini..)

Hampir seminggu juga tidak menulis blog, banyak perkara yang berlaku pada diriku ini..bermula dengan midterm exam BM pada hari jumaat lepas. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun soaln pertama sahaja saya tak tahu nak jawab apa.huhu. weekend yang lepas dilalui dengan kesibukan yang memanjang. Dan secara tidak langsung, memaksa minda saya untuk berfikir secara logik dan melatih minda untuk membuat keputusan yang tepat. Iaitu untuk pulang ke rumah atau tidak. Namun demikian, saya mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti hujung minggu lepas di kampus sahaja. Maaf banyak-banyak kepada adik-adik dan sahabat-sahabat alumni SAMTTAJ kerana tidak dapat untuk menghadiri meeting MT untuk program sekolah. Terkilan jugak sebenarnya bila tak dapat datang meeting tu, tapi walau apapun, Allah yang menentukan segalanya.



Alhamdulillah, sabtu lepas saya diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri Konvensyen PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia) di Pantai Balok. Walaupn hanya pergi sehari sahaja, namun ada jugaklah input yang dapat. Petang tu, sempat juga melawat rumah sahabat saya, Adah di balok baru. Kebetulan dia pulang ke rumah minggu tu kerana ada majlis di rumahnya. Banyak jugak kami berkongsi cerita di antara kampus Gombak dan kuantan. Antara perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di rumah adah ialah spect mata saya pecah!..akibat kecuaian sendiri. Terkilan dan sedih sangat masa tu..huhu. dah la tengah ‘kering’ duit sekarang ni, spect pecah pulak..yelah, harga spect bukannya murah. Beratus jugak kalu nak buat baru. Alhamdulillah, mujurlah saya ada spect spare satu lagi. Tapi ‘power’ yang tu kurang sikit. Malam tu saya bagitau abah, kata spect pecah..abah pun tanya “habistu macamana nak belajar? Hati-hati lah lain kali.”..nasihat yang penuh berhikmah dari seorang ayah..huhu.





Bila muhasabah kembali, inilah akibatnya bilamana Allah telah menarik nikmat penglihatan yang normal dalam diri saya. Iaitu rabun jauh..huhu..terpaksa bergantung pada alat bantuan iaitu cermin mata untuk melihat berbanding orang2 yang tak pakai spect..tapi, ingatlah diriku dan sahabat-sahabat, setiap apa yang Allah bagi untuk diri kita, pasti ada hikmah yang tersirat maksudnya. Dan semestinya kita bersyukur dan menjaga sebaiknya nikmat pancaindera yang telah Allah kurniakan kepada kita. Caranya amat mudah, gunakan sebaiknya pancaindera kita untuk mentaati dan beribadah kepada Allah, cntohnya, jangan gunakn mata kita untuk melihat perkara-perkara maksiat @ perkara2 yang boleh membawa kepada maksiat tapi sebaliknya gunakan mata kita untuk membaca dan mentadabbur kitab suci Al Quran. Begitu juga untuk anggota badan kita yang lain. In other words, jangan menyalahgunakan nikmat pancaindera yang Allah beri. Kalu tidak, tunggulah akibatnya..huhu..(ayat mengecam buat diriku..)




Hari ahad banyak dihabiskan di bilik untuk study. Sebab hari isnin ada midterm ungs..Alhamdulillah dapat jugak jawab exam walaupun dengan keadaan saya yang sakit kepala sangat2 masa tu..tak tahu kenapa,sejak akhir-akhir ni selalu sakit kepala, berdenyut-denyut dan kadang-kadang rasa berpinar-pinar mata. Tapi terpaksa juga menggagahkan diri untuk menghadiri exam dan kelas. Sekali lagi di uji dengan nikmat kesihatan..huhu..
Pagi tadi saya bersama group members ada sesi wawancara bersama Dr. Faiza, di klinik berkaitan tugasan untuk pembentangan BM pada hari khamis ni. Sempat juga saya bertanya tentang simptom2 sakit kepala yang saya hadapi. Katanya mungkin sebab tension @ migraine. Satu lagi , low blood pressure..ntah la.saya malas sikit nak fikir pasal penyakit ni. Sebab saya sendiri pun tak suka makan ubat dan pergi klinik..huhu.wallahua’lam..ingatlah semua, bahawa penyakit itu adalah makhluk Allah dan ia tidak akan memberi apa-apa mudharat kepada manusia tanpa izin Allah..so, be positive to yourself! Ya Allah, hanya padaMu lah aku bergantung segala harapan.


0 comments: