Tuesday, June 23, 2009

Pembedahan Robotik

Pada zaman teknologi kini, manusia semakin obses mencipta robot untuk membantu manusia melaksanakan pelbagai tugasan.


Robot kini bukan sahaja digunakan secara meluas dalam sektor perindustrian, perkilangan, mengendalikan kerja berat atau bidang ketenteraan. Malah, Tidak ketinggalan juga dalam bidang perubatan.


Sejarah pembedahan robotik


Di Eropah, robotik didefinisikan sebagai "Sains Robotologi" dan Robotologi didefinisikan sebagai cara mesin robot melakukan kerja. Ramai yang menganggap robotik sebagai satu bahagian teknologi tetapi robotik meliputi pelbagai bidang teknologi seperti mekanikal, elektrik, elektronik, sistem, perkakasan dan perisian komputer serta pelbagai teknologi canggih yang lain.


Ciptaan robot semakin canggih bersesuaian dengan kegunaan untuk membantu menjalankan tugas manusia dalam dunia perubatan yang bermula sejak 1985 lagi.


Pada awalnya, teknologi robot untuk membantu bidang perubatan dikenali sebagai PUMA 560 yang digunakan untuk meletakkan jarum pada biopsi otak.

Kemudian pembedahan robotik semakin dikenali ramai apabila pada 1988 PROBOT digunakan untuk pembedahan prostat di England.


Penggunaan robotik untuk membantu doktor menjalankan pembedahan semakin popular apabila Integrated Surgical System memperkenalkan ROBODOC pada tahun 1992 dicipta untuk pembedahan penggantian pinggul.


Pada tahun 1999, robot bedah iaitu Sistem Pembedahan Da Vinci diperkenalkan.

Kemudian, pada tahun 2000 pembedahan robotik ini digunakan dalam prosedur pembedahan dada (thoracoscopic), sesetengah prosedur ginekologi, jantung dan urologi.


Pembedahan robotic Da Vinci


Da Vinci merupakan system bantuan robotic berkomputer yang melangkaui kemampuan pakar bedah secara konvensional. Ia merupakan satu-satunya teknologi terulung yang mendapat kelulusan pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan di Amerika Syarikat.


komponen utama pembedahan robotic


- Peralatan pembedahan tangan pemotong

- Konsol pakar bedah

- Peranti berkomputer robot


Cara pembedahan dilakukan ke atas pesakit


Lubang kecil yang bersaiz kira-kira 1 inci (8 mm) ditebuk bagi membolehkan kamera dan tangan robotic dimasukkan ke bahagian tubuh pesakit. Peralatan ini disambungkan pada computer yang dikawal oleh pakar bedah. Pakar bedah akan duduk di konsol yang terletak berhampiran pesakit.


bahagian tubuh yang dibedah dilihat melalui resolusi yang tinggi dan tayangan imej tiga dimensi. Pakar bedah akan mmanipulasi dan mengarahkan tangan robotic berkomputer. Computer akan menafsirkan arahan daripada pergerakan jari-jari pakar bedah. Ia akan menggerakkan peralatan pembedahan mikro yang berada dala tubuh pesakit tepat pada bahagian yang terlibat.


selain pembedahan urologi, ia juga boleh dimanfaatkan untuk bahagian perut, dada dan jantung. Ini termasuklah pembedahan pintasan jantung, pedih hulu hati dan pembuangn kelenjar prostat akibat kanser.


kelebihan prosedur pembedahan robotic?


Pembedahan ini sememangnya memberi kebaikan kepada pesakit dan juga pakar bedah.


Pakar bedah

- Kadar visualisasi tiga dimensi yang lebih baik.

- Tempoh masa pembedahan lbih singkat.

Pesakit

- Tidak meninggalkan kesan parut

- Mengurangkan kadar kesakitan selepas pembedahan dan trauma

- Tempoh tinggal di wad lebih pendek

- Kadar pemulihan yang lebih cepat

- Mengurangkan risiko jangkitan kuman

- Komplikasi yang sedikit

- Kurang pendarahan

- Luka pembedahan kecil

- Kawalan pembuangan air kecil yg lbih baik

Selain itu antara kelebihan lain pula ialah:


Pembedahan ini membantu pusat perubatan yang kekurangan kakitangan kerana meringankan beban tugas doctor. Sebenarnaya di Malaysia nisbah doctor dan pesakit ialah 1 doktor : 10 000 pesakit. Keadaan ini sebenarnya boleh diatasi apabila pakar bedah menggunakan pembedahan robotic kerana kurangnya pakar dalam satu pembedahan. Selain itu kita tidak perlu memebawa ramai pegawai perubatan dalam satu-satu pembedahan.

kelemahan pembedahan ini

Antara kelemahannya ialah kos pembelian alatan dari luar negara yang sangat mahal. Kosnya dianggarkan bernilai RM 10 juta. Maka kos rawatannya secara tidak langsung menjadi tinggi dan tidak mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat. Selain itu, bagi menambahkan lebih ramai pakar yang mahir mengendalikan peralatan ini, kerajaan terpaksa mengeluarkan pembiayaan yang banyak untuk menampung kos penghantaran pelatih ke luar Negara bagi mempelajari teknik dan kemahiran pembedahan robotic ini.


p/s: ini adalah teks pembentangan BM saya...sumber dari Estidotmy.

0 comments: