Wednesday, November 30, 2011

Catatan Borneo 1


Alhamdulillah, Kembali meneruskan catatan perjalanan dan pengalaman di bumi Borneo, Sarawak dan Brunei.

Hari pertama (22 October 2011)

Bertolak dari UIAM Kuantan ke KLIA pada pukul 5 pagi. Perjalanan selama lebih kurang 3-4 jam merentasi Banjaran Titiwangsa yang tenang. Sampai di KLIA pada jam 10 pagi. Masih banyak lagi masa sementara menunggu pesawat MAS berlepas ke Brunei pada pukul 1.00 pm. Tiba di Lapangan Terbang Brunei pada jam 3.30 pm. Perjalanan selama 2 jam lebih dalam pesawat yang selesa tidak memenatkan. Alhamdulillah. Berdebar menanti pesawat mendarat. Bermacam persoalan bermain di fikiran. Brunei Darussalam. Seindah namanya.


(Check in luggage at KLIA)


Selepas urusan imigresen dan sebagainya, kami terus ke surau untuk solat jama' zohor dan asar sementara menunggu bas yang akan membawa kami ke Limbang, Sarawak. Perjalanan ke Limbang memakan masa 2 jam. Pemandu pelancong pun memainkan peranannya untuk memperkenalkan Brunei kepada kami. Sampai di sempadan Brunei-Limbang, jalan agak sesak dengan kenderaan yang beratur panjang untuk keluar masuk ke Brunei. Urusan imigresen di sempadan hanya beroperasi sehingga jam 10 pm sahaja. Ramai penduduk di Limbang yang bekerja di Brunei kerana pendapatan yang lumayan dan kekangan pekerjaan di tempat mereka.



(Majlis penutup program Motivasi SMKA Limbang)

Tiba di SMKA Limbang pada jam 8 pm. inilah destinasi pertama kami. Membawa misi kemasyarakatan dan ukhuwwah buat adik-adik ini. Program kami di mulakan dengan majlis perasmian Program Motivasi pelajar SMKA Limbang bersama Mahasiswa/wi UIAM Kuantan.
Sedikit briefing dan pembahagian kumpulan. Sedikit cabaran dilalui untuk mengendalikan adik2 yang ramai dan longhat bahasa mereka yang kadang-kadang payah untuk saya memahaminya.

p/s: Hari pertama banyak belajar tentang kesabaran, kegigihan dan apa saja yang sewaktu dengannya.

(SMKA Limbang dari pandangan atas. sangat luas)


Hari Kedua (23 October 2011)

Masih lagi meneruskan program di SMKA Limbang bersama adik2 ini. Seawal pukul 4.30 am, subuh berjemaah bersama mereka. Surau yang terletak di atas bukit memerlukan kekuatan mental dan kerajinan untuk mendaki tangga2nya. Usai solat subuh, tazkirah oleh saudara Ahmad fatihi Makhtar. Pukul 6 am, hari dah cerah. Dari atas bukit, saya dapat melihat keindahan dan keluasan kawasan sekolah ini. Hebat ciptaan Allah. Aktiviti pada hari ini, Seharian berinteraksi secara langsung bersama adik2. Ceramah motivasi oleh fellow pengiring, kak ros. Group binding. Modul dalam kumpulan. Aktiviti paling menarik adalah tressure hunt. Dengan checkpoint2 yang telah disediakan, menjadi salah satu cara untuk menerapakn nilai-nilai islam dan pngetahuan agama kepada mereka. Sekalipun mereka adalah pelajar SMKA, tetapi tahap mereka tidak sama seperti pelajar SMKA di semenanjung. Agak sedih dan sayu melihat mereka. Double standard dalam pendidikan kah? erm...

(program sedang berjalan-group binding)

(kawasan sekolah yang berbukit-bukit)

Cabaran dakwah yang sangat besar. Tanggungjawab dakwah yang perlu dipikul. Allah....

Majlis penutup pada malam hari. Hujan lebat beserta blackout. Ada juga adik2 yang terkena gangguan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Majlis ikrar dan akujanji dilakukan dengan baik. Sedikit ucapan oleh pengetua sekolah, Ust Ali dan wakil rombongan. Penyampaian hadiah dan cenderahati buat sekolah yg sudi menerima kedatangan kami. Akhir sekali, persmbahan oleh kakak2 dan abang2 khas buat adik2...persembahan yang tidak dirancang, last minute planning, but nice! Berusaha untuk menggembirakan dan meraikan mereka.

p/s : hari kedua; tanggungjawab dakwah, kesempitan hidup, nikmat yang perlu disyukuri, pengorbanan mendidik anak bangsa, kepentingan menuntut ilmu.



(bergambar terakhir sbelum meninggalkan sekolah)




Hari ke 3 (24 October 2011)

Melawat ke Kampung Bidang, Limbang. Sebuah perkampungan yang aman damai. Membawa misi mahasiswa turun ke lapangan masyrakat. Menabur bakti, menyemai kasih bersama penduduk kampung ini. Program dimulakan dengan sedikit taklimat oleh Pengerusi Surau, gotong royong membersihkan surau, solat berjemaah, makan tenghari, penyampaian sumbangan dan bersurai.


(makcik-makcik Kg Bidang yang sangat sporting)


Sambil menyantuni penduduk kampung, kami berusaha menimba pengalaman dan budaya mereka, berbual-bual mesra sambil menyelitkan unsur-unsur dakwah. Seperti yang sedia maklum, pengamalan agama islam mereka sangat kurang. Penduduk kampung ini terdiri daripada beberapa etnik antaranya melayu dan bisaya. Komuniti Muslim disini agak minoriti.

Kami melakukan gotong-royong dengan sumber peralatan yang agak terhad. Jadinya, masing-masing kena kreatif membuat kerja. Usai aktiviti di surau, kami berkesempatan menziarahi ketua kampung di rumahnya. Beliau beragama kristian. Namun begitu, 2 orang daripada anaknya beragama islam dan mereka tinggal bersama. Beliau banyak berkongsi bersama kami tentang kepelbagaian agama dan bangsa di kampung tersebut. Sungguhpun mereka berlainan agama, namun mereka hidup dengan aman. Saling hormat-menghormati dan mengamalkan toleransi agama yang baik. Namun, tugas dakwah kita perlu dipergiatkan di sini..



(bergambar bersama ketua kampung Bidang)

Selesai menziarahi ketua kampung, dalam perjalanan ke Brunei, kami sempat singgah ke sebuah tempat yang sangat best. Lumpur Bebuak namanya. Sebuah tempat yang terletak jauh ke pedalaman Limbang, yang mana terdapat lumpur yang membuak keluar dari bumi, lumpur tersebut agak berminyak dan dikatakan baik untuk kulit. Makanya, ramailah yang membuat masker dan bermain2 dengan lumpur tersebut. Yang menariknya, ada berpuluh-puluh tempat lumpur tu..


(lumpur bebuak)

Ini adalah program terakhir kami di Sarawak. Sebentar lagi akan meneruskan perjalanan ke Brunei...

to be continue....


Tuesday, November 29, 2011

Pakaian Taqwa




Di pagi hari yang hening, usai menyiapkan assignment dan solat sunat. Membelek-belek inbox emel yang dihantar oleh sahabat-sahabat. Sekadar perkongsian.


Sahabat saudaraku fillah...


Pakaian merupakan salah satu simbol kemajuan peradaban manusia. Masyarakat moden yang Islami akan menjadikan pakaian sebagai sumber kreatifitas untuk menciptakan berbagai mode pakaian yang berfungsi bukan hanya bernilai keindahan tapi lebih dari itu pakaian berfungsi sebagai penutup aurat.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang artinya : " Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. " ( QS. Al-A'raf : 26). Yang dimaksud dengan pakaian taqwa adalah pakaian penutup aurat yang dapat menghindarkan seseorang dari terjerumus ke dalam kesulitan dan bencana baik di dunia dan di akhirat. Allah menjadikan pakaian salah satunya berfungsi untuk menutup aurat. Batas aurat bagi lelaki adalah antara pusat sampai lutut, sedangkan wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan.

Tapi sering terjadi terutama ketika menghadiri pesta lelaki begitu rapi berpakaian sedangkan wanita aurat dibiarkan terbuka bahkan berpakaian amat minim, astaghfirullahal azim...pemandangan yang begitu memprihatinkan. Padahal kalau saja mereka tahu akan akibatnya tentu akan berpikir seribu kali untuk melakukannya. Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah : " Sesungguhnya wanita yang berpakaian tetapi telanjang mengajak wanita lain untuk mengikutinya dan mengundang laki-laki untuk berbuat jahat ( para wanita jenis ini ) tidak akan masuk surga. "

Sahabat saudaraku fillah...

Muslimah yang baik akan selalu menjaga auratnya sehingga tidak mudah dilihat bahkan disentuh oleh orang yang belum halal baginya.Tubuh akan semakin berharga bila dibalut dengan pakaian taqwa kerana ia sebaik-baik dan seindah-indah pakaian. Awalnya mungkin sulit bagi kita untuk memakainya karena tidak terbiasa. Tapi kalau tidak dimulai dari sekarang bila lagi? erti dari berjilbab ( menutup aurat bagi wanita ) adalah mengenakan pakaian yang longgar, tidak ketat, tidak tipis dan panjang sampai menutup mata kaki. Selain baju, kita harus memakai tudung yang menutup kepala,telinga, leher dan dada " .... Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya...." ( QS. An-Nur :31).


Sahabat saudaraku fillah...

Setelah kita memakai pakaian taqwa hendaklah pribadi kita pun mencerminkan pribadi yang taqwa. Kalau dulu kita sering bicara yang tak terkendali mulai sekarang kita mesti belajar bicara yang baik dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Kalau dulu solat sering tidak tepat waktu, mulai sekarang belajar disiplin ketika waktu solat segeralah kita tunaikan. Demikian juga dalam ibadah yang lain. Berubah lebih baik memang tidak semudah membalikkan telapak tangan. Tapi juga tidak mustahil untuk mampu dilaksanakan.

Perubahan itu haruslah atas kesedaran diri bukan atas paksaan apalagi sekadar ikut tren. Yang tak kalah penting adalah cari lingkungan atau bersahabatlah dengan orang yang mendukung perubahan itu. Kerana sahabat yang baik akan menguatkan ketika kita dalam kebaikan dan akan mengingatkan ketika kita berbuat kesalahan.

Monday, November 28, 2011

Seloka IMAN




Mencari kemanisan dalam kehidupan,
Mehnah mendatang terasa terbeban,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN,
Moga mendapat keredhaan.

Suburlah iman, carilah kemuliaan,
lapangkan dada, hentikan ratapan,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN,
mengharap hadir jiwa kehambaan.

Beratnya dosa menghimpit jiwa,
jiwa terseksa inginkn penawarnya,
hapuskan dosa sucikan amalan,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN.

Nescaya hidupmu dalam kesejahteraan.

Miliki hati orang beriman,
bersulam taqwa kekal berzaman,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN,
kembara cinta tanpa sempadan, cinta Ilahi itulah buruan.

Carilah kemanisan dalam perjuangan,
Perjuangan mengejar cinta dari Tuhan,
Mehnah mendatang itulah ujian,
Jangan tersungkur walaupun terbeban,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN,
Disana menanti syurga idaman.

Wednesday, November 23, 2011

Sesufi Rabia'tul Adawiyah

Wanita memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak. Gambar hiasan.



Islam memposisikan wanita pada kedudukan yang mulia. Wanita diibaratkan sebagai tiang kehidupan sebuah bangsa, negara bahkan agama. Jika baik para wanitanya, maka baiklah bangsa dan negara, demikian juga sebaliknya. Dalam lipatan sejarah, kita diperkenalkan dengan tokoh-tokoh wanita yang memberikan sumbangan yang cukup besar kepada perjuangan dakwah islam ketika itu. Di dalam Islam, wanita memiliki peranan yang cukup besar. Bukan sahaja berfungsi sebagai ibu dan suri rumah tangga yang baik, malah wanita turut memainkna peranan yang cukup besar dalam masyarakat. Wanita diposisikan di medan politik, ekonomi dan pendidikan. Tokoh-tokoh wanita islam terkenal telah membuktikan dedikasi mereka dalam pelbagai aspek kehidupan.

Suka untuk saya berkongsi bersama sahabat-sahabat tentang kisah hidup seorang tokoh wanita sufi, Rabiatul Adawiyah. Boleh teruskan pembacaan anda disini. Semoga bermanfaat.


p/s : alang-alang saya bertanggung jawab untuk meng'upate' blog Nisa' Kapar itu, amatlah baik sekiranya saya kongsikan juga disini.




Wednesday, November 2, 2011

Post TABBAS

(
Masjid Sultan Sharif Ali di Bandar Seri Begawan. Terletak di atas air, dari pandangan hadapan dengan replika kapal Diraja)


Bismillahi wal Alhamdulillah.. 22 - 26 October yang lepas telah bermusafir ke Brunei dan Limbang, Sarawak. Safar yang sangat bermakna. Membawa 1001 misi dan harapan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan sekalipun banyak perancangan yang tidak menepati apa yang kami rancang. Ternyata, Allah sebaik-baik perancang!


Bermusafir ke sana baru-baru ini turut meninggalkan kesan kepada saya terutamanya biological clock yang sdikit terganggu. Perubahan masa di sana yang awal lebih kurang 1 jam lebih dengan masa di Malaysia membuatkan pertama kali saya solat subuh seawal 4.30 am. huhu.

Apabila balik ke Malaysia, masih terikut-ikut lagi dengan keadaan ini. Tidur seawal jam 12 malam dan bangun seawal 4.00 pagi. hhuhu.

InsyAllah details catatan perjalanan sepanjang berada di borneo akan dipost selepas ini.
Semoga ini bisa membuatkan saya lebih mudah bangun qiam dan study..insyAllah.

to be continue....


(Dewan Besar @ UBD)

(Masjid Sultan Sharif Ali di Bandar Seri Begawan, Brunei)

(Cansellory at University Brunei Darussalam)



Tuesday, November 1, 2011

Surat cinta yang tidak dibaca..


Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

-
حولولاقوةإلابالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?


Kita menerima SURAT CINTA (AL-QURAN) dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT CINTA yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!



"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.