Saturday, November 28, 2009

Katanya Kau Seorang pejuang…


Katanya kau seorang pejuang,tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dulu…

Katanya kau seorang pejuang,tapi cinta dunia masih menempati hatimu baerbanding cinta allah dan rasulnya..

Katanya kau seorang pejuang,tapi kau sibuk update isu semasa berbanding alquran 1juzuk sehari..

Katanya kau seorang pejuang,tapi kau sering beralasan untuk berdakwah dan berjihad….

Katanya kau seorang pejuang,tapi kau masih ada karat jahiliyah di hatimu…


Katanya kau seorang pejuang,tapi mutabaah ibadahmu amat meyedihkan…

Katanya kau seorang pejuang,tapi kau sering meniggalkan qiamullail berba
nding mengamalkanya…..

Katany akau seorang pejuang,tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah..

Katanya kau seorang pejuang,namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih…

Katanya kau seorang pejuang

namun kau masih seperti dahulu

Katanya kau seorang pejuang…..



Monday, November 9, 2009

Relax your mind..

Salam alaik..

Let's we rest for a while and relax your mind with these moduls...

FIRST :

Read out loud the text inside the
triangle below.

More than likely you said, "A bird in the bush," and........
if this IS what YOU said, then you failed to see
that the word THE is repeated twice!
Sorry, look again.


SECOND :

In black you can read the word GOOD, in white the word EVIL (inside each black letter is a white letter). It's all very physiological too, because it visualize the concept that good can't exist without evil (or the absence of good is evil ).

Saturday, November 7, 2009

sekadar selingan...

Salam imtihan buat semua..

masih lagi dalam fatrah exam..rasa macam nak demam+pening kepala..the common symptoms during exam week.huhu

sekadar selingan, semasa menunggu lecturer dan penjaga peperiksaan mengira kertas exam semalm slepas paper anatomy..saya pun dok termenung masa tu. melilau tengok orang2 sekeliling. berfikir masalah ummah (konon je....huhu), ditambah dengan sakit kepala dan lapar sebab tak makan lagi dari pagi..

tiba-tiba, ternampak satu tulisan kat meja yang saya duduk ni..berbunyi.....

bhya jgk kalu tak study,
sekarng..aku tak leh jawab
tengok, sape yang susah skrg...
aku jugak kn...

nak tergelak masa saya baca tulisan ni..mungkin luahan perasaan orang sebelum ni yang tak dapat jawab exam kot..
kelakar bila tgk gelagat manusia ni..alaahai insan...

Monday, November 2, 2009

Antara cita-cita, amanah & tanggungjawab...

Salam alaik..

Salam imtihan buat semua sahabat-sahabat yang sdang berjuang menempuh fatrah final exam. Dalam kesibukan kita study, kadang-kadang ada masanya kita sangat lemah dan tertekan. Dengan lambakan kerja-kerja society yang tak siap lagi, nota-nota yang tak habis baca lagi dan lain-lain hal yang sememangnya menggangu mood kita.

Ya!..semua perkara itu turut berlaku pada saya. huhu. Memginsafi diri sebagai hamba yang lemah, tak mampu untukku pikul semua tanggungjawab yang diamanahkan. tetapi, bukan terus menyerah, akan diusahakan semampu dan sebaiknya. Buat memuaskan hati-hati yang mengharap sesuatu dariku.


Tika wajah penat memikirkan DUNIA. Maka BERWUDUKLAH. ..

Tika tgn letih mengapai CITA2.. maka serulah ALLAHUAKHBAR

Tika bahu tiada kuasa memikul AMANAH.. maka BERSUJUDLAH

ikhlaskn semuanya & dekati ALLAH s.w.t

agar tunduk d saat yg lain angkuh...

agar teguh dsaat yg lain runtuh....

agar tegar dsaat yg lain masih terhampar...


Final exam...antara cita-cita, amanah, tanggungjawab dan harapan orang-orang disekelilingku..

> 6 november 09 ~ Principles of Microbiology
> 7 november 09 ~ Systemic anatomy II
> 12 november 09 ~ Physiology II
> 13 november 09 ~ Introduction to Epidemiology
> 17 november 09 ~ Biochemistry I


persiapan dan perancangan yang rapi harus dibuat untuk menempuh "ujian" kali ini. memandangkan ada 4 papers yang agak rapat jaraknya..6 & 7hb...12 & 13hb..huhu.

"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya harapan, yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNYA, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyah Allah tersirat rahmat & hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNya.~ all the best in ur exam, gunakan masa yang ada sebaiknya, jgn malas2. xde kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu....barakallahufik
~ k.dayang_bendahari isis pusat~

syukran k.dayang, mesej yang saya terima pagi td. agak tersentuh dan memujuk hati ini.=)

Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life , as by the obstacles that one has overcome while trying to succeed ..Time is like a river, you cannot touch the same water twice, because the flow that has passed will never pass again, Enjoy every moment of life.

Good luck to all !!

Friday, October 30, 2009

Antara Khayalan & kenyataan


Antara hayalan dan kenyataan dua perkataan yang berbeza. Namun punya makna yang sama. Kita sering mengimpikan sesuatu yang indah dan kadang –kala ianya menjadi suatu kenyataan dalam kehidupan kita. Keindahan yang kita inginkan pasti akan tercapai jika kita berusaha untuk mendapatkanya.


Apa jua cabaran dan halangan yang mendatang kita hadapinya dengan tabah kerana kesabaran kunci ke arah kemenangan tetapi tidak ramai diantara kita yang sabar dalam menghadapinya. Mudah merasa kecewa dalam kehidupan seharian yang di lalui, terasa diri tidak berdaya dalam melaluinya..sikap beginilah yang membuatkan diri kita terus di landa seribu masalah..


Keyakinan dan kepercayaan pada ketentuanNYA akan lebih membuatkan diri kita menerima dengan seadanya setiap kejadian Allah SWT di muka bumi ini, yang mana sudah tentu mempunyai hikmahnya yang tersendiri.


kadang-kala manusia itu sendiri yang kurang mengerti ataupun tidak tahu mengkaji sebab musababnya, sehinggalah terciptalah kecewa, terlahirlah resah di hati..sehinggalah ada di antara kita yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri namun persoalannya, kenapa harus ada perasaan bergitu..? manusia sering di katakan lemah dalam menghadapi ujian Tuhan kerana sifat yang sering ada pada kita adalah mudah merasa kecewa jika ada ujian yang menimpa kita .


Sesungguhnya kehidupan yang kita lalui ini penuh dengan warna-warni. Kita sendiri yang mencorakkan diri kita ke arah itu kerana Tuhan tidak akan mengubah nasib sesorang hambanya itu sekiranya kita sendiri yang tidak mahu merubahnya. Apa yang kita lalui setiap insan pastinya ada pengalaman tersendiri. Dalam kehidupan seharian kita suka dan duka segalanya akan di jadikan pengalaman berharga untuk di bekalkan di kemudian hari.


Kesilapan semalam biarkan berlalu jangan di kenangkan anggaplah segalanya pengajaran yang berguna untuk kita lalui agar lebih berhati-hati dalam melayari kehidupan ini. setiap manusia tidak terlepas dari membuat dosa dan kesilapan. Mungkin ini adalah ujian dariNYa untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan hati kita sebagai hambaNya.


Usah menoleh kebelakang lagi, kita harus meneruskan kehidupan ini dengan semangat dan usaha untuk mencapai kejayaan dalam diri sekaligus dapat memperbaiki kelemahan dalam diri. Apa yang kita lalui ini akan menjadikan diri kita lebih matang dan bersikap rational dalam menghadapi apa juga cabaran yang bakal menduga hati dan iman kita.


Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita

daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina.
Sehina itulah pula diri kita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban.
Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

 
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. 

Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata menjurus
di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru,
tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari,
percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang,
gunung-ganang tidak berpancang.
Usah terlena dibuai keindahan,
sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran
 
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu 

dari Allahlah datangnya, dan bila kamu
ditimpa kemudaratan maka hanya
padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53







Thursday, October 29, 2009

Hari yang penuh pengajaran...

salam alaik..

Hari ini merupakan hari yang sangat meletihkan buat diri ini. exhausted rasanya. Jadual sangat pack. Pagi hari bermula dengan kelas microbiology, kelas Dr Osman yang merupakan kelas terakhir untuk sem ini. Alhamdulillah, dapat sedikit hint untuk final exam dan yang paling best, kelas habis awal.hehe..

Petang, selepas zohor bergegas ke Kulliyyah of Science untuk preparation for presentation model construction biochemistry. Agak tertekan dan sedikit tension sebab kami tidak dapat menjawab dengan baik soalan Dr Tariq yang memang terkenal sebagai seorang yang ‘unexpectable’ dan ‘unpredictable’ person. huhu.

walaubagaimanapun, take it positive! Pengajaran yang saya dapat semasa presentation ini adalah be patience in everything, jangan cepat melatah dan terima seadanya. Yakin dengan usaha kita sendiri. Dan Yang paling penting, saya lebih memahami subjek biochem terutamanya untuk subtopic ‘glycogen’. How the structures looks like and the function itself. Harapnya ini dapat membantu saya untuk persediaan final exam.

Petang selepas asar, menghadiri meeting....huhuuu. pengajaran yang dapat semasa diakhir meting ialah hormatilah orang yang sedang bercakap di hadapan sekiranya kita hadir pada satu2 meeting. Tumpukan perhatian dan jangan cakap @ borak2 di belakang. Kalu dalam kelas pun sama juga, kena hormat lecturer kita yang sedang bercakap di hadapan. The good lesson that I’m learn today! Kadang-kadang kita sokmo lupa kn? Emm….

Malam, ada presentation halaqah. Sekali lagi, tanggungjawab sebagai fasi halaqah harus ditunaikan. Walaupun agak penat dan keletihan, terpaksa juga pergi. Anyway, saya dapat jugak pengajaran sekali lagi untuk hari ini. mendengar butir-butir bicara dari sahabat-sahabat yang membentangkan tajuk masing-masing ibarat tazkirah dan makanan rohani bagi saya. Ditambah lagi dengan butir-butir hikmah daripada chief fasi saya, Bro Nafiu Abdul Razak Bademi.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan adalah istiqamah and ethics of disagreement in Islam, religious tolerance as a common worldview and lastly, the role of tarbiyah and dakwah in enhancing istiqamah in the life of a muslim.

Sesekali Bro Razak ada mencelah dan menambah sedikit sebanyak isi dari pembentangn tersebut. Beliau ada mnceritakan sedikit tentang peristiwa Taif yang melanda Rasulullah, sangat menyayat hati. Begitulah pengorbanan dan perjuangn Rasulullah dalam usaha dakwah dan tarbiyah yang sepatutnya kita ambil iktibar. Saya sangat suka apabila Bro Razak bercerita, kerana ceritanya sentiasa mengingatkan saya tentang sirah perjuangn Nabi dan sahabat-sahabat serta beliau sentiasa mngambil contoh daripada kisah dan isu umat islam di seluruh dunia ini.

Traditions says that :

The good deeds of the righteous, its in coming in later times, would have been considered demerits in the eyes of the early devout companions.

Meaning : to realize that ideal vision of Islam is setting a goal which not easy to attained………..

Mengakhiri malam ini dengan berdiskusi dengan roommate tentang sesuatu perkara, geram sungguh dengan virus dalam pendrive saya. Huhu. Jahat la virus ni..

Ya Allah, Kau bagilah kekuatan kepadaku…hanya Engkaulah tempat aku mengadu segala-galanya..

Sekadar muhasabah bersama, kebanyakan manusia selalu sahaja mengadu atau berkongsi segala kesusahan, kesedihan dan kesempitan hidupnya bersama manusia. Jarang sekali mereka ingin mengadu pada Allah, Zat yang Maha Mencipta dan Maha mengetahui segala-galanya tentang manusia. Bila mana tahap kebergantungan dan pengharapan mereka yang tinggi pada manusia melebihi Allah, manusia akan lantas melupakn segala rezeki dan kurniaan Allah.

Di manakah Allah dalam hati kita??......

Tepuk dada, bertanyalah pada iman..

Berakhirlah hari yang penuh dengan pengajaran dalam hidupku…dengan alunan bacaan surah Al-Mulk …syahdunya selebat titisan air hujan yang mengalir dan sesejuk udara dingin di luar..huhu


Wallahua’lam..

Pengemis cinta Ilahi,

Perindu syahid abadi

1.32 am

10 zulkaedah 1430H


Sunday, October 25, 2009

What is HFMD?

Salam alaik

sedikit perkongsian kesihatan berkaitan penyakit tangan, kaki dan mulut yang seringkali menyerang kanak-kanak.


what is hand, foot and mouth disease?

Hand, foot and mouth disease (HFMD) is a common illness of infants and children caused by a virus. It most often occurs in children under 10 years old. it is characterized by fever, sores/ulcers in the mouth,a nd a rash with blisters. The blisters may appears in the mouth, palms of the hands and soles of the feet. The rashes may also appears on buttocks and on the legs and arms. The ulcers in the mouth usually appears in the tongue, the sides of the cheeks, gum or near the throat.



What causes HFMD?

the most common causes of HFMD are coxsackie virus A16, enterovirus 71(EV71) and other enteroviruses. The enteroviruses group includes polioviruses, coxackiesviruses, echoviruses and other enteroviruses.



When and where does HFMD occurs?

Individual cases and outbreaks of HFMD occur worldwide, more frequently in summer and early autumn (in temperate countries). In the recent past, major outbreaks of HFMD attributable to enterovirus EV71 have been reported in Malaysia in 1997 and in Taiwan in 1998. HFMD is endemic in Malaysia and occurs every year. In Sarawak, the number of cases of HFMD tends to increase from February to June.

What are the clinical signs and symptoms?

HFMD begins with a mild fever, poor appetite, malaise ("feeling sick"), and frequently a sore throat. One or 2 days after the fever begins, painful sores develop in the mouth. They begin as small red spots that blister and then often become ulcers. They are usually located on the tongue, gums, and inside of the cheeks. The skin rash develops over 1 to 2 days with flat or raised red spots, some with blisters on the palms of the hand and the soles of the feet. A person with HFMD may have only the rash or the mouth ulcers.


Is HFMD contagious?

Yes, HFMD is moderately contagious. A person is most contagious during the first week of the illness. The virus can be transmitted from person to person via direct contact with nose and throat discharges, saliva, fluid from blisters, or the stool of infected persons. The virus may continue to be excreted in the stools of infected persons up till 1 month. HFMD is not transmitted to or from pets or other animals.


How soon will someone become ill after getting infected?

The usual period from infection to onset of symptoms (incubation period) is 3 to 7 days. Fever is often the first symptom of HFMD followed by blister/rash.


p/s : kesian tengok kanak-kanak yang menghidap penyakit ni..tak sampai hati nak tengok sbb sangat2 sakit. Lagipun, mereka kecil lagi.huhu..

- jagalah anak-anak anda, adik, anak sedara dan sapa2 sahaja kanak-kanak disekeliling anda daripada dijangkiti pnyakit ini..

-prevention is better than cure. Take care!!