Monday, August 3, 2009

Dalil kenapa ISA haram



ISA…satu akta keselamatn dalam negeri yang sangat kejam dan telah disalahgunakan fungsinya oleh pemerintah. Oleh yang demikian, saya telah berpeluang untuk sama-sama turun berhimpun di Kuala Lumpur dalam usaha bersama ribuan rakyat Malaysia yang mahukan keadilan. Inilah kali kedua saya menyertai demo yang agak dahsyat keadannya selepas demo BERSIH pada tahun 2007.

Alhamdulillah, kali ini tidaklah seteruk yang saya kena semasa demo BERSIH tempoh hari. Semburan gas pemedih mata dan water conan adalah mainan biasa pihak polis dan FRU kepada orang ramai bila mana ada demo yang besar-besaran macam ni. Maka, pedihlah mata saya, mata sahabt2, mata makcik2 dan pakcik2 tua dan anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Kepedihan bukan setakat pada mata, malah sampai ke tekak boleh terasa. Semoga mata-mata yang menangis menahan kepedihan inilah yang akan bercahaya dengan nur keimanan dan rahmat daripada Allah di akhirat kelak. insyaAllah. Ini adalah tindakan yang sangat kejam dan tidak sepatutnya dilakukan kepada rakyat. Nah, inilah dia hasil didikan PM kita, Tan Sri Najib kepada sektor pertahanan Malaysia.




Suatu masa lepas, saya pernah menitiskan air mata tatkala membaca cerita berkenaan tahanan ISA yang kematian anaknya. Malah, ketika anaknya sakit tenat, beliau tidak dapat bersama di sisinya. Setelah beberapa tahun terpisah dengan anak-anaknya, kini hanya tubuh anaknya yang tidak bernyawa sahaja yang sempat beliau tatap. Banyak lagi rentetan cerita dan coretan berkaitan kisah keluarga tahanan ISA yang menyayat hati sanubari saya.


Tidak mampu untuk saya mengungkapkan satu per satu. Lantas, apakah tanggungjawab kita kepada mereka? Kalaulah kita hanya sekadar mendiam diri dan membiarkan kesengsaraan mereka, maka sangat kejamlah kita. Hatta, nak turun berdemo pun ada yang mengelak dan seribu satu alasan diberi. Usah berbicara untuk menolong saudara mara seaqidah kita di Palestin jikalau saudara mara kita di Malaysia ini pun masih ada lagi yang diperlakukan dengan kejam oleh pihak2 yng tertentu.




Dalil kenapa ISA haram

- Alat paling berkesan bagi pemerintah yg takutkan suara rakyat demi pertahankan kuasa mereka.

- Bercanggah dengan prinsip keadilan yg dituntut Allah.
- Bercanggah dengan syariat dalam had batasan kuasa pemerintah.
- Membelakangkn kebenaran dlm mnjatuhkan hkuman.

- mengabaikan siasatan sblm jatuhi hukuman.

- mengabaikani prinsip syarak agar tak makan harta satu sama lain.
- mngintip kehidupan pribadi org lain

- Bercanggah dgn kebebasan dlm syarak utk mngabungkan diri dlm mane2 pkumpulan bergerak ke mana2 di muka bumi ini.

- Mghina dan memperleceh srta memfitnah sesame islam dan manusia

- Abai perintah Rasulullh agar jauhi subahat dan tiada siapa diatas undang2,

- Perbuatn qazaf yg ditegah sekeras2nya oleh Allah

- Dalam system demokrasi pemerintah boleh dicabar dan digugat penguasaan mereka asalkn ia dibuat melalui saluran yg sah.

- Jadi, jalankan tanggungjawab salurkan suara kita sebagai rakyat dalam usaha menentang kezaliman dan mansuhkn ISA.

- Setiap apa yg dipertnggungjawabkan ke atas kita akan ditanya di akhirat kelak..
- Tajdid niat moga Dia bersama kita.

0 comments: