Sbenarnya lama dah tulis post ni,tapi asyik tak smpat je nk mskn dlm blog..alhmdulillah..akhirnya..
Beberapa hari yang lepas,sahabat2 kuantan turun KL. Mereka pn mengambil kesmpatan untuk melawat ana kt pj ni..Inilah saat yang ditunggu-tunggu,terasa sgt rindu dgn shbt2 yg sama2 ditarbiyah, yg sma2 kne marah ms tamrin , sma2 handle program dan segala susah dan senang bersama. Akhirnya terubat jugak kerinduan ana terhadap shbt2. Inilah dia rabitah hati kerana berukhuwah fillah dlm sma2 berjuang, tak sama dgn org2 yg berkumpul kerna urusan dunia.Dan tanpa disedari,ketika bersalam dan mendakap shbt2,tiba2 air mata mengalir membasahi pipi. Satu perasaan yg tak dpt nk diungkapkn,dan perasaan ni jugak la ygy ana rasai selepas kami selesai TQ adik2 dlu. Hiba,sayu,sedih,terharu,rindu,gembira dan sebagainya. Lantas lidah dan hati mengungkapkan kalimah syukur atas rahmat dan kasih sayang yg Allah beri untuk berjumpa shbt2 wlpn hnya seketika. Mungkin lpas ni ana tak dapat lagi peluang ini. Air mata kesyukuran dan kerinduan kepada sahabat2 ana.. Dan, ana pn terfikir...alangkah bagusnya kalau inilah perasaan yg dpat dilahirkn sewaktu kita berjumpa dgn Allah dlm solat n ibadat2 lain. Boleh mngalirkn air mata swaktu solat, khusyuk merintih memohon doa...Kerinduan seorang hamba kepada Tuhannya..yelah,mcm perasaan seseorang bila berjumpa dgn kekasihnya la kn..rindu,gembira dll..tp kdg2,takde pn perasaan tu bila kita solat kn?...knp agaknya ye?mungkin dlm hati kita ni masih lagi terselit perasaan riya’,bongkak,angkuh dan sombong terhadap Allah. Merasa diri akulah yg paling busy,byak bt kerja2 untuk islam tanpa kita sedari kita telah menzalimi diri sendiri..sama2lah kita bermuhasah diri. Ambillah peluang Ramadhan yg tinggal setengah ni untuk perbaiki diri mnjadi hamba yg rabbani dan bukan hamba Ramadhani..Dan bilamana hubungan kita dgn Allah terjaga,InsyaAllah hubungn kit sesame hambaNya jugak akn Allah redhai... Bila shbt2 bertolak balik lps 2, tinggallah ana dgn shbt2 kt sni meneruskn perjuangn. terasa sayu n hiba. bila kn lagi dpt bertemu mereka. Dlm keadn sedih bercmpur hiba n bad mood kerana tak berapa sihat sebenarnya hari tu.,seorang sahbt mngajak ana buka puasa kt luar, bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ya Allah,betapa besarnya rahmatMu kepada hambaMu yg hina ni. Yelah,sape yg tak nak buka puasa dgn Tuan Guru,lagi2 dia slh sorang pemimpin idola ana. Di saat bersedih,Allah gantikn sesuatu yg menggembirakn (^_^)...Akhirnya ana pn bersetuju dgn pelawaan sahabat td n sgt gembira kt sna bila jmp shbt2 gmbak pulak mlm 2...Ana bersyukur dan bertuah kerana dikurniakn shbt2 yg begini. Sush dan senang bersama,slng memahami wlpn sebenarnya mereka tak tau pn keadaan ana sebelum tu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang..Walllahua’lam.. Kadang2 Allah hilangkan matahari, sekejap kemudian Allah datangkan petir dan kilat. Puas kita menangis, mana matahari? Rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik=)
1) Aqidah yang sejahtera 2) Ibadah yang sahih 3) Akhlak yang mantap 4) Luas pengetahuan 5) Sihat tubuh badan 6) Mampu berdikari 7) melawan nafsu 8) Sangat menjaga masa 9) Tersusun urusannya 10) Bermanfaat pada orang lain
Puas ku rayu, puas kuseru jawapanmu tetap yang dulu, oh, sukarnya mengajakmu! namun kasihku padamu tetap padu, lantaran itu, aku akan terus menyeru, pada Yang Satu. kugenggam satu azimat, "kita hanya penyeru, bukan penghukum" Ya Allah, kuharap bantuanMu mengiringiku. seru dan terus menyeru, itu tugas Rasul-Mu.. Akan kuteruskan semampuku, hingga ke hujung waktu.. -Tautan hati,Fatimah Syarha-
"sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.
- Dr Yusuf Qardawi-
Jika seseorang hamba menjalani hidupnya di waktu pagi dan petangnya, sedangkan tiada yang menjadi fokusnya melainkan Allah s.w.t. semata-mata, maka Allah s.w.t. akan menanggung untuknya akan hajat-hajatnya seluruhnya (Allah s.w.t. akan menunaikannya), Allah s.w.t. akan memalingkan kesusahan daripadanya, dan akan mengosongkan hatinya hanya semata-mata untuk disikannya dengan makrifatNya (mengenaliNya), dan menjadikan lidahnya sentiasa memperingatiNya, dan Dia akan menjadikan anggota badannya seluruhnya dalam ketaatan kepadaNya.
-Ibnu Qayyim Al-Jauziy-
Renungan..
Memulakan langkah memang perit…bertatih…jatuh…dan bangun semula..kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan, terasa diri kembara sendirian..impikan syurga idaman..sedangkan diri tak tahan ujian…kerdilnya diri bila menghitung keringat yg gugur..titisan air mata kecewa..rupanya masih sedikit kasih ini dipadu.....mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam..
My Beloved Parents
Insan yg tersayang dlm hidupku..Mohamed Sujari bin Mat Yatim & Rahimah bt Raden Bustam..
0 comments:
Post a Comment