Tuesday, July 22, 2008

Bahaya Zina...Sayangi zuriat kita..


Suatu petang, ada seorang remaja perempuan datang bertemu dengan ustaz tanpa temu janji. Pakaiannya amat sopan, bertudung bulat dan mukanya bersih. Dia bertanya berbagai-bagai soaln agama. Ustaz tersebut mnjawab sekadar yang ustaz itu tahu. Dia bertanya ; apa hukum anak zina? Ustaz itu mnjawab: anak zina tidak bersalah apa2..yang bersalah ibubapanya. Anak zina tidak menaggung apa2 dosa.

Dia bertanya lagi ; apakah hubungan anak zina dengan bapanya? Ustaz itu berkata : Islam tidak mengiktiraf hubungan darah antara anak zina dengan bapanya. Bahkan bapa itu boleh berkahwin dengan anak zinanya. Remaja itu terus bertanya : kalu begitu,anak zina itu bukan muhrim? Ustaz itu mnjawab; Ya,anak zina tidak boleh mendedahkan aurat kepada bapanya walaupun didalam rumah, tidak boleh bersalaman, apatah lagi mngucup tangannya...

Tiba-tiba remaja itu tunduk dan kenudian menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihatnya pasti akan menangis bersamanya. Dengan sedikit kkuatan yg ada, dia mengangkatkkn kepalanya,seraya berkata..saya adalah anak zina.....

Ustaz itu cuba tenangkn perasaannya. Adaka kamu pasti? Dia mnjawab: ya, saya mndengar dari sebelah bilik, makcik bertengkar dengan mak dan ayah. Dalam keadaan marah, makcik berkata, kamu jgn nak tunjuk baik..warak..kak long tu (diriya) adalah anak zina..apabila saya mndengar kalimah itu, saya rasakn dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapakah ayah dan mak lakukan begitu?

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya masih hidup. Sudah kering air mata. Saya tidak dapat mngubah sejarah. Ayah dan mak yg saya kenali adalah orang yg baik, tidak pernah mngabaikn solat dan puasa, bahkan mereka berdua amat penyayang, amik berat pndidikan agama anak2nya. Saya tidak percya mereka pernah terlanjur. Tapi ini adalah hakikatnya...Dia terus menangis dan menangis. Air mata belum dapat mngambarkn luka hatinya.

Ambillah iktibat. Jangan mnjadi ibu bapa kepada anak zina..kasihanilah zuriat kita,janganlah anak yg tidak berdosa menaggung keaiban ibubapa mereka..Mereka tidak mahu dilahirkn sebagai anak zina...Oleh itu, JAUHILAH ZINA...

Allah berfirman:
“lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yg berzina atau musyrik,dan perempuan yg berzina itu pula tidak akan berkahwin dengan lelaki yg berzina juga. Dan perkahwinan yg demikian itu terlarang kepada orang yg beriman”
(Surah An-Nur : 3)

0 comments: