Saturday, December 20, 2008

Kembara ilmu...

Pengajian pondok 2008~19Nov-4Dis 2008::Madrasah Diniah Bakriah,Pondok Pasir Tumbuh::

Alhamdulillah..inilah kali kedua ana menjejakkan kaki ke Kelantan, kali ini mempunyai tujuan yg amat besar dan mnjadi impian ana..pengajian pondok di Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh. Walaupun lebih kurang 2 minggu sahaja berada di sana ,tapi pengalaman yg dapat sngat berharga dan tidak akan dilupakan.

Antara kitab2 yg kami pelajari disana ialah matan jurumiah(nahu), matli’ul badrain(feqah), durus thamin(tauhid), kitab masbuq muafiq. Walaupn nmpak banyak,tapi sebenarnya tidak habis pun kami belajar selama 2 minggu..memang tidak cukup. insyaAllah ana menyimpan anganan untuk belajar pondok slpas menghabiskn pengajian ijazah ana di UIA..smg ianya tidak mnjadi anganan semata-mata.

Terasa diri sangat dhaif bilamana berada di sana. Bnyak perkara2 baru yang ditimba sepanjang berada disana dan memang sangat mementingkan adab dengan guru. Itulah kunci kejayaan seorang pelajar yg mana ana rasa susah nak jumpa suasana macamtu kat tmpat lain.apa2 pun mmg banyak pengajaran yang boleh diambil.

Berkampung selama 2minggu bersama sahabat2 adalah satu kenangan manis dan tak mungkin dilupakan. Smg ianya dapat mengeratkan ukhuwah dgn sahabat2 gombak yang sekarang ni jauh di mata.

sesekali kami diuji disana, kebetulan musim tengkujuh melanda kelantan,dan sepanjang berada disana hujan turun tanpa henti. dan yg peliknya,kami lebih brsemangat pergi kelas dengan meredah hujan lebat dan banjir. mungkin ustaz2 dan ustazah kami pun datang mengajar dengan ikhlas. berkat keikhlasan semua, memudahkn kami menuntut ilmu Allah. dan ianya mengajar ana mnjadi seorang yang redha menerima apa saja ketentuan Allah.
gambar2 tak dapat nak masukkn untuk kali ni..InsyaAllah pada entry berikutnya=)

0 comments: