Sunday, October 4, 2009

God's Pharmacy - Habbatus sauda'

Salam alaik buat semua...

3 hari yang lepas, selepas usrah, naqibah saya telah memberi 4 biji kapsul habbatus sauda'...mula-mula ingat dia nak promote je, last2 dia pun bagi la terus..syukran k.khai (^-^)

esok paginya, sebelum pergi kelas, makan la sebiji. mula-mula tu memang susah la nak makan, lagi2 saya ni susah dan takut sikit nak makan ubat, tengok kapsul ni yang 'semacam' je agak menakutkan untuk ditelan.huhu..akhirnya, dengan susah payahnya telan la jgak kapsul ni. Bagi orang yang tidak biasa macam sy ni, lepas makan tu, rasa nak termuntah balik pun ada..huhu

Di sini ingin berkongsi sedikit tentang khasiat habbatus sauda'..

Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).



KAJIAN SAINTIFIK ANTARABANGSA

Ahli perubatan moden juga telah membuat kajian saintifik dan mendapati ianya merupakan sejenis antibiotic semulajadi cepat memberi kesan dan tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.Antara bahan-bahan kandungan HABBATUS SAUDA ialah fixed oil (saturated and unsaturated), minyak asas (strol, thymohydroquinone, carvone, ctmene)

Kajian 1986 dan 1993 (Drs. El kadi, kandil, Basil Ali), ia mempamerkan peningkatan nisbah sel-T Helper kepada sel-T Suppressor, serta peningkatan dalam aktiviti fungsi sel pembunuh asli. Ia boleh memainkan peranan penting dalam merawat pelbagai jenis penyakit yang di sebabkan kekurangan imun dalam badan.

Kajian 1997, ia meningkatkan 55% nisbah sel-T helper dan sel-T suppressor dengan purata sebanyak 30% aktiviti sel pembunuh asli (NK) AIDS.

Ia Kajian 1960 ( saintis badr-el-Din, Mahouz), melegakan tanda pengidap asma bronkus dan mengurangkan sesak nafas.

Kajian 1993 ( Nirmal Chakravarty M.D) , ia menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine, ia juga mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam sel.

Kajian 1991 ( Pusat penyelidikan Amala, amala Nagar, Kerala, India), ia menghalang sepenuhnya perkembangan sejenis sel kanser Ehrlich Ascites carcinoma(EAC), 100% berkesan dalam menghalang perkembangan tumor sebanyak 50% bagi sel Dalton’s Lymphoma Ascites(DLA).

Kajian 1989 ( Journal farmasi Pakistan ), mempunyai sifat anti kulat minyak habatus sawda.

Kajian 1992 ( jabatan farmasi, Universiti Dhaka , Bangladesh ), ia terbukti berkesan terhadap banyak jenis bakteria

Kajian 1960( prof. El-Dakhakny), Habbatus sauda mempunyai kesan anti radang dan melegakan kesan-kesan arthritis.

Kajian 1995( saintis makmal Penyelidikan farmakologi, Jabatan farmasi, Kings college, London ), ia berkesan dalam merawat asma bronkus dan ekzema, ia merencatkan generasi eicosanoids dan mempamerkan aktiviti anti pengoksidaan dalam sel.

Dr Schleicher dalam kajiannya di Jerman menerangkan bahawa bahan-bahan dalam HABBATUS SAUDA seperti linoleic acid menstabilkan sel membrane dan prostaglandin mempunyai kesan mengawal inflammasi iaitu tindak balas immune sistem yang berlebihan sehingga menyebabkan masalah-masalah seperti jerawat, asthma, hay fever dan kemungkinan kanser.

Satu lagi kajian (pilot study) telah di buat di Charite University Hospital Berlin ke atas 152 pesakit. Di bawah seliaan Prof Dr Holger Kiesewetter 2 kapsul sauda di beri 3 kali sehari.Pesakit-pesakitnya menderita sakit allergic rhinitis, bronchial asthma, ectopic eczema. Dr Holger membuat kesimpulan bahawa sauda dapat memberi rawatan efektif kepada penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh alahan.


Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus sauda kaya dengan:

  • monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • polysaccharide
  • fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • amino acid yang membentuk protein
  • karotene iaitu sumber vitamin A
  • kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


sumber : sawda.com.my

0 comments: