Thursday, October 29, 2009

Hari yang penuh pengajaran...

salam alaik..

Hari ini merupakan hari yang sangat meletihkan buat diri ini. exhausted rasanya. Jadual sangat pack. Pagi hari bermula dengan kelas microbiology, kelas Dr Osman yang merupakan kelas terakhir untuk sem ini. Alhamdulillah, dapat sedikit hint untuk final exam dan yang paling best, kelas habis awal.hehe..

Petang, selepas zohor bergegas ke Kulliyyah of Science untuk preparation for presentation model construction biochemistry. Agak tertekan dan sedikit tension sebab kami tidak dapat menjawab dengan baik soalan Dr Tariq yang memang terkenal sebagai seorang yang ‘unexpectable’ dan ‘unpredictable’ person. huhu.

walaubagaimanapun, take it positive! Pengajaran yang saya dapat semasa presentation ini adalah be patience in everything, jangan cepat melatah dan terima seadanya. Yakin dengan usaha kita sendiri. Dan Yang paling penting, saya lebih memahami subjek biochem terutamanya untuk subtopic ‘glycogen’. How the structures looks like and the function itself. Harapnya ini dapat membantu saya untuk persediaan final exam.

Petang selepas asar, menghadiri meeting....huhuuu. pengajaran yang dapat semasa diakhir meting ialah hormatilah orang yang sedang bercakap di hadapan sekiranya kita hadir pada satu2 meeting. Tumpukan perhatian dan jangan cakap @ borak2 di belakang. Kalu dalam kelas pun sama juga, kena hormat lecturer kita yang sedang bercakap di hadapan. The good lesson that I’m learn today! Kadang-kadang kita sokmo lupa kn? Emm….

Malam, ada presentation halaqah. Sekali lagi, tanggungjawab sebagai fasi halaqah harus ditunaikan. Walaupun agak penat dan keletihan, terpaksa juga pergi. Anyway, saya dapat jugak pengajaran sekali lagi untuk hari ini. mendengar butir-butir bicara dari sahabat-sahabat yang membentangkan tajuk masing-masing ibarat tazkirah dan makanan rohani bagi saya. Ditambah lagi dengan butir-butir hikmah daripada chief fasi saya, Bro Nafiu Abdul Razak Bademi.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan adalah istiqamah and ethics of disagreement in Islam, religious tolerance as a common worldview and lastly, the role of tarbiyah and dakwah in enhancing istiqamah in the life of a muslim.

Sesekali Bro Razak ada mencelah dan menambah sedikit sebanyak isi dari pembentangn tersebut. Beliau ada mnceritakan sedikit tentang peristiwa Taif yang melanda Rasulullah, sangat menyayat hati. Begitulah pengorbanan dan perjuangn Rasulullah dalam usaha dakwah dan tarbiyah yang sepatutnya kita ambil iktibar. Saya sangat suka apabila Bro Razak bercerita, kerana ceritanya sentiasa mengingatkan saya tentang sirah perjuangn Nabi dan sahabat-sahabat serta beliau sentiasa mngambil contoh daripada kisah dan isu umat islam di seluruh dunia ini.

Traditions says that :

The good deeds of the righteous, its in coming in later times, would have been considered demerits in the eyes of the early devout companions.

Meaning : to realize that ideal vision of Islam is setting a goal which not easy to attained………..

Mengakhiri malam ini dengan berdiskusi dengan roommate tentang sesuatu perkara, geram sungguh dengan virus dalam pendrive saya. Huhu. Jahat la virus ni..

Ya Allah, Kau bagilah kekuatan kepadaku…hanya Engkaulah tempat aku mengadu segala-galanya..

Sekadar muhasabah bersama, kebanyakan manusia selalu sahaja mengadu atau berkongsi segala kesusahan, kesedihan dan kesempitan hidupnya bersama manusia. Jarang sekali mereka ingin mengadu pada Allah, Zat yang Maha Mencipta dan Maha mengetahui segala-galanya tentang manusia. Bila mana tahap kebergantungan dan pengharapan mereka yang tinggi pada manusia melebihi Allah, manusia akan lantas melupakn segala rezeki dan kurniaan Allah.

Di manakah Allah dalam hati kita??......

Tepuk dada, bertanyalah pada iman..

Berakhirlah hari yang penuh dengan pengajaran dalam hidupku…dengan alunan bacaan surah Al-Mulk …syahdunya selebat titisan air hujan yang mengalir dan sesejuk udara dingin di luar..huhu


Wallahua’lam..

Pengemis cinta Ilahi,

Perindu syahid abadi

1.32 am

10 zulkaedah 1430H


0 comments: