Thursday, October 15, 2009

Nikmat sihat dan sakit

Alhamdulillah, rasanya hari ini dah agak sihat sepenuhnya dari symptom-simptom untuk mendapat demam, selsema dan batuk setelah seminggu mengalaminya.. Penyakit 3 serangkai yang sangat popular. Hanya dengan berbekalkan doa penawar dan air musoffa, Alhamdulillah…bukan tidak percaya pada ubat-ubat chemical yang ada kat klinik tu, cumanya saya ni takut sikit nak makan ubat. Hehe..maaf la doctor-doktor, nurse dan pharmacist sekalian..huhu.

Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini pun turut menjadi punca datangnya penyakit yang pelbagai. Kalu di kampus saya ni, keadaan agak panas macam padang jarak padang terkukur. Kadang-kadang balik kelas kena pulak berjalan kaki, dengan kuliyyah sayalah yang paling jauh dari mahallah .huhu..tarbiah sungguh nak menuntut ilmu ni kn..

Menyedari hakikat ini, sebagai seorang daie, persediaan mental dan fizikal perlu dipertingkatkan. Jaga kesihatan dan pemakanan. Agar tidak menjejaskan kerja-kerja dakwah yang akan dijalankan. Mukmin yang kuat adalah lebih baik dari mukmin yang lemah.

Bagi saya sendiri, nikmat kesihatan tidak ternilai harganya. Bila dah sakit, barulah nak menyesal sebab tak jaga kesihatan. Resolusi yang terpaksa saya buat untuk diri sendiri adalah dengan tidak mengambil minuman yang berais dan air water cooler. Sebab kesannya sangat ketara bagi saya sekiranya minum ais. Huhu..sakit tekak yng sangat perit dan kadang-kadng rasa macam nak demam. Banyakkan minum air masak ye…

Berada di samping sahabat-sahabat yang sangat peka dengan kesihatan dan mengambil berat hal sahabat adalah sangat ‘menggembirakan.’ Ini kerana mereka bertindak memaksa saya untuk makan ubat apabila sakit. Ada pula yang apabila saya datang berziarah ke bilik, dihidangkan pulak dengan susu panas. Demi mnjaga hati sahabat, knelah minum jugak susu tu..walaupun sebenarnya saya tak suka minum susu.(thanks syera sebab paksa minum susu hari tu..=)

Disini dapatlah kita lihat, peranan yang perlu dimainkan oleh seorang sahabat dalam membentuk dan mempengaruhi sahabat2nya yang lain. Perlu ada sikap ambil berat dan memahami sahabat. Tapi yang penting, membentuk dan mempengaruhi sahabat haruslah dalam perkara yang baik dan makruf sahaja. Bukan mempengaruhi ke arah perkara yang negative.

According to T. Adams (1618) Prevention is so much better than healing, because it saves the labour of being sick’

So, as conclusion, prevention is better than cure..take care of your health. And become a healthy mukmin!!

Sihat rohani dan jasmani, jasad ,roh dan akal…insyAllah selamat di dunia dan akhirat.


jagalah kesihatan anda!!


1 comments:

zaiton zakaria said...

salam sya...

harap ku bukan sahabat yng hya dekat dimata tapi jauh di hati..

huu

syfakillah!