Thursday, October 8, 2009

Bila Al Quran dihati...

Malam ni adalah kelas tahfiz terakhir kami untuk sem ni. Ini sahajalah masa untuk mentasmi’, mencari modal dan menggantikan kelas yang pernah ponteng sebelum ni., sebelum tibanya exam tahfiz pada hari isnin minggu depan. Pada Sem ni kelas kami habis agak awal berbanding yang lain kerana ustazah tasmi’ kami akan mendirikan rumahtangga pada 24 okktober ni.


Oleh yang demikian, banyaklah kelas yng terpaksa diganti awal menyebabkan setiap minggu kami akan ada 2 kelas. Isnin dan sabtu. Agak tertekan juga ketika itu untuk mencari modal. Belum pun sempat iadah hafalan yang lepas, sudah kena cari modal untuk kelas seterusnya.


Perasaan penat, letih dan tertekan bercampur baur saat hendak menghafal quran. Ditambah lagi dengan kesibukan aktiviti persatuan dan tugasan seharian sebagai seorang pelajar. Sehingga kadang-kadang timbul sedikit perasaan tidak ikhlas untuk meneruskan hafalan al quran ini. Apabila timbul perasaan begini, hati dan iman perlu bertambah kuat untuk menghadapi godaan syaitan. Menidakkn segala yng dusta dan penyelewengan dan mengiyakan segala kebenaran. Sebenarnya semua itu adalah alasan sahaja untuk tidak mahu iadah..hakikatnya, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.


Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku…diatas kesalahanku dan kemalasanku menghafal kalam-kalamMu suatu ketika dahulu.

Apabila suatu hari, kami mendapat teguran yang sangat ‘bisa’ daripada ustazah, barulah kami sedikit tersedar. Semua sahabat2 group saya kena tegur atas sebab2 yang pelbagai. Tasmi’ tidak lancar, dapat modal sikit je, kesalahan tajwid , datang kelas lambat, balik kelas awal dan sebagainya. Rasa nak menangis pun ada. Lepas kelas tu, semua tension je.huhu.


Sering terngiang-ngiang pesanan ustazah, disiplin yang tinggi dan azam yang kuat perlu ada sebagai seorang yang ingin menghafal al-quran. Berusaha menjaga dan memperbaiki hafalan kita setiap hari. Arrange masa sebaiknya untuk jadual iadah. Biar susah sekarang untuk menghafal dan mengulang, agar tidak mnyesal di kemudian hari.


Alhamdulillah, mujur diriku masih lagi diberi kekuatan . Kembali mengikhlaskan niat dalam usaha menghafal kalam Allah yang mulia ini. Memang agak sukar pada mulanya, lagi-lagi bila dah masuk juzu’ belakang2 yang agak susah ayatnya untuk diingat.

Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan ini. sekarang saya sudah menghabiskan untuk 2 juzu’ yang telah ditetapkan setiap semester. Sekarang dalam usaha untuk ke juzu’ yng seterusnya, sebagai persiapan dan kemudahan untuk sem depan. insyAllah. Harapan ustazah untuk saya menghafal 3 maqra’ selepas ini untuk setiap kali tasmi’..Ya Allah..mampukah aku?


Nikmatnya hidup ini dibawah naungan Al Quran, nikmatnya tidak terlukis dengan kata-kata, terasa nikmat apabila kita mengalir bersama gelombang dan arusnya, menyelami rahsia dan keagungannya, menyerahkan diri dan mengorbankan seluruh jiwa dan raga dalam menegakkan kalimah agungnya...

–syed qutb-

Ketengan yang dapat dirasakan apabila seluruh hidup kita diiringi dengan gelombang Al quran. Limpahan nur Al Quran yang meresap dalam hati kita akan membuatkan jiwa menjadi tenang dan hati menjadi senang. Walaupun, disekeliling kita masalah datang menimpa-nimpa. Kekuatan diri yang hina ini hanya dapat di’recharge’ dengan Al quran. Mentadabburnya, mengamalkan ajarannnya, dan menghafalnya.


Ya Allah, Kau bantulah kami dalam usaha untuk menghafal kitabMU dan mengamalkan segala dusturMU…berikanlah kekuatan kepada kami. Sesungguhnya hnya kepadaMu sahajalh kami bergantung harap. HasbunaAllahu wani’mal wakil..


Terasa sedih dan hiba untuk kelas yang terakhir ni. Semacam seolah-olahnya kami tidak berpeluang lagi mencari modal dan iadah bersama-sama ustazah dan sahabat2 untuk sem ini. ikatan ukhuwah yang terbina bersama-sama sahabat kelas tahfiz ini sangt bermakna. Bersama-sama mengadu dan mengeluh apabila masing-masing kesedihan akibat prestasi hafalan yang kurang baik. mentasmi’ bersama-sama sblm kami tasmi’ denagn ustazah dll…


ukhuwah fillah mahabbah lillah buat sahabat-sahabatku….aminah, mahada, hafizah, wan syahirah, ameerah dan k.asma’ fauzi, orang yang paling masyi dalam group kami..terima ksih semua! Selamat berjuang wahai hamalatul Quran!




2 comments:

khadamgerakanislam.blogspot.com said...

mmg bgitulah sbgai seorg pljr..hati perlu tabah lg2 dgn tugsn yg padat..InsyaAllah mnx ptolongn dr Allah..Allah suke kpdd hmba g mminta kpd Nya...Selamat berjuang

iman sayyidah said...

syukran dik..kita sama2 berdoa ye..=)