Sunday, June 7, 2009

Transformasi Pisang kepada Bioetanol

Berikut adalah soalan wawancara saya bersama Prof Madya Dr. Jamaluddin bin Mohd Daud, Timbalan Dekan (Akademik) Kulliyyah of Science UIAM yang juga merupakn pensyarah Bioteknologi, untuk tugasan BM saya.


1. Soalan : Doktor, apakah definisi biofuel ?
Jawapan : Biofuel ialah bahan api dalam bentuk cecair atau pepejal yang dihasilkan daripada bahan hidupan dan berbeza dengan bahan api fosil. Terdapat tiga jenis biofuel yang biasa dihasilkan iaitu biomass, bioetanol dan biodiesel.

2. Soalan : Bolehkah Doktor terangkan dengan lebih lanjut maksud biomas, bioetanol dan biodiesel ?
Jawapan : Biomas ialah sumber tenaga yang boleh diperbaharui merujuk kepada bahan hidup dan bahan yang terbuang, serta mempunyai kualiti yang rendah. Bioetanol pula bermaksud bahan api yang sesuai digunakan untuk enjin petrol dihasilkan daripada proses fermentasi dan penyulingan. Sementara itu, biodiesel merujuk kepada minyak sayuran dan lemak haiwan yang ditukarkan menjadi minyak yang boleh digunakan dalam enjin diesel.

Baru-baru ini kami menemui satu artikel mengenai penghasilan bioetanol daripada pisang, hasil kajian dari Universiti Tanjungpura , Pontianak, Indonesia. Mereka berjaya menghasilkan satu liter etanol daripada dua sisir pisang dengan kadar alkohol sekitar 90 peratus.





3. Soalan : Bolehkah Doktor ceritakan lebih lanjut tentang proses ini?

Jawapan : Pertama, isi pisang perlu dilumat terlebih dahulu sehingga menjadi jus. Isi pisang dipilih kerana mengandungi selulosa iaitu salah satu kelas karbohidrat yang utama (polisakarida). Jus pisang tadi kemudiannya dipanaskan pada suhu yang khusus menyebabkan selulosa mengurai menjadi molekul glukosa . Seterusnya, glukosa tersebut dipanaskan untuk mengurangkan kadar air yang tinggi. Peringkat seterusnya ialah proses fermentasi yang menggunakan mikrob untuk menghasilkan etanol dan air. Kemudian, penyulingan dijalankan untuk mengasingkan etanol dan air. Etanol yang telah dihasilkan boleh digunakan bersama dengan minyak petrol. Proses penghasilannya memakan masa lebih kurang 10 hari.

4. Soalan : Berapakah kadar penghasilan alkohol dalam proses ini?

Jawapan : Secara amnya, semua tumbuhan yang digunakan untuk bioetanol menghasilkan alkohol sebanyak 12 peratus. Di Malaysia , penggunaan pisang adalah sebagai sumber makanan. Bagi mengisi penuh setangki minyak, kita memerlukan jumlah pisang yang banyak. Sedangkan harga pisang di Malaysia mahal, maka, ia adalah kurang efektif sebagai sumber bahan api. Kita perlu menilai sama ada pisang itu sesuai atau tidak sebagai sumber tenaga berbanding sumber makanan.

5. Soalan : Sejauh mana keberkesanan bioetanol terhadap enjin ? Adakah kelajuan enjinnya sama dengan penggunaan minyak petrol?
Jawapan : Bioetanol dicampurkan ke dalam minyak petrol dengan nisbah 50:50 atau pun 70:30 mengikut kesesuaian enjin. Namun demikian, kelajuan kenderaan adalah sama dengan penggunaan minyak petrol.


6. Soalan : Sejak akhir-akhir ini, kesedaran memelihara alam sekitar dalam kalangan masyarakat semakin meningkat. Adakah penggunaan bioetanol ini turut menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar?
Jawapan : Bioetanol ini menggunakan bahan semulajadi iaitu tumbuh-tumbuhan. penggunaan bioetanol adalah lebih mesra alam berbanding minyak petrol kerana kurang menghasilkan karbon monoksida dan asap yang tidak mencemarkan udara.




7. Soalan : Bolehkah bioetanol dihasilkan sendiri di rumah ?

Jawapan : Bioetanol boleh dihasilkan di rumah seperti penghasilan tapai. Cara yang mudah untuk melakukannya adalah dengan menghancurkan pisang bersama-sama sedikit air lalu ditambah ragi ke atasnya. Kemudian, bekas berisi bahan tadi ditutup rapat serta dibalut dengan kain. Seterusnya, bekas tersebut diletak di tempat gelap selama sepuluh hari. Etanol akan terhasil selepas pengeraman selama dua belas hari. Etanol yang terhasil disuling untuk mendapatkan etanol yang tulen. Walau bagaimanapun, penghasilan etanol dirumah sebenarnya adalah salah di sisi undang-undang kerana dibimbangi penyalahgunaan etanol untuk dijadikan arak. Bagi individu yang ingin mengusahakan bioetanol perlu mendapatkan lesen untuk dipantau oleh pihak kerajaan.

8. Soalan : Adakah Doktor pernah mengkaji tentang pisang ?

Jawapan : Saya pernah memantau kajian pelajar saya mengenai fiber makanan dalam kulit pisang. Sebenarnya kandungan fiber makanan dalam kulit pisang muda lebih tinggi berbanding isi pisang. Fiber makanan adalah penting untuk proses pencernaan bagi mengelakkan sembelit dan buasir. Ekstrak kulit pisang dijadikan bahan makanan tambahan dengan dicampurkan ke dalam makanan yang tidak mengandungi fiber.




9. Soalan : Apakah penemuan terbaru mengenai pisang yang mungkin belum diketahui umum ?

Jawapan : Ekstrak batang pisang digunakan sebagai penyerap tumpahan minyak di laut.

10. Soalan : Apakah pendapat Doktor tentang penerimaan masyarakat terhadap bioetanol ?

Jawapan : Bioetanol mempunyai masa depan yang cerah jika kos penghasilan bioetanol murah. Pada pandangan saya, penghasilan bioetanol daripada pisang di Malaysia tidak sesuai kerana pisang merupakan sumber makanan dan jumlah penanaman pisang di Malaysia tidak memadai untuk penghasilan bioetanol berskala besar. Sekiranya pisang digunakan untuk bioetanol, ini boleh menjejaskan sumber makanan kita dan masyarakat tidak akan menggunakan bioetanol.

Tuesday, June 2, 2009

Suka duka tarbiah Allah

Alhmdulillah, kali ini dapat lagi update blog. Dalam kesibukan masa yang melanda diriku sejak akhir-akhir ini. Sekali lagi alasan “sibuk” terpaksa digunakn bilamana blog ini tidak di update. Biasalah, manusia sentiasa memberi alasan dan suka beralasan dalam apa jua perkara..alasan..alasan..dan alasan..huhu. Bila difikirkan kembali, Allah memberi segala nikmatnya kepada manusia tanpa memberi sebarang alasan dan tidak membeza-bezakan pun di antara hamba-hambaNya..semua nikmat yang diberikan adalah sama rata tanpa mengira pangkat, harta dan apa-apa pun kayu ukur yang boleh membezakan kita. Namun demikian, sebagai hamba, kenapa kita sentiasa beralasan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah? Kenapa kita suka mengeluh apabila disuruh melaksanakan ibadah? Kenapa? Dan kenapa? …persoalan yang kita sepatutnya memikirkan dan ambil iktibar..Allah memberi nikmat kepada kita tanpa sebarang alasan!..(sebagai motivasi kepada saya untuk tidak lagi beralasan selepas ini..)

Hampir seminggu juga tidak menulis blog, banyak perkara yang berlaku pada diriku ini..bermula dengan midterm exam BM pada hari jumaat lepas. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun soaln pertama sahaja saya tak tahu nak jawab apa.huhu. weekend yang lepas dilalui dengan kesibukan yang memanjang. Dan secara tidak langsung, memaksa minda saya untuk berfikir secara logik dan melatih minda untuk membuat keputusan yang tepat. Iaitu untuk pulang ke rumah atau tidak. Namun demikian, saya mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti hujung minggu lepas di kampus sahaja. Maaf banyak-banyak kepada adik-adik dan sahabat-sahabat alumni SAMTTAJ kerana tidak dapat untuk menghadiri meeting MT untuk program sekolah. Terkilan jugak sebenarnya bila tak dapat datang meeting tu, tapi walau apapun, Allah yang menentukan segalanya.



Alhamdulillah, sabtu lepas saya diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri Konvensyen PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia) di Pantai Balok. Walaupn hanya pergi sehari sahaja, namun ada jugaklah input yang dapat. Petang tu, sempat juga melawat rumah sahabat saya, Adah di balok baru. Kebetulan dia pulang ke rumah minggu tu kerana ada majlis di rumahnya. Banyak jugak kami berkongsi cerita di antara kampus Gombak dan kuantan. Antara perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di rumah adah ialah spect mata saya pecah!..akibat kecuaian sendiri. Terkilan dan sedih sangat masa tu..huhu. dah la tengah ‘kering’ duit sekarang ni, spect pecah pulak..yelah, harga spect bukannya murah. Beratus jugak kalu nak buat baru. Alhamdulillah, mujurlah saya ada spect spare satu lagi. Tapi ‘power’ yang tu kurang sikit. Malam tu saya bagitau abah, kata spect pecah..abah pun tanya “habistu macamana nak belajar? Hati-hati lah lain kali.”..nasihat yang penuh berhikmah dari seorang ayah..huhu.





Bila muhasabah kembali, inilah akibatnya bilamana Allah telah menarik nikmat penglihatan yang normal dalam diri saya. Iaitu rabun jauh..huhu..terpaksa bergantung pada alat bantuan iaitu cermin mata untuk melihat berbanding orang2 yang tak pakai spect..tapi, ingatlah diriku dan sahabat-sahabat, setiap apa yang Allah bagi untuk diri kita, pasti ada hikmah yang tersirat maksudnya. Dan semestinya kita bersyukur dan menjaga sebaiknya nikmat pancaindera yang telah Allah kurniakan kepada kita. Caranya amat mudah, gunakan sebaiknya pancaindera kita untuk mentaati dan beribadah kepada Allah, cntohnya, jangan gunakn mata kita untuk melihat perkara-perkara maksiat @ perkara2 yang boleh membawa kepada maksiat tapi sebaliknya gunakan mata kita untuk membaca dan mentadabbur kitab suci Al Quran. Begitu juga untuk anggota badan kita yang lain. In other words, jangan menyalahgunakan nikmat pancaindera yang Allah beri. Kalu tidak, tunggulah akibatnya..huhu..(ayat mengecam buat diriku..)




Hari ahad banyak dihabiskan di bilik untuk study. Sebab hari isnin ada midterm ungs..Alhamdulillah dapat jugak jawab exam walaupun dengan keadaan saya yang sakit kepala sangat2 masa tu..tak tahu kenapa,sejak akhir-akhir ni selalu sakit kepala, berdenyut-denyut dan kadang-kadang rasa berpinar-pinar mata. Tapi terpaksa juga menggagahkan diri untuk menghadiri exam dan kelas. Sekali lagi di uji dengan nikmat kesihatan..huhu..
Pagi tadi saya bersama group members ada sesi wawancara bersama Dr. Faiza, di klinik berkaitan tugasan untuk pembentangan BM pada hari khamis ni. Sempat juga saya bertanya tentang simptom2 sakit kepala yang saya hadapi. Katanya mungkin sebab tension @ migraine. Satu lagi , low blood pressure..ntah la.saya malas sikit nak fikir pasal penyakit ni. Sebab saya sendiri pun tak suka makan ubat dan pergi klinik..huhu.wallahua’lam..ingatlah semua, bahawa penyakit itu adalah makhluk Allah dan ia tidak akan memberi apa-apa mudharat kepada manusia tanpa izin Allah..so, be positive to yourself! Ya Allah, hanya padaMu lah aku bergantung segala harapan.


Wednesday, May 27, 2009

Berwajah baru..(^-^)

Bismillahiwal Hamdulilah..

Alhamdulillah, hari ini dalam kesibukan masa menghadapi midterm exam dan persediaan untuk pembentangn Bahasa Melayu, sempat lagi update blog ni..siap tukar background dan banner lagi..hehe.

kebetulan semalm sahabat baik saya, adah,dari uia gombak baru je buatkan banner baru untuk blog saya ni..syukran jiddan adah ye..(^-^)..tak sangka pulak adah nak buat.

esok, 10 am..exam midterm untuk subjek bahasa melayu saya..susah jugak rupanya bahasa melayu ni, ingatkan senang je..huhu..
ok la..setakat ni dlu entry untuk kali ni..pagi ni kelas pukul 11am..

~ Doakan saya ye..~

Friday, May 15, 2009

KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN

Sedang melihat2 laman iluvislam, tertarik dengan artikel ini. Semoga bermanfaat untuk semua..


Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.




Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.



وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)


*Petikan daripada buku ”Life is an open secret: Think about it” by Zabrina A. Bakar

Ada apa dengan 16 Mei..

..Bismillahi walHamdulillah..



Hari ni 16 Mei 2009...hari yang mengingatkan saya kepada 2 keadaan..

> Selamat Hari Lahir, abang iran...
> Selamat Hari Guru, kak ida...

hari ni hari lahir abang sulung saya..Mohd Ransaimon ,yang ke-38 tahun..semoga dipanjangakn umur dalam ketaatan kepada Ilahi..tak lupa juga, selamat hari guru buat kakak saya yang sulung, iaitu anak ke3 dalam keluarga..Ida Rahayu yang merupakan seorang guru dan sebagai mentor saya dalam mnghadapi ujian perjalanan ini. secara jujurnya, saya sangat mengagumi kalian berdua, lahirmu mnjadi inspirasi dan contoh buat adik beradik yang lain..

terima kasih atas segala nasihat dan dorongan kalian berdua kepada diriku...tak putus2 memberi semnagat dan harapan yang membina buatku untuk menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidup terutamanya dalam pelajaran.

Di saat aku gagal dalam pelajaran, akak sentiasa bagi semnagat, mengalir air mataku terharu atas pujukanmu..walaupun aku sendiri hampir berputus asa di kala itu..tak sampai hati untuk memberitahu mak & abah tentang perkara tersebut, akak lah tempatku mengadu..walaupun ada sesetengah perkara yang saya tak bersetuju dengan akak, terutamanya tentang penglibatan aku dalam aktiviti berpersatuan, jemaah dan lain2.. tapi , aku buat semua tu adalah untuk kebaikan kita juga, mungkin kita tak nampak hasilnya sekarang, tetapi Allah tangguhkan dulu untuk masa akan datang, andai bukan di dunia, di akhirat kelak bakal mnjanjikan ketenanagn dan kebahagian buat sesiapa yang berjuang menegakkan agamaNya..

Keluarga kita adalah yang terbaik untuk kita, yang disediakan oleh Allah untuk kita, yang mengajarkan kita kehidupan. Yang merintih itu mereka yang diracuni novel-novel bernuansakan islamik keterlaluan, mengimpikan suatu yang mustahil dicapai ,sehingga menyalahkan taqdir kehidupan. Jangan begitu kawan.Biarlah salasilah kita bukan daripada jalur-jalur duat penggiat dakwah, abaikan semua itu. Biarkan kita yang mula mewariskan dan yang memulakan kemuliaan pada jalur salasilah kita. Biar kita yang mewariskan tarbiyah itu. Melahirkan kader-kader bermutu, pejuang agama yang gitu...

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya:
"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"
(Surah al-Baqarah [2]:132)

coretan ini ditujukan juga buat abang2, kakak2 dan adikku...kalian telah banyak berkorban untuk kejayaan ku setakat hari ini..tidak lupa juga untuk mak & abah yang selalu mndoakan aku..sesungguhnya diri ini sangat menyayangi kalian semua, walaupun tidak mampu dilafazkan dengan kata2...ketahuailah, doaku sentiasa mngiringi kalian. semoga Nur Ilahi sentiasa mnyinarkn rahmat dan kebahagiaan buat kita sekeluarga..Amin..Baitee Jannati...




Selamat hari guru buat semua guru2, dan pensyarah2 yang telah mndidikku..halalkn segala ilmu yang telah diajarkan dan tidak lupa buat sahabat2 dan teman2...kalian adalah guruku dalam perjalanan merentasi ujian kehidupan ini. Semoga segala ilmu yang di pelajari bermanfaat buat diriku dan ummah..

Andai ditakdirkan aku syahid di jalan ini, redhalah kalian atas segalanya...



Pengemis cinta Ilahi,
Perindu syahid abadi.


Wednesday, May 13, 2009

Hari-hariku di sini...


Bismillahi wal Hamdulillah..


Alhamdulillah, akhirnya Allah beri sedikit nikmat masa untuk saya update blog ni, setelah 2 minggu terbiar tanpa coretan...di saat mngadu dengan seorang sahabat, nak buat ape ye cuti ni? boring sungguh!..lantas dia mnjawab.."hah, kalu takde kerja, gi update blog"...tapi, tiba2 terfikir, nak tulis pasal ape ye? takde idea la pulak serta ada beberapa masalah teknikal yang lain, mnyebabkan blog ni pun tak ter 'update'..huhu..


minggu ni dah masuk minggu kedua short sem saya di kuantan, ada lagi 5 minggu untuk mnghabiskan semua silibus yang perlu dipelajari. agak rushing jugak short sem ni, walaupun hanya ambil 2 subjek iaitu B.melayu dan UNGS2040.. tapi, bagi saya sem ni agak enjoy jugak la..dalam erti kata yang lain, saya lebih menghayati apa yang saya belajar pada sem ni..dan setiap hari akan ada pengajaran2 yang bermakna untuk saya..mungkin jugak faktor tak ramai orang sem ni, mnyebabkan kehidupan di kampus lbih tenang sdikit, sampai kadang2 rasa boring jugak..senyap sunyi je uia kuantan ni, nak jmpa orang pun susah..lagi2 weekend..


last week masa yang terluang sedikit terisi dengan kehadiran sahabat2 dari gombak yang datang melawat..weekend ni tak tahu la..rasa macam nak balik rumah je tiap2 minggu.hehe..tapi anganan tu terpaksa di batalkan, rumah pun jauh, tambang lagi..huhu..


walau apapun, inilah masa yang terbaik untuk belajar, belajar dan terus belajar....samada belajar dari segi akademik atau belajar memahami kehidupan ini..belajar memahami diri sendiri, sahabat2 dan persekitaran. dan tak lupa juga inilah masa yang terbaik untuk bermuhasabah diri, di kala bersendirian, di kala berseorangan tanpa orang lain di sisi...bermonolog sendirian dan menginsafi diri, ber'uzlah semata-mata mendapat redhaNya, berazam mnjadi insan yang hebat dan mantap serta hamba abdi terhadap penciptaNya..Rabbul Jalil..


masa yang terluang banyak dihabiskan dengan ulangkaji pelajarn pada setiap hari selepas habis kelas, satu habit yang sebenarnya jarang saya buat pada sem2 lepas..hehe..harap2 istiqamah untuk sem akn datang. Seterusnya, menyiapkn kerja-kerja society yang tak beres lagi, kerja2 yang tertangguh pada sem lepas..dan merancang apa2 yang akn dilakukan untuk sem depan..tapi minggu ni dah masuk fasa 'sedikit sibuk'..sebab kena bersedia untuk presentation, quiz dan midterm pada akhir bulan ni.

walau apapun, manusia hanya pandai dan hebat merancang, hakikatnya segala perncangn yang d buat hanya Allah sahaja yang selayaknya menentukan...

Friday, May 1, 2009

Nisa' Indoor Games (NIG) 2009



Bismillahi wal Hamdulillah..

Sebenarnya dah genap seminggu program ni berlangsung, tapi baru sekarang saya sempat mncoretkannya di blog ni..

kesedihan yang melanda akibat tidak dapat mnyertai Nisa' Games di kelantan pada tahun 2007 yang lepas akhirnya terubat jugak, lantaran berlangsungnya NIG 09 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS di Shah Alam, Selangor. tak sangka pulak kali ni selangor jadi tuan rumah..walaupun hnya indoor games, tapi xpela..at least dapat jugak terlibat dengan program nisa' ni.


(krew dan pengadil NIG 09)


pelawaan sahabatku, ain untuk mnjadi pengadil NIG 09 tidak dilepaskan begitu sahaja. walaupn sebenarnya masih lg keletihan akibat baru lepas program selama seminggu..tapi perasaan penat tadi terus hilang bila jumpa sahabat baru dari pelbagai nisa' kawasan. malam tu dah berkampung di masjid negeri untuk briefing pengadil dan buat kerja2 yang tak settle lagi.



pagi tu, program bermula pukul 9am. sedikit lewat dari masa yang dirancangkan. di mulakan dengan perbarisan dari kontingen setiap negeri. seronok bila tengok perbarisan ni, macam2 gelagat ada. siap promote negeri masing2 lagi. paling best kontingen kedah, penuh dengan konsep tradisional, siap berkain batik dan bawak tampi beras lagi, takut beras kat selangor tak cukup ye..(^-^).


(bersama sahabt2 pengadil batu seremban)


selepas majlis perasmian oleh kak mas, pengarah Nisa' Malaysia, acara diteruskan dengan permainan indoor games untuk semua acara. sebelum acara perasmian tu, ada gimik. kitorang jugak yang kne berlakon ala2 bermain chess..huhu.


saya diamanahkan untuk mnjadi pengadil acara batu seremban bersama ain, lia (my sister) dan beberapa orang sahabat yang lain. busy jugak jadi pengadil sebab berlawan liga, so banyak la perlawanan yang kena adili. saya sendiri pn sebenarnya dah lama tak main batu seremban ni, kali terakhir main semasa sekolah rendah..huhu. bila jadi pengadil ni knelah study balik cara nak main dan kira markah..huhu. teruk sungguh!

(tengah kira markah-sempat lagi bergambar tu..)

media massa jugak tidak melepaskan peluang untuk merakamkan program yang sungguh bermakna ni antaranya KOsmo, Harakah, TVpas dll..di sini jugaklah saya dapat bersua muka dengan sahabt2 kampus yang aktif dengan Nisa' antaranya k.faizah (uia gombak-n9), k.fathiah (upm-amirah isis), mastura dan sahabat yang dirindui ain wahab yang mewakili kontingen Kedah..tahniah ain!


(Hidayah, anisah, me dan ain)


walaupun penat, tapi sangat seronok buat kerja2 amal ni..hehe. cuma tak de pluang je nak main sume permainan tu. permainan ni berlangsung sampai petang, tapi pukul 4 dah stop sebab nak kira markah untuk pemenang pulak. yang paling best waktu acara last, penyampaian hadiah dan penutup. kontingen Perak berjaya mnjadi johan keseluruhan dan kontingen Kedah mengungguli anugerah kontingen terbaik. memang semangat betullah saya tengok kontingen dari 2 negeri ni. dengan slogannya yang penuh bermakna dan semangat, menonjolkan lagi kekuatan sebenar dua pasukan ni. selangor yang sebagai tuan rumah pun tak macam tu.huhu..saya rasa mungkin mereka baru lepas menang PRK baru2 ni, sebab tu bersemangat semacam je..apa2 pun .


tahniah buat kontingen Nisa' Perak dan Kedah..dan syabas jugak kepada Nisa' Malaysia atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ni..syabas dan tahniah kepada semua!