Wednesday, May 13, 2009

Hari-hariku di sini...


Bismillahi wal Hamdulillah..


Alhamdulillah, akhirnya Allah beri sedikit nikmat masa untuk saya update blog ni, setelah 2 minggu terbiar tanpa coretan...di saat mngadu dengan seorang sahabat, nak buat ape ye cuti ni? boring sungguh!..lantas dia mnjawab.."hah, kalu takde kerja, gi update blog"...tapi, tiba2 terfikir, nak tulis pasal ape ye? takde idea la pulak serta ada beberapa masalah teknikal yang lain, mnyebabkan blog ni pun tak ter 'update'..huhu..


minggu ni dah masuk minggu kedua short sem saya di kuantan, ada lagi 5 minggu untuk mnghabiskan semua silibus yang perlu dipelajari. agak rushing jugak short sem ni, walaupun hanya ambil 2 subjek iaitu B.melayu dan UNGS2040.. tapi, bagi saya sem ni agak enjoy jugak la..dalam erti kata yang lain, saya lebih menghayati apa yang saya belajar pada sem ni..dan setiap hari akan ada pengajaran2 yang bermakna untuk saya..mungkin jugak faktor tak ramai orang sem ni, mnyebabkan kehidupan di kampus lbih tenang sdikit, sampai kadang2 rasa boring jugak..senyap sunyi je uia kuantan ni, nak jmpa orang pun susah..lagi2 weekend..


last week masa yang terluang sedikit terisi dengan kehadiran sahabat2 dari gombak yang datang melawat..weekend ni tak tahu la..rasa macam nak balik rumah je tiap2 minggu.hehe..tapi anganan tu terpaksa di batalkan, rumah pun jauh, tambang lagi..huhu..


walau apapun, inilah masa yang terbaik untuk belajar, belajar dan terus belajar....samada belajar dari segi akademik atau belajar memahami kehidupan ini..belajar memahami diri sendiri, sahabat2 dan persekitaran. dan tak lupa juga inilah masa yang terbaik untuk bermuhasabah diri, di kala bersendirian, di kala berseorangan tanpa orang lain di sisi...bermonolog sendirian dan menginsafi diri, ber'uzlah semata-mata mendapat redhaNya, berazam mnjadi insan yang hebat dan mantap serta hamba abdi terhadap penciptaNya..Rabbul Jalil..


masa yang terluang banyak dihabiskan dengan ulangkaji pelajarn pada setiap hari selepas habis kelas, satu habit yang sebenarnya jarang saya buat pada sem2 lepas..hehe..harap2 istiqamah untuk sem akn datang. Seterusnya, menyiapkn kerja-kerja society yang tak beres lagi, kerja2 yang tertangguh pada sem lepas..dan merancang apa2 yang akn dilakukan untuk sem depan..tapi minggu ni dah masuk fasa 'sedikit sibuk'..sebab kena bersedia untuk presentation, quiz dan midterm pada akhir bulan ni.

walau apapun, manusia hanya pandai dan hebat merancang, hakikatnya segala perncangn yang d buat hanya Allah sahaja yang selayaknya menentukan...

3 comments:

epal hijau said...

teruskan menulis..

jangan mala..he2
jangan marah...

epal hijau said...

jangan malas..bukan mala..
ana pun dah jadi malas nak tulis 'malas'

pengemis cinta Ilahi
perindu syahid abadi

iman sayyidah said...

syukran ust atas komen yg membina..insyAllah lpas ni jadi rajin menulis, walupn tak tahu naj tulis ape..hehe

ayat kat bawah tu macam kenal je (^-^)..