Friday, May 15, 2009

Ada apa dengan 16 Mei..

..Bismillahi walHamdulillah..



Hari ni 16 Mei 2009...hari yang mengingatkan saya kepada 2 keadaan..

> Selamat Hari Lahir, abang iran...
> Selamat Hari Guru, kak ida...

hari ni hari lahir abang sulung saya..Mohd Ransaimon ,yang ke-38 tahun..semoga dipanjangakn umur dalam ketaatan kepada Ilahi..tak lupa juga, selamat hari guru buat kakak saya yang sulung, iaitu anak ke3 dalam keluarga..Ida Rahayu yang merupakan seorang guru dan sebagai mentor saya dalam mnghadapi ujian perjalanan ini. secara jujurnya, saya sangat mengagumi kalian berdua, lahirmu mnjadi inspirasi dan contoh buat adik beradik yang lain..

terima kasih atas segala nasihat dan dorongan kalian berdua kepada diriku...tak putus2 memberi semnagat dan harapan yang membina buatku untuk menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidup terutamanya dalam pelajaran.

Di saat aku gagal dalam pelajaran, akak sentiasa bagi semnagat, mengalir air mataku terharu atas pujukanmu..walaupun aku sendiri hampir berputus asa di kala itu..tak sampai hati untuk memberitahu mak & abah tentang perkara tersebut, akak lah tempatku mengadu..walaupun ada sesetengah perkara yang saya tak bersetuju dengan akak, terutamanya tentang penglibatan aku dalam aktiviti berpersatuan, jemaah dan lain2.. tapi , aku buat semua tu adalah untuk kebaikan kita juga, mungkin kita tak nampak hasilnya sekarang, tetapi Allah tangguhkan dulu untuk masa akan datang, andai bukan di dunia, di akhirat kelak bakal mnjanjikan ketenanagn dan kebahagian buat sesiapa yang berjuang menegakkan agamaNya..

Keluarga kita adalah yang terbaik untuk kita, yang disediakan oleh Allah untuk kita, yang mengajarkan kita kehidupan. Yang merintih itu mereka yang diracuni novel-novel bernuansakan islamik keterlaluan, mengimpikan suatu yang mustahil dicapai ,sehingga menyalahkan taqdir kehidupan. Jangan begitu kawan.Biarlah salasilah kita bukan daripada jalur-jalur duat penggiat dakwah, abaikan semua itu. Biarkan kita yang mula mewariskan dan yang memulakan kemuliaan pada jalur salasilah kita. Biar kita yang mewariskan tarbiyah itu. Melahirkan kader-kader bermutu, pejuang agama yang gitu...

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya:
"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"
(Surah al-Baqarah [2]:132)

coretan ini ditujukan juga buat abang2, kakak2 dan adikku...kalian telah banyak berkorban untuk kejayaan ku setakat hari ini..tidak lupa juga untuk mak & abah yang selalu mndoakan aku..sesungguhnya diri ini sangat menyayangi kalian semua, walaupun tidak mampu dilafazkan dengan kata2...ketahuailah, doaku sentiasa mngiringi kalian. semoga Nur Ilahi sentiasa mnyinarkn rahmat dan kebahagiaan buat kita sekeluarga..Amin..Baitee Jannati...




Selamat hari guru buat semua guru2, dan pensyarah2 yang telah mndidikku..halalkn segala ilmu yang telah diajarkan dan tidak lupa buat sahabat2 dan teman2...kalian adalah guruku dalam perjalanan merentasi ujian kehidupan ini. Semoga segala ilmu yang di pelajari bermanfaat buat diriku dan ummah..

Andai ditakdirkan aku syahid di jalan ini, redhalah kalian atas segalanya...



Pengemis cinta Ilahi,
Perindu syahid abadi.


0 comments: