Friday, May 1, 2009

Nisa' Indoor Games (NIG) 2009



Bismillahi wal Hamdulillah..

Sebenarnya dah genap seminggu program ni berlangsung, tapi baru sekarang saya sempat mncoretkannya di blog ni..

kesedihan yang melanda akibat tidak dapat mnyertai Nisa' Games di kelantan pada tahun 2007 yang lepas akhirnya terubat jugak, lantaran berlangsungnya NIG 09 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS di Shah Alam, Selangor. tak sangka pulak kali ni selangor jadi tuan rumah..walaupun hnya indoor games, tapi xpela..at least dapat jugak terlibat dengan program nisa' ni.


(krew dan pengadil NIG 09)


pelawaan sahabatku, ain untuk mnjadi pengadil NIG 09 tidak dilepaskan begitu sahaja. walaupn sebenarnya masih lg keletihan akibat baru lepas program selama seminggu..tapi perasaan penat tadi terus hilang bila jumpa sahabat baru dari pelbagai nisa' kawasan. malam tu dah berkampung di masjid negeri untuk briefing pengadil dan buat kerja2 yang tak settle lagi.



pagi tu, program bermula pukul 9am. sedikit lewat dari masa yang dirancangkan. di mulakan dengan perbarisan dari kontingen setiap negeri. seronok bila tengok perbarisan ni, macam2 gelagat ada. siap promote negeri masing2 lagi. paling best kontingen kedah, penuh dengan konsep tradisional, siap berkain batik dan bawak tampi beras lagi, takut beras kat selangor tak cukup ye..(^-^).


(bersama sahabt2 pengadil batu seremban)


selepas majlis perasmian oleh kak mas, pengarah Nisa' Malaysia, acara diteruskan dengan permainan indoor games untuk semua acara. sebelum acara perasmian tu, ada gimik. kitorang jugak yang kne berlakon ala2 bermain chess..huhu.


saya diamanahkan untuk mnjadi pengadil acara batu seremban bersama ain, lia (my sister) dan beberapa orang sahabat yang lain. busy jugak jadi pengadil sebab berlawan liga, so banyak la perlawanan yang kena adili. saya sendiri pn sebenarnya dah lama tak main batu seremban ni, kali terakhir main semasa sekolah rendah..huhu. bila jadi pengadil ni knelah study balik cara nak main dan kira markah..huhu. teruk sungguh!

(tengah kira markah-sempat lagi bergambar tu..)

media massa jugak tidak melepaskan peluang untuk merakamkan program yang sungguh bermakna ni antaranya KOsmo, Harakah, TVpas dll..di sini jugaklah saya dapat bersua muka dengan sahabt2 kampus yang aktif dengan Nisa' antaranya k.faizah (uia gombak-n9), k.fathiah (upm-amirah isis), mastura dan sahabat yang dirindui ain wahab yang mewakili kontingen Kedah..tahniah ain!


(Hidayah, anisah, me dan ain)


walaupun penat, tapi sangat seronok buat kerja2 amal ni..hehe. cuma tak de pluang je nak main sume permainan tu. permainan ni berlangsung sampai petang, tapi pukul 4 dah stop sebab nak kira markah untuk pemenang pulak. yang paling best waktu acara last, penyampaian hadiah dan penutup. kontingen Perak berjaya mnjadi johan keseluruhan dan kontingen Kedah mengungguli anugerah kontingen terbaik. memang semangat betullah saya tengok kontingen dari 2 negeri ni. dengan slogannya yang penuh bermakna dan semangat, menonjolkan lagi kekuatan sebenar dua pasukan ni. selangor yang sebagai tuan rumah pun tak macam tu.huhu..saya rasa mungkin mereka baru lepas menang PRK baru2 ni, sebab tu bersemangat semacam je..apa2 pun .


tahniah buat kontingen Nisa' Perak dan Kedah..dan syabas jugak kepada Nisa' Malaysia atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ni..syabas dan tahniah kepada semua!