Wednesday, January 28, 2009

Susahnya nak jadi baik...

Bismillahi wal hamdulillah...

Cuti sempena tahun baru cina baru sahaja berlalu..bukak cuti ni macam2 yang perlu dibuat, dengan quiz, assignment, dan meeting yg sedia menanti..

saya pun dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni, akibat kesibukan aktiviti harian.

sekadar nak berkongsi ssuatu..
semasa cuti hari sabtu yang lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri meeting bersama alumni SAMTAJ iaitu bersama sahabat2 dan junior2 sekolah untuk merancang satu program untuk adik2 samtaj..sebagai orang yang ditaklifkan untuk mnjadi MT, sebelum nipun saya dah pernah meting dgn shabat2 alumni..

Dlm perjalanan sebelm sampai ke sekolah, sahabat sy pun membuka cerita...katanya ada seorang alumni samtaj (perempuan) kurang senang dengan panggilan 'muslimat' yang biasa saya dan sahabat saya gunakan sewaktu meting..katanya, knp guna term 'muslimat' , ana, anta dan sebagainya? rasa macam baik sangat je bila gunakn term2 macamtu...subhanaAllah, terkedu+terkejut saya dengar cerita shbat saya tu...

dlm hati, saya berfikir..takkan guna term 'muslimat' pun tak boleh? habis tu nak panggil ape? wanita? perempuan?..ish2, susahnya nak jadi baik ni kn...nak mengislahkan keadaan pun susah juga rupanya..

inilah hakikatnya sahabat2 kita di luar sana..ada juga diantaranya yg masih jauh dari nur islam yang sebenar. bukanlah nak kt yang saya ni baik sangat, tp saya berusaha untuk berdakwah kepada sahabat2 sekolah saya..caranya dengan menggnakn term2 yng sedikit islamik macamtu la..tapi mungkin pendekatan saya yg kurang sesuai..syadid sangat agaknya.

saya pun pelik juga, dorang nikn sekolah agama..takkan tak nak jadi baik? pelik sangat ke bila gunakn term2 macamtu? mungkin sejak sekolah dlu kami tak menerapkn pendekatan yg macamtu. tarbiah ms kt sekolah dlu pn tidaklah semantap sekolah2 agama lain seperti kisas @ maahad muhammadi ke....sekolah kami pun terletak di tengah bandaraya shah alam..mungkin ini salah satu faktornya.

teringat salah seorang shabat saya pernah bagitahu, katanya sekolah agama di selangor ni sedkit 'sekular'..tidak seperti sekolah agama di kedah, kelantan dan terengganu..ehmm, entah la..mungkin jugak kot.

niat disini bukanlah untuk saya membuka aib sekolah saya atau memburukkan-burukkan sekolah agama di selangor, tp apa yang perlu kita ambil pengajaran adalah perlunya kita menerapakn nilai2 tarbiah yang mantap dan padu untuk adik2 sekolah sejak form1 lagi..melentur buluh biarlah dari rebungnya. kalu kita nak memghasilkan produk2 amilin,pendkwah@pendokong islam untuk masa depan, knelah berusaha dari sekarang.

sebab itulah atas kesedaran iman dan islam, serta sayangkn sekolah..saya dan sahabat saya berusaha untuk bekerja kearah itu..dengan cara 'back to school' dan buat program2 tarbiah untuk mereka..
semoga dengan usaha yang sedikit ini akn di pandang tinggi di sisi Allah. syukran buat sahabat seperjuangnku, Nur Farahah Razali atas skongan&semangat nti..(^-^)

HIDUP SAMTAJ...BUMI KARAMAH!..ALLAHUAKBAR!


0 comments: