Thursday, January 1, 2009

Perkara-perkara yang membawa kepada papa

1) Tidur sambil telanjang.
2) Kencing telanjang.
3) Makan padahal ia berjunub.
4) Makan sambil menyingging atas lambungnya.
5) Bermudah-mudah dan membiar-biarkan dengan yang tumpah-tumpah daripada hidangan nasi-nasi dan roti-roti dan seumpamanya
6) Bakar kulit bawang merah dan bawang putih.
7) Sapu rumah dengan kain mandil.
8) Sapu rumah pada waktu malam.
9) Membiarkan sampah dalam rumah.
10) Berjalan-jalan dihadapan orang tua.
11) Panggil akan ibu bapa dengan nama keduanya.
12) Basuh tangan dengan lumpur dan tanah.
13) Duduk atas bendul pintu.
14) Bergantung atas salah satu daripada dua keping papan pintu.
15) Berwudu’ pada tempat qada’ hajat.
16) Menjahitkan kain yang diatas tubuhnya.
17) Mengeringkan basah-basah mukanya dengan kain yang dipakainya.
18) Membiarkan sarang labah-labah pada rumahnya.
19) Bermudah-mudah dengan sembahyang.
20) Bersegera keluar daripada masjid selepas solat subuh.
21) Berpagi-pagi kepada kedai dan lambat pulang daripadanya.
22) Membeli yang pecah-pecah daripada roti-roti daripada fuqara’ yang minta-minta.
23) Mendoa dengan kejahatan atas anaknya.
24) Meninggalkan menudung bejana-bejana.
25) Hembus pelita dengan mulut.
26) Menyurat dengan kalam yang diikat supaya tidak terurai kerana pecahnya.
27) Menyisir dengan sisir yang patah.
28) Meningalkan doa dengan kebajikan bagi kedua ibu bapanya.
29) Belit serban sambil duduk.
30) Memakai seluar sambil berdiri.
31) Kedekut (sangat sayang pada hartanya)
32) Sangat jimat.
33) Boros melampaui had.
34) Malas
35) Lembab.
36) Bermudah-mudah (berlebih kurang pada sekalian pekerjaan).





Artikel ini saya dapat dari ustaz saya semasa di pondok dulu. dan maaf sekiranya ada sesetengah ayat yang tidak difahami maksudnya kerana ia menggunakan bahasa kitab lama. Saya pun tak berani nak ubah ayatnya ,takut tersalah maksud pula nanti. menurut ustaz Rahim, ini adalah perkara-perkara yang membawa kepada papa dari segi ilmu dan harta. Seandainya ada diantara perkara tersebut yang selalu kita buat, maka selepas ini berusahalah untuk
tinggalkn ia dan berubahlah kepada yang lebih baik..wallahua'lam..

0 comments: