Thursday, March 4, 2010

DOA BUAT SHBT2 YG KU KASIHI


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...sesungguhnya bebanan dan amanah yang diberikan kepada kami ini terlalu berat dan kami hanyalah hambaMu yang diciptakan olehMu yang tidak punya apa-apa keupayaan melainkan dengan keupayaanMu yang Kau berikan kepada kami. Kami merayu dan memohon kepadaMu Ya Baari' Yang Maha Perancang agar Kau berikan perancangan yang baik buat kami melaksanakan kerja-kerja dakwah ini erana sesungguhnya perancanganMu lah yang paling hebat...

Ya Allah Ya Baari', sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengatur urusan manusia dan mengatur agenda makhlukMu. Aturan dan agendaMu Maha Hebat, tiada tolok bandingnya. Kami sedar, kami hanya seorang hamba yang tidak mampu mengatur urusan dan agenda. agenda kami sering silap dan mempunyai pelbagai kelemahan...

Ya Allah Ya Haadi yang Maha memberi Petunjuk, setelah Engkau aturkan agenda hidup kami, berilah kami petunjuk apa yang harus kami lakukan bagi mengikuti agendaMu. bantulah kami dengan kekuatanMu Ya Aziz, Ya Qawwiy, Ya Matin agar kami merasa kuat dan bakarlah semangat kami Ya Ba'its agar kami tidak merasa penat dan sentiasa bersemangat. bantulah kami Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid dengan ilmuMu agar kami mampu melaksanakan sesuatu agendaMu dengan penuh berilmu, berhikmah dan cerdas. bukalah jua bagi kami segala pintu kemudahan dengan sifat Ya FatahMu, bantulah kami dengan sedikit rezekiMu Ya Razaq, kekayaanMu Ya Ghaniy dan sifat memberi kekayaan Ya Mughniy agar kami mampu melaksanakan semua tugas yang Engkau berikan dengan sebaik mungkin..

Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, sucikanlah jiwa kami ini dari sebarang penyakit dari bisikan syaitan dan kecintaan kepada dunia dan manusia kerana ianya pasti akan mengganggu tugas yang sedang kami jalankan...

Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Affuw Yang Maha Pemaaf, Ya Ghafur Yang Maha Pengampun, Ya Tawwab Yang Maha Penerima Taubat. Kami hambaMu yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan...Berkatilah usaha kami Ya Allah dan kekalkan ukhwah antara kami...temukan kami di SyurgaMu kelak...ameen Ya Rabb...

0 comments: