Monday, March 22, 2010

Hati seorang naqibah

Subhanaallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...

Alhamdulillah..dapat juga saya membuat usrah untuk adik-adik tersayang. Rasa rindu apabila sudah hampir 2 minggu tidak berkesempatan untuk berusrah.

Usrah kami hanya bermula pada pukul 11.40 pm dan berakhir pada jam 1.57 am...tak pernah lagi buat usrah macam ni. Alhamdulillah, semuanya mampu bersabar dan fokus sehingga ke akhir, dan saya sangat yakin mereka ini adalah jiwa-jiwa yang telah ditarbiyah dan mampu untuk melaksanakannya..masing2 mampu untuk bertahan dengan gurau senda dan gelak tawa yang dapat menceriakan suasana walaupun sudah larut malam. walaupun pada hakikatnya, saya sangat letih kerana baru sahaja habis program. Namun, digagahi jua diri demi melaksanakn amanah Allah dan meraikan adik2 kesayanganku ini.

Kali ini saya sangat terkesan dengan usrah ini, mungkin juga pada topik dan isu-isu yang kami perbincangkan, yang rata-ratanya kami semua mampu bermuhasabah dan masing-masing mengakuinya. Bersyukur pada Allah, kerana masih lagi diberikan hati yang mampu tersedar dari kesilapan.

Dan usrah kali ini berjaya menguji tadhiyyah dan pengorbanan mereka untuk ditarbiyyah wlpun tempat usrah itu jauh dari blok asrama mereka dan habis pula hmpir pkul 2 pagi..tahniah adik-adikku!

Sebagai naqibah pun, inilah medan terbaik buat saya dan anak usrah untuk:

mencari buah iman

tempat melepaskan tension

tempat berkongsi rasa

tempat menambah ilmu

tempat brainstorm idea

tempat laksana program

temapat mendapatkan rahmat ALLAH

tempat berlatih berkasih sayang


tempat naqib melatih menundukkan ego

tempat naqib belajar ilmu sosiologi

tempat ilmu persahabatan dipraktikkan

tempat belajar ilmu psikologi dan komunikasi


yaa..saya sangat mengakuinya..dan sangat sayang akan usrah ini. walaupun kdg2 saya tidak mampu untuk menzahirkan semua perasaan ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

ketahuilah adik-adikku,

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan yang usang hampir roboh, maka akanku jelajahi seluruh pelosok dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang IKHLAS untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah." - Imam As-Syahid Hassan al-Banna.

Moga kalian termasuk dalam golongan JIWA MUDA yang IKHLAS dalam membina kembali bangunan usang itu, insya-Allah

Yang paling seronok, di akhir usrah, adik usrah saya dengan senang hatinya memberi pinjam buku yang baru dibelinya...sayalah orang pertama yang akan membacanya. Syukran aisyah sebab bg pinjam buku ni..(^-^)...Walaupun tidak dapat berkunjung ke KLIBF, ada jgk org yg sudi bg pinjam buku kn..hehe.


Salam sayang buat adik-adikku..
~Naimah, Solehah, Farhan, Mardhiah, Sabati, Nadhirah, Fauziah dan Aisyah~

0 comments: