Sunday, March 7, 2010

Mengakui kelemahan...

Ada masanya kita mampu bersabar,
ada masanya kita mampu bertahan,
ada masanya kita mampu untuk menghadapinya segalanya...

tetapi...

ada masanya kita tidak mampu bersabar lagi, kerana kesabaran manusia juga ada hadnya,
ada masanya kita tidak mampu bertahan atas segala ujian yang menimpa..
ada masanya kita tidak mampu untuk menghadapinya..

lalu...

bercucuranlah air mata atas segala bebanan yang tidak mampu dipikul sebaiknya...
menitislah air mata kerana kekerdilan dan kelemahan diri ini,
mengakui hakikat hebat dan agungnya Allah, Maha Pencipta sgalanya..

Mujur ada Al Quran yang mampu memujuk kesedihan diri ini...
Namun, kadang-kadang itu pun tidak mampu dijaga sebaiknya..satu kerugian yang sangat besar!

Pesanan seorang sahabat yang memahami dan mengalami nasib yang sama...

Teruskan! Jangan kecil hati! Mereka ramai tidak memahani dan terlalu bermain-main! Kita buat kerja bukan sebab mereka! kuat dan terus kuatkan tekad!
-syukran sahabat...

Akulah seorang jundi yang mahu bekerja dan mati kerananya...
bukan seorang "anak-anak haraki" berjiwa sempit berbataskan label dan dasar pecah dan perintah!

Allahu akbar!!


0 comments: