Wednesday, April 29, 2009

Hari-hari dalam cutiku..


Bismillahi wal Hamdulillah..


lama tak update blog dan sebenarnya lama jugak saya tak online, sejak balik rumah dan kebetulan connection internet kt umah tak blh guna..jadi, knelah gi cc.


hari ni minggu terakhir cuti ku di rumah, tinggal beberapa hari je dengan keluarga,weekend ni dah kne balik kampus smula untuk short sem.


bila dok umah ni, banyak benda yang berlaku..ada berita gembira dan sedih..minggu pertama sy di rumah dapat berita gembira iaitu abang saya dah dapat kerja di TNB setelah bberapa bulan mengganggur. kedua, adik perempuan saya telah mndapat tawaran untuk melnjutkan pelajaran di DQ, sabtu ni daftar. ketiga, permohonan pinjaman yaysan selangor saya dah diterima. Alhamdulillah..banyak juga nikmat Allah kepada kami sekeluarga.


berita sedihnya, tudung purple sy terbakar, habis berlubang tudung tu..huhu..


setelah beberapa hari di rumah, kne plak gi program tarbiah selama seminggu, satu program yang mnjanjikan banyak manfaat bagi sesiapa yang mnghayatinya. dan bagi sy sendiri. ia betul2 menginsafkan sy, wlpn hnya bertindak sebagai urusetia, tapi ada satu peristiwa yang mnyedarkan sy. iaitu ttg USRAH yang selama ni sy buat..syukran adik afiqah, anak usrah yg paling sy sayang..atas pengakuan jujur tersebut..


lepas balik dari program tu, kne plak gi Shah Alam malam tu..memang tak sempat nak rehat pun. sehari semalam berkampung di shah alam sebab terlibat sebagai pengadil Nisa' Indoor Games (NIG) 09..ingat nak cancel je, tapi dah janji dengn orang, knelah jugak tunaikan.


hajat di hati ingin mengunjungi Pesta buku kt PWTC terpaksa dibatalkn, sebab sangat penat keesokan harinya dan sebenarnya abah sy pun dah bising..cuti dah la kejap, asyik nak kluar umah je..huhu..nak buat macam mane, mujur mak sy tlg backup..hehe.
seminggu kt rumah sementara menunggu menghabiskan cuti, jadi surirumah je..tlg mak. barulah sy rasa betapa susahnya mnjadi seorang surirumah ni, pagi2 bangun awal. siapkan sarapan, kmas rumah, bsuh+jemur+lipat kain, memasak, menyapu dll..pendek kata 24jam dok kt dapur je, tak habis2 kerja yang nak dibuat. barulah sy merasai dan menghargai pngorbanan mak abah sy. bukan selama ni tak menghargai, cuma kurang mengerti. tapi bila kita sendiri yang merasainya akan lebih memahami..

semalam result exam kluar, sahabt sy ,syuhadah yang tlg tgkkn.syukran adah ye..


ada dua perasaan bila dapat tahu result ni..sedih dan gembira..gembira sebab pointer sy agak ok wlpun tak mncapai target yg sy inginkn.dan takde subjek yang dapat C..sedih sebab terpaksa repeat satu subjek, molecular BIology, killer subjek tu..huhu..

xpelah, apa2 pun, pastinya semua tu ada hikmah yang tersendiri..Allah sebaik2 perancang!


p/s: next post ttg NIG 09..






1 comments:

Sri KaNdi^soLehah ツ said...

sama-sama..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..kita hanya merancang, tetapi Dia adalah Perancang YAng Terbaik..k sya, salam terus juang..gambate!! ^_^