Monday, April 6, 2009

Cabaran seorang daie..

5 April 2009

01.27am


Malam ni telah berlaku sesuatu perkara yang saya sendiri tidak pernah pun jangka benda tersebut akan berlaku. Sesuatu yang membuatkan saya menangis srta-merta. Inilah yang dinamakn takdir..huhu..


Begini ceritanya…

Malam tadi selepas liqa’ bersama adik-beradik batch, sempat singgah sekejap di kiosk dan sempat jugak test naik motor zai. Kebetulan, berhampiran blok asrama saya ada parking lot dan kami pun ternampak dengan sepasang sister dan brother yang tengah berbincang dalam gelap, seperti biasa, sebagai seorang yang telah ditarbiah, kami pun buatlah kerja2 amar makruf nahi munkar ni. Tapi feedback negative yang kami terima, diorang tu macam tak puas hati pulak bila kne tegur, akhirnya kami pun malas nak bertekak dan tinggalkan je pasangan tu.


Then, tengah rehat2 kat bilik lepas kemas2 barang, sister tu datang bilik saya dengan keadaan marah dan tak puas hati. Saya yang tengah borak2 dengan roommate masa tu sangatlah terkejut. Sepanjang hidup saya, tidak pernah lagi orang marah dan serang saya sebegitu rupa. Alasannya hanyalah kenapa saya tak puas hati dengan dia..dan saya rasa benda tu kecil je, tapi disebabkn salah faham dan gurauan yang tidak bertempat, mnyebabkan saya yang kena serang. Sebenarnya bukanlah saya tidak puas hati dengan dia, tapi entahlah..adalah sebab lain sebenarnya dan tidak perlulah saya tulis disini.


Lepas dia keluar dari bilik saya, serta merta air mata ni mengalir, terasa diri ini sangat bersalah. Dan sister tu adalah kawan saya sendiri dan merupakn jiran bilik saya. Masa tu jugak saya fikir, apalah salah saya sehingga dia marah sangat kat saya, salah ke tegur orang yang tengah dating?walaupun sebenarnya dia tengah berbincang dengan sepupunya, tapi keadaannya yang sebegitu boleh menimbulkan fitnah. Lagi-lagi perempuan, dirinya sendiri pun adalah fitnah. Bila berjaln seorang pun boleh jadi fitnah, apatah lagi yang lainnya.


saya pun berfikir kembali, sapa yang bersalah sebenarnya ni?kenapa aku pulak yang menangis?musykil2..mugkin jugak salah saya, sebab tak pandai nak approach mad'u dan mungkin jugak disebabkan kafarah dosa-dosa yang telah saya yang lakukan menyebabkan mad'u susah nak menerima teguran saya.dan tangisan saya itu bukanlah tangisan gembira mahupun sedih, tapi adalah tangisan keinsafan seorang hamba yang kerdil atas bebanan dosa.

rasa tidak sanggup nak meneruskan kerja2 ni, tapi bagi memujuk diri sendiri..ingtlah pada janji Allah, sekurang-kurangnya saya telah terlepas dari tanggungjawab yang sepatutnya.

Malam tu mnyebabkan mood saya untuk study berkurangan, tapi bila memikirkan banyak lagi chapter yang tak baca untuk exam selasa ni, saya gagahkan jua untuk study anatomy. Akhirnya terpujuk juga hati ini dengan alunan bacaan Quran dari Syeikh Saad Said Al-Ghamidi.


Apa yang saya paling takut adalah hubungan baik dengan kawan saya tu akan menjadi renggang, mungkin dia akan bermasam muka dan tidak bertegur dengan saya selepas ni..wawaa..Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Takkan nak rosakkan silaturrahim sesame manusia..ehm, walau apa-apa pun, saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang islam sewajarnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.


Pengajaran yang boleh saya ambil dari peristiwa ni adalah bukan senang sebenarnya untuk berjuang dalam agama Allah , banyak dugaan dan cabarannya, lagi2 dalam kerja2 amar makruf nahi munkar dan kerja2 dakwah .Seorang daie perlu bersedia mental dan fizikal untuk persiapan berdakwah ni. Dan, perempuan adalah fitnah dunia. Oleh itu seseorang wanita perlulah menjga peribadi dan perlakuannya untuk mengelakkan menjadi fitnah masyarakat. Teringat kata-kata seorang ustaz semasa di pondok dlu, katanya jika perempuan pun tidak disunatkan untuk pergi bersolat di masjid, apatah lagi untuk pergi ke tempat-tempat lain. masyaAllah , kata-kata ustaz tersebut membuatkan saya berfikir banyak kali, betul jugak kn…sebab ape?perempuan adalah fitnah, sebaik-baik wanita adalah perempuan solehah..dan yang terakhir, kita kenalah berfikiran positif terhadap seseorang, sebabnya kita tidak berada di tempat mereka dan bagaimana kita hendak memahami mereka. Kesimpulannya, fahamilah jiwa mad’u supaya mudah untuk kita berdakwah kepada mereka..InsyaAllah..



p/s : syukran kepada 2orang sahabat yg saya sayangi, zaiton dan syera..sebab banyak membantu dan maaf jugak sebb melibatkan zai n syera sekali..


0 comments: