Friday, March 27, 2009

Saat ini..

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar sudah tiba di penghujung sem 2 08/09 , ini bermakna final exam is just around the corner. Saya melalui sem ni dengan kelas yang banyak, program-program dan jadual yang agak pack. Ingatkan first sem saya di kuantan ni boleh la nak rilex sikit, tapi hakikatnya lain seperti yang di idamkan. Oleh itu, inilah masanya hendak membuktikan our best performance sebagai seorang pelajar untuk memastikan kita telah buat yang terbaik untuk menghadapi exam..

“sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan meletihkan. Orang yang lalai akan berasa hairan melihat daie tersebut menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya “sampai bila kau akan melelahkan dirimu?” jwb daie dengan pasti,”sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan yang abadi ketika di syurga” (Ibnu Qayyim)..

MasyaAllah , sungguh besar rahmat dan nikmatMu ya Allah..tidak diberi kesenangan kepada hambaNya di dunia, tetapi kesenangan yang akan kekal di akhirat nanti. Teringat kata-kata seorang sahabat semasa sesi muhasabah kami, katanya dalam segala kerja yang kita lakukan letakkan matlamat dan wawasan akhirat di situ. Dan ikhlaskn niat untuk buat kerana Allah dan Rasul, walaupun tiada orang mengetahui dan menghargai apa yang kita lakukan. Jangan sedih atau kecewa kerana kita telah meletakkan wawasan akhirat untuk semuanya dan bukan wawasan dunia semata2.

Mulakanlah dengan menjadikan diri kita penawar kepada mereka, penghidup hati-hati yang gersang…banyakkan memberi dari menerima, biarlah orang tidak menghargai kita asalkan kita menghargai orang lain kerana kelak Allah pasti menghargai kita ..(^-^)

Hari-hari yang mendebarkan bagi saya untuk menghabiskan sem ni ialah bila tibanya final exam. Lagi bebrapa hari saja lagi final exam akan menjelang tiba..makin kuatlah degupan jantung dirasakan dan boleh jadi makin sakit kepala ni. Boleh kata setiap sem saya akan menangis bila nak final exam..bukan kerana sedih atau gembira, tapi entahlah..mungkin rasa pasrah dan inilah masa pengharapan dan pergantungan yang terbaik kepada Allah, setelah kita berusaha sedaya upaya. Rasa diri sangat hina dan kerdil di sisiNya. Kadang-kadang rasa nak menangis bila tak faham sesuatu pelajaran tu, kenapa susah sangat saya nak faham ni…tapi bila belajar subjek agama, senang je nak faham dan hafal..ya Allah..petunjukkah ini??...takpelah, abaikan je..kalu fikir lagi hal ni, mesti rasa nak menangis..huhu..

dan hari-hari yang berlalu sejak akhir-akhir ini sangat-sangat menguji kesabaran saya. kadang-kadang rasa nak marah je. bukan dengan orang lain pun, dengan orang yang rapat dengan saya jugak, sahabat sendiri, mujurlah saya ini seorang yang penyabar, tapi tahap kesabaran manusia ada hadnya.huhu. saya tidak akan marah seseorang melainkan dia tidak tahu tentang sesuatu perkara tersebut, tapi bilamana orang tu lebih arif dari saya, tapi perkara yang simple pun tak dapat nak buat, itu memang sangat-sangat menguji saya.

syahida, belajarlah menjadi seorang yang kuat menahan marah dan bersabar lah ye..
(monolog untuk diri sendiri)..hakikatnya, manusia memang tidak sempurna. hatta saya sendiri pun.

Papers are waiting for me…

> 2 April - Management

> 3 April - UNGS 2030

> 7 April -Anatomy

> 9 April -KOS1110 (Computer in science)

> 10 April-Physiology

> 12 April-molecular Biology

Kepada sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini yang mengenali saya, saya mintak maaf atas salah silap yang telah dilakukan samada sengaja atau tidak sengaja. Halalkan segala ilmu dan makan minum saya, doakanlah saya berjaya dalam final exam ni dan tenang untuk menghadapi segalanya…insyaAllah..

Allah did not promise that life would be easy for us, but He did promise that He will be by our side, in every step we take, as long as we are in His path, SEEKING and HOPING to gain His Mercy and Love.

0 comments: