Sunday, March 8, 2009

Business?..

Alhamdulillah..selawat dan salam untuk rasul junjungan, Muhammad SAW dan para sahabat baginda. hari ni diriku masih lagi bernyawa, dapat lagi merasai nikmat2 Ilahi yang tidak terhitung banyaknya. Ya Allah, hembusan nafas dan kerlipan mataku ini adakah aku dapat membalasnya?sungguh dhaif hambaMu ini. tidak ada apa yang dapat ku balas melainkan dengan beribadah, mentaati dan menuruti segala ajaranMu ..InsyAllah..

Bersyukur sekali lagi kerana saya telah pun hampir menyiapkan assignment management saya semasa cuti ni. setelah lama tertangguh sebab tidak berkesempatan untuk balik rumah dan interview manager2 tersebut.

sekadar perkongsian, kami dikehendaki menemuramah 2 orang manager dari syarikat yang ada title 'Sdn Bhd'..jadi, pagi tadi saya telah pun menemuramah seorang daripada mereka yang merupakan kenalan emak saya. banyak cerita yang dikongsikan bersama. saya yang selama ni tidak pernah pun terbuka hati dan fikiran dlm bidang business ni ,tiba2 rasa berminat pulak lepas tu. insyAllah, andai ada rezki lps belajar ni memasang niat untuk ada business, kalu share dgn kwn2 pun xpe.=) walaupn saya tidak memiliki background business, akaun,ekonomi @ apa2 yang berkaitan dengan bidang ni, tapi tak salah mncuba kn?(^-^) .lagipun bukan ke berniaga tu sunnah nabi kita? bila lg kita nak amalkn?

Dan apa yang saya terkesan dengan kata2 beliau ialah sekarang ni kurang @ xde pun buku2 yang menceritakan tentang ekonomi islam dan sejarah kegemilangn ekonomi islam itu sendri. contohnya semasa zaman Rasulullah berniaga ke syam dan pada zaman saidina Abu Bakar. bagaimana mereka semua ni menjalankan urusniaga sehingga perniagaan mereka boleh berkembang maju. mesti ada teknik dan formula2 business yang kita boleh praktikkan dan menjadi sumber rujukan usahawan melayu islam sekarang kini. disebabkan kita kekurangan sumber yng sebegitu la mnyebabkan kita terpaksa mengambil teori dan konsep dari barat.

antara lain yang beliau sentuh ialah berkaitan nasib orang melayu dalm perniagaan, mereka ni dilihat sebagai orang yang kurang bersungguh2 dan bekerja keras dalam berniaga jika nak dibandingkan dengan orang cina. ini kerna orang cina mengaggap kerjya berniaga sebagai first class, tapi mind-set orang melayu mengaggapnya sebagai second class, sampaikn mereka rasa bekerja sebagai kerani di pejabat adalah lebih baik daripada peniaga pisang goreng di tepi jalan. tapi, hakikatnya peniaga goreng pisang itulah lebih baik sebbnya dia dah membuat salah satu daripada sunnah nabi iaitu berniaga hasil titik peluh sendiri dan lebih mulia kerana dia mungkin terhindar daripada rasuah, riba' dan segala macam penyakit dalam ekonomi kita sekarang.. itu pada pendapat saya.. hakikatnya, Allah lebih mengetahui kebenaran dan kemuliaan seseorang hamba..Waallahua'lam.

lepas habis sessi interview, kami tertukar2 pendangan tentang ekonomi, politik dan grkan islam sekarng ni. beliau menasihatkn, ikhlaskn niat semasa belajar hanya kerana Allah untuk belajar ilmuNya, sebab bila niat belajar hanya untuk exam, lepas habis belajar insyAllah ilmu tu kita akan lupa. huhu.nipun berdasarkn pengalamn peribadi beliau jugak. sedikit tentang gerakn islam kampus, nasihatnya kita kenalah berani tanggung risiko dan jgn terlalu takut. Aktiflah semasa di kamps sebb pengalamn tulah yang akan membantu kita berjuang di medan sebenar nanti. orang yang telah ditarbiah semasa di kampus tidak sama dengan mereka yng ditarbiah di luar. walauapapun, niat paling penting dan istiqamah kita di jalan dakwah ni.



insyAllah Acik yan, lepas habis belajar ni syahida akan pulang menabur bakti di cawangan kita yang tersayang..(^-^)..

0 comments: