Friday, March 27, 2009

Peliharalah hatimu...

Bismillahi wal hamdulillah..

saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang dapat dari sebuah risalah..


Manusia terjerumus ke lembah dosa dan maksiat secara berperingkat. Virus dosa menghakis naluri sedikit demi sedikit. Oleh itu, peliharalah hatimu dari virus2 dosa..


Stage 1 : rasa bersalah dengan dosa

Pertama kali membuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah, mengapa? Jiwa resah kerana diri menentang fitrah manusia yang sememangnya baik.


Stage 2 : Rasa binasa dengan dosa

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dilakukan berulang kali, rasa bersalah akan hilang sedikit demi sedikit. Jka dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan, tetapi tahap kedua ini, tiada lagi air mata. Alah bias tegal biasa.


Stage 3 : Rasa seronok dengan dosa

Dosa itu racun yang disalut kemanisan dan keindahan. Dari tahap rasa biasa dengan dosa, penyakit hati akan meningkat ke tahap ketiga, rasa seronok dan sentiasa mencari peluang untuk melakukan dosa.


Stage 4 : jadi pembela kepada dosa.

Tahap ke 4 yang dahsyat dan tenat ini merupakan satu usaha yang berjaya dilakukan oleh para syaitan. Di tahap kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi sebagai sesuatu yng indah, seronok dan menguntungkan.




Syeikh Ibn Ata’illah memberikan paduan kepada kiata menersi kata-katanya,"sebahagian daripada tanda maatinya hati iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tdak mnyesal jika terbuat satu perlanggaran dosa”.


Rasulullah bersabda," siapa yang merasa senang dengan amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang mukmin” (Riwayat At-tabrani)


Berkata imam al Ghazali : “carilah hatimu pada 3 tempat. Carilah hatimu sewaktu bangun membaca al quran, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakn solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah , pinta hati yang baru kerana pada ketika itu, kau tidak mempunyai hati”





0 comments: