Monday, December 22, 2008

Sekalung penghargaan buat sahabatku...


syukran jiddan ana ucapkan buat sahabat kesayangan ana, Nur Syuhadah binti Izwar Arfani atas banner yang telah dibuat khas untuk blog ana ni..cantik tak?wah..nampak bersemangat nk gi berjuang bila tengok banner ni kn..=)apapun,terima kasih banyak kerana telah meluangkn masa seharian untuk create banner ni..nak bt sendiri tak reti,tu yang mintak adah tlg buantkn tu..hehe..dan syuktan jugak sbb sudi lawat sya kt kuantan ni. sempat lagi singgah sini walaupun masa tu tgah on the way nak balik gombak..walaupn jmpa kejap je, tapi saya sagt menghargainya..lain kali lawat la sya lagi ye..=)..sahabt2 gmbak pun bila nak turun kuantan?..k la,setakat ni dlu post untuk hari ni.sebenarnya tagh tunggu kelas physiology kul 2pm ni..sempat lagi snggah lab comp :p
buat adah dan sahabat2..selamat meneruskan perjuangn untuk sem2 kalian..slm jihad,salam juang!!

Saturday, December 20, 2008

Kembara ilmu...

Pengajian pondok 2008~19Nov-4Dis 2008::Madrasah Diniah Bakriah,Pondok Pasir Tumbuh::

Alhamdulillah..inilah kali kedua ana menjejakkan kaki ke Kelantan, kali ini mempunyai tujuan yg amat besar dan mnjadi impian ana..pengajian pondok di Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh. Walaupun lebih kurang 2 minggu sahaja berada di sana ,tapi pengalaman yg dapat sngat berharga dan tidak akan dilupakan.

Antara kitab2 yg kami pelajari disana ialah matan jurumiah(nahu), matli’ul badrain(feqah), durus thamin(tauhid), kitab masbuq muafiq. Walaupn nmpak banyak,tapi sebenarnya tidak habis pun kami belajar selama 2 minggu..memang tidak cukup. insyaAllah ana menyimpan anganan untuk belajar pondok slpas menghabiskn pengajian ijazah ana di UIA..smg ianya tidak mnjadi anganan semata-mata.

Terasa diri sangat dhaif bilamana berada di sana. Bnyak perkara2 baru yang ditimba sepanjang berada disana dan memang sangat mementingkan adab dengan guru. Itulah kunci kejayaan seorang pelajar yg mana ana rasa susah nak jumpa suasana macamtu kat tmpat lain.apa2 pun mmg banyak pengajaran yang boleh diambil.

Berkampung selama 2minggu bersama sahabat2 adalah satu kenangan manis dan tak mungkin dilupakan. Smg ianya dapat mengeratkan ukhuwah dgn sahabat2 gombak yang sekarang ni jauh di mata.

sesekali kami diuji disana, kebetulan musim tengkujuh melanda kelantan,dan sepanjang berada disana hujan turun tanpa henti. dan yg peliknya,kami lebih brsemangat pergi kelas dengan meredah hujan lebat dan banjir. mungkin ustaz2 dan ustazah kami pun datang mengajar dengan ikhlas. berkat keikhlasan semua, memudahkn kami menuntut ilmu Allah. dan ianya mengajar ana mnjadi seorang yang redha menerima apa saja ketentuan Allah.
gambar2 tak dapat nak masukkn untuk kali ni..InsyaAllah pada entry berikutnya=)

Tuesday, November 11, 2008

Hanya 15 hotel miliki sijil halal?

Isu penyediaan dan makanan halal di Negara kita masih hangat dibincangkan dan tiada noktahnya. Sungguhpun pernah dilaporkan dan diketengahkan oleh media massa serta mendapat respon balas orang ramai, hokum ‘halal & haram’ masih dikesampingkan sedangkan ia satu tuntutan agama yg jelas dalam Al Quran antaranya dalam surah Al Baqarah dan Al Maidah.

Lebih mengejutkan , hasil maklumat dan semakan yg diperoleh pada 20 Oktober yg lepas, daripada ribuan hotel di seluruh Malaysia hanya 15 buah sahaja yg mempunyai sijil halal daripada JAKIM dari sudut penyajian dan penyediaan makanan (sila rujuk www.halal.gov.my)

menurut direktori halal di lama web jakim, hanya 5 buah terdiri daripada hotel yg berpusat di Kuala Lumpur manakala bakinya daripada ipoh, sabah, Sarawak dan negeri2 lain yg mendapat sijil halal

Tanpa disedari, umat islam samada secara individu, syarikat mahupun NGO islam ataupun parti politik seringkali menganjurkan pelbagai majlis di hotel2 terkemuka di seluruh Negara yg turut menyajikan hidangan makanan kepada penganjur yg meragukan dari sudut status pengesahan halalnya.

Ini termasuklah menganjurkan majlis brbuka puasa, majlis hari raya, majlis perkahwinan dan sebagainya di hotel2 sedangkan ianya mengundang persoaln samada sajian maknan yg disajikan halal atau sebaliknya.

Lebih mendukacitakn adakalanya program2 yg dianjurkan di hotel2 yg diragui halal dari segi makanan dan penyediaannya turut menghidangkn makanan kepada tetamu ty beragama islam termasuklah tokoh2 terkenal dan tokoh2 agama yg menghadiri majlis tersebut.

Samada meremehkan atau terlepas pandang , kebanyakan pelanggan hotel beragama islam tidak langsung menyelidiki atau mendapatkan pengesahan samada makanan di hotel terbabit mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Hanya berpandukan menu hidangan tradisi melayu seperti nasi goreng, rendang ayam atau kari daging belum tentu ianya menjamin halal sesuatu makanan itu.

Antara persoalan yg berbangkit ialah ramuan makanan itu yg mungkin bercampur dngan bahan yg ditegah oleh syarak seperti arak dan babi termasuklah penggunaan peralatan masakan dan makanan yg diragui tercemar dengan bahan yg diharamkan oleh agama islam sendiri.
Beberapa orang chef pernah mendedahkan sebelum ini di media bahawa beberapa sajian makann yg terdiri daripada ramuan arak ialah seperti sup, kek, desert dan makanan barat manakala sos dan pencecah ayam goring dan daging panggang juga dikhuatiri daripada bahan seperti minyak babi.

Selain itu dikhuatiri juga mesin pengisar di dapur hotel2 yg dikatakan mencampurkan semua jenis daging di dalam satu mesin termasuklah daging babi manakala tidak diasingkan peralatan seperti pinggan mangkuk dan cawan yg telah digunakan untuk menyajikan makanan terlarang seperti arak dan babi.

Jakim menjelaskn dalam lamannya bahawa ‘makann halal’ yg perlu mndapat mengiktirafan sijil halal mstilah mempunyai ciri2 ataupn syarat2 seperti brikut :

a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa2 bahagian atau benda dari binatang yg orang islam dilarang dari memakannya atau yg tidak disembelih mengikut hokum syarak.

b) tidaklah mengandungi apa2 benda yg di hokum sebagai najis mengikut hokum syarak.

c) tidak disedia, diproses atau dihidang dengan menggunakn apa2 alat yg tidak bebas daripada banda2 najis mengikut hokum syarak.

d) tidaklah dalam masa menyedia ,memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dgn apa2 makanan yg tidak memenuhi kehendak perenggan a,b,c. atau apa2 bnda yg dihukum sebagai najis menurut syarak.

Dalam piawaian halal jakim menyatakan bahawa mana2 dapur yg disahkan halal hendaklah diadakn pengasinagn yg menyeluruh , tidak boleh bercampur dgn dapur yg tidak halal meliputi dari segi stor penyimpanan barang2 mentah, coldroom, freezer, dapur,peralatan memasak,peralatan makan dan minum, sudu garfu, cawan, sinki , peralatan membasuh dan pekerjanya (tukang masak) hendaklah muslim.

Amat memalukan apabila kerajaan bersungguh-sungguh memperkenalkn Malaysia sbagai ‘halal hub’ dan mempromosi makanan halal Negara namun hanya 15 buah sahaja hotel di Malaysia yg ‘mengizinkan’ rakyat yg beragama islam mnjamah dan menjamu selera tanpa syak wasangka.
Itu kategori hotel..bagaimana pula dengan produk makanan di resort, restoran, medan selera, cafeteria, kedai kek dan pastry, restoran makanan segera, pasaraya dan premis perniagaan yg lain?.....tepuk dada,tnya iman..

Dipetik daripada analisis Azamin Amin, Harakah 24-26 Oktober 2008

Sunday, November 2, 2008

CFSIIUM Dalam kenangan..


Alhamdulillah,selama2nya kesyukuran ke hadrat Allah atas nikmat iman dan islam yg dikecapi sehingga saat ini..dah 2 minggu dok kt rumah,akhirnya selamat jugak ana habiskan sesi pengajian asasi di CFSIIUM (Centre For Foundation Studies IIUM)..lega rasanya dah habis final exam yang menandakn tamat jugalah ana belajar setelah 2 tahun study di situ. InsyaAllah kalu takde aral melintang,bulan disember ni akn sambung degree di UIA kampus kuantan. Sekarang nipun dlm dilema,Pening juga xtahu nak pilih course apa nanti..biotech?biomedic?...”Ya Allah,Kau berilah petunjuk dan pilihan yg terbaik untukku”. Kadang2 rsa mcm sedih pula nak tinggalkn adik2 kt pj..tp, xpela,perjuangn perlu diteruskn.byk lagi yg perlu dikorbankan lepas ni. Bila teringat kembali saat belajar semasa di cfsiium, mmg banyak kenangan manis n pahit bersama sahabat2 yg tak dapat dilupakn. disinilah bermulanya ana mengenal erti jihad n perjuangn dakwah, disini jualah ana banyak mengenal erti hidup yg sebenar, menempuh mehnah dan tribulasi dlm perjuangn mahupun dlm akademik dan segala macam perkara yg boleh diambil pengajaran untuk menghadapi kehidupan n hari akan mendatang. Sebelum masuk kuantan, ada lbh kurang 2bulan cuti..lma juga tu, emm..nak buat ape ye?..insya Allah akn dimanfaatkn cuti ni sebaiknya..

Tuesday, September 23, 2008

Sujud terakhirku...


Dlm sujud terakhirku,Ya Allah..
ku teriakkan asma’Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dlm diriku ini,
Dlm sujud terakhirku Ya Rabbi...
aku menangis sejadi-jadinya,
biar kering air mata ini,namun basah lading hati yang gersang.
Dlm sujud terakhirku Ya Rahman...
ku lihat semua dosa yg membayangiku,
kelam mencengkam jiwa yg lusuh...
Dlm sujud terakhirku Ya Rahim..
biar aku patah dlm cahayaMu..
biar aku musnahkn titik2 kemunafikanku,
agar aku kmbali dlm pelukan hidayahMu..
Dlm sujud terakhirku..
biarlah aku hirup nafasku sekali lagi,
hanya untuk mnyebut namaMu dan kekasihMu tercinta..
Allahuakbar !!
Lailaha illaAllah, Muhammad Rasulullah..

Rindu manusia vs Rindu Allah...


Sbenarnya lama dah tulis post ni,tapi asyik tak smpat je nk mskn dlm blog..alhmdulillah..akhirnya..

Beberapa hari yang lepas,sahabat2 kuantan turun KL. Mereka pn mengambil kesmpatan untuk melawat ana kt pj ni..Inilah saat yang ditunggu-tunggu,terasa sgt rindu dgn shbt2 yg sama2 ditarbiyah, yg sma2 kne marah ms tamrin , sma2 handle program dan segala susah dan senang bersama. Akhirnya terubat jugak kerinduan ana terhadap shbt2. Inilah dia rabitah hati kerana berukhuwah fillah dlm sma2 berjuang, tak sama dgn org2 yg berkumpul kerna urusan dunia.Dan tanpa disedari,ketika bersalam dan mendakap shbt2,tiba2 air mata mengalir membasahi pipi. Satu perasaan yg tak dpt nk diungkapkn,dan perasaan ni jugak la ygy ana rasai selepas kami selesai TQ adik2 dlu. Hiba,sayu,sedih,terharu,rindu,gembira dan sebagainya. Lantas lidah dan hati mengungkapkan kalimah syukur atas rahmat dan kasih sayang yg Allah beri untuk berjumpa shbt2 wlpn hnya seketika. Mungkin lpas ni ana tak dapat lagi peluang ini. Air mata kesyukuran dan kerinduan kepada sahabat2 ana.. Dan, ana pn terfikir...alangkah bagusnya kalau inilah perasaan yg dpat dilahirkn sewaktu kita berjumpa dgn Allah dlm solat n ibadat2 lain. Boleh mngalirkn air mata swaktu solat, khusyuk merintih memohon doa...Kerinduan seorang hamba kepada Tuhannya..yelah,mcm perasaan seseorang bila berjumpa dgn kekasihnya la kn..rindu,gembira dll..tp kdg2,takde pn perasaan tu bila kita solat kn?...knp agaknya ye?mungkin dlm hati kita ni masih lagi terselit perasaan riya’,bongkak,angkuh dan sombong terhadap Allah. Merasa diri akulah yg paling busy,byak bt kerja2 untuk islam tanpa kita sedari kita telah menzalimi diri sendiri..sama2lah kita bermuhasah diri. Ambillah peluang Ramadhan yg tinggal setengah ni untuk perbaiki diri mnjadi hamba yg rabbani dan bukan hamba Ramadhani..Dan bilamana hubungan kita dgn Allah terjaga,InsyaAllah hubungn kit sesame hambaNya jugak akn Allah redhai...
Bila shbt2 bertolak balik lps 2, tinggallah ana dgn shbt2 kt sni meneruskn perjuangn. terasa sayu n hiba. bila kn lagi dpt bertemu mereka. Dlm keadn sedih bercmpur hiba n bad mood kerana tak berapa sihat sebenarnya hari tu.,seorang sahbt mngajak ana buka puasa kt luar, bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ya Allah,betapa besarnya rahmatMu kepada hambaMu yg hina ni. Yelah,sape yg tak nak buka puasa dgn Tuan Guru,lagi2 dia slh sorang pemimpin idola ana. Di saat bersedih,Allah gantikn sesuatu yg menggembirakn (^_^)...Akhirnya ana pn bersetuju dgn pelawaan sahabat td n sgt gembira kt sna bila jmp shbt2 gmbak pulak mlm 2...Ana bersyukur dan bertuah kerana dikurniakn shbt2 yg begini. Sush dan senang bersama,slng memahami wlpn sebenarnya mereka tak tau pn keadaan ana sebelum tu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang..Walllahua’lam..
Kadang2 Allah hilangkan matahari, sekejap kemudian Allah datangkan petir dan kilat. Puas kita menangis, mana matahari? Rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik=)

Thursday, September 11, 2008

Pemergian yg tiada gantinya..

setelah lme tak post sesuatu dlm blog ni,akhirnya ter'post' jgk..
9 Ramadhan 1429 H…bersamaan 9 September..memberi sribu makna dlm hidupku,pemergian seorang sahabat n kakak yg sma2 berjuang utk Islam,Allahyarhamah Siti Hajar izham..Dlm pkul 12 am lbh mlm tu,sy dpat call dari shbt di gmbak..dlm tngisannya dia memberitahu k.hjr dh mninggal dnia sbntar td..Ya Allah,lemah longlai rasa diri ini seakn tidk percaya.dah la baru2 ni byk dgr berita kematian org lain n yg terbaru pula plak kes bdk kt pj ni..dan tak sangka2,berita shbt sendiri meninggal..Ya Rabbi,Kau sgt berkuasa mngatur segalanya.baru sbntar td sy sdg sibuk mngemas bazaar kami n siap2 utk balik..tulah hari first sy dan adk2 kt pj ni bkak bazaar ramadhn.lantas, sy terus bagitau berita tersebut pd shbt di kuantan..tak lme lps tu plak,Azrol msg ajak sy gi lwt arwah.ktnya kejap lg fathi dtg jmput.dlm kul 1.45am,shbt2 gmbak jmput sy n bbrpa shbt kt pj ni untuk melawat arwh kt umahnya.sampai je kt umahnya, jmp shbt2 gmbak,persaan hiba n sebak tak dpt nk tahan.bila g umah arwah,mmg byk kenangn bersamanya..terutamanya kenangn bersamanya dlm ISIS..teringat wktu kami sme2 berusrah,bkak gerai utk taaruf week,jamuan isis,siap tido kt umah dia lg..shbt sy,ain shaharudin..dah xdpt kawal persaan..kmi sgt2 terasa khilgn beliau,kalu sblm ni,ada ape2 program nisa’ @ muslimat negeri,kami akn pegi sekali n janji nk jmp kat sne..tp skrg,sy dan ain shj la yg jd peneman..sblum balik,smptlh mngucup dahi n menatap wajah arwah bt kali terakhirnya..trasa sejuk n tenang je..dlm kul3.30am,kami pn bertolak balk asrama...dgn xckup tido+ltih seharian mnguruskn gerai+x tahan sebak n sedih..pg 2 dlm lab physic mmg xdpt nk focus.dah la experiment 2 susah,hu2.akibatnya group sy jd last group balik sbb xsiap report lagi..ptg tu plak ad quiz math,dgn keadn study last minitnya,dptlah jgk jwb wlpn seharian emosi tak stabil lagi teringatkn arwah..kali terakhirnya jmp beliau wktu sy short sem n Alhamdulillah bbrpa minggu lpas sy smpt call dia,waktu 2 shbt2 gmbk tgh melawt dia kt umh..dia minta sy doakn utk ksihatan dia..ssghnya,k.hjr mmg seorg yg tabah.dlm prjalann balik slps melawt arwah mlm 2,teringat dia pnh kata kt sy n shbt2 isis,kalu blh dia nk bt usrah@liqa isis dgn adk2 wlpn kami dh gi main cmp.dia bersedia utk jdikn rumahnya tmpt ktorg berkumpul n bersedia masak utk kami.. kdg2,rasa seakn2 tak percaya yg k.hjr dah pergi meningalkn kami..tp,knelah jgk trima hakikat,stp yg bernyawa pasti akn mati.mgkn ms ni gilirn beliau..mane tau laps ni giliran sy plak..tak mustahil,kn..mgkn lps sy post entry ni dlm blog,malaikt ‘izzrail dh bersiap nk cabut nyawa..ya Allah,ampunknlah segala dosa2ku..dlm keadn sayu n hiba menanagisi pemergian arwah,terselit seribu hkmah yg Allah kn berikn dan hnya org2 yg berrfikir shj dpt mmahaminya.Allah lbh mnyayangi arwah,sbb 2 dia pergi dlu..kita yg msih hidup ni x tau lg setakt mane kasih syg Allah kepada kita..jgnlah nikmat usia yg ada ni diisi dgn kemaksiatn.. Nau’zubillah min zalik..smg arwah n kita semua tergolong di klgn org2 yg beriman..jadilah kita apbila dilahirkn,org gembira mnymbut klahirn kita,tp kita menangis.dan bila saat kematian plak,org menangis tp sebalikny kita gmbira mnghadap Allah.InsyAllah..