Thursday, March 3, 2011

martabat ilmu


Ibn 'Abdul Bar telah meriwayatkan dalam kitab Al-Ilmu daripada Muaz bin Jabal Radiyallahu'anhu yang telah berkata, Rasulullah SAW bersabda :

Kamu pelajarilah ilmu, sesungguhnya ilmu itu sekiranya kamu pelajari kerana Allah adalah membawa takut kepada-Nya, menuntutnya adalah ibadah, mengulangkajinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak mempunyainya adalah sedekah, menghabiskannya untuk keluarga adalah mendekatkan sebab ia adalah tanda-tanda bagi mengenal halal dan haram, penerang jalan ahli syurga, dia adalah teman ketika keseorangan, pencakap dalam ibadah, penunjuk ketika suka dan duka, senjata terhadap musuh dan perhiasan ketika kesunyian. Dengannya Allah mengangkat beberapa darjat kaum dan menjadikan mereka pemimpinn pada kebaikan yang boleh dijejaki kesan mereka dan boleh diikuti tingkahlaku mereka dan boleh dibuat keputusan melalui pendapat mereka.


* terkesan dan terkesima seketika selepas membacanya didalam buku Tasawwur asasi gerakan islam. ada kaitan dengan sejarah lama. Ya Allah, tunjukkanlah jalannya.

0 comments: