Thursday, March 3, 2011

kuasa istikharah



Jika dulu hati berbolak-balik samada mahu memilih hendak mengambil jurusan
bioperubatan @ bioteknologi...
Alhamdulillah, hasil istikharah dan petunjuk Allah, bioperubatan menjadi pilihan!


Jika dulu, hati gusar dan risau, dimanakah tempat praktikal yang terbaik untukku
Hospital Besar Klang @ hospital sabak bernam @ hospital tanjung karang...
Alhamdulillah, hospital tanjung karang adalah jawapan istikharahku..


kini, hati berbolak-balik lagi apakah "concentration" yang perlu dipilih untuk tahun akhir pengajianku pada semester depan nanti..

Clinical & pharmaceutical research (CPR)..?
Environmental health..?
Industrial health..?

Semoga pilihan nanti adalah yang terbaik untuk perjuangan Islam, dakwah, kerjaya, keluarga dan diriku..

Ya Allah, berilah hidayah dan petunjukMu dalam setiap apa yang aku lakukan. Semoga jalan hidupku tidak lari dari landasan-MU..

Amalkanlah solat istikharah selalu kerana terlalu banyak pilihan-pilihan yang perlu dibuat dalam hidup kita. Bukan sekadar hendak memilih calon pasangan hidup, malah sekecil-kecil perkara pun seharusnya perlu disandarkan pada petunjuk istikharah. Hanya mengharapkan keberkatan dalam setiap tindakan dan keputusan yang diambil.

Allah sebaik-baik perancang!!

mode: bertenang dalam keserabutan diri, menunaikan amanah kepada Allah sebagai hamalatul quran sebaiknya. Menunaikan hak-hak yang masih lagi tidak tertunai semampunya sebelum diri ini menghadap penciptaNya . insyAllah

0 comments: