Sunday, November 14, 2010

Mencari hati yang redha


14 November 2010

Kuliah maghrib, di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Tajuk : hati yang redha
kitab : tak pasti kitab apa..huhu

Redha dengan bala yang menimpa kita, haruslah memandang dan melihatnya dengan akal yang waras. Secara tabiatnya, kita akan benci. Tapi secara akalnya kita akan redha dengan sebab kita mengetahui akan besarnya pahala yang dapat apabila kita redha dengan bala tersebut.

Sebagai contohnya, seorang yang sakit, dia redha dengan makan ubat yang pahit dengan tujuan untuk sembuh kerana secara adatnya ubat dapat menyembuhkan penyakit. Tidak kira walaupun ubat itu mahal sekalipun.

Begitulah juga perumpamaan bagi orang mukmin yang ditimpa musibah/bala, mereka merasa selesa dengan taqdir Allah ini kerana di sebalik kesakitan, Allah nak bagi pahala. Perlu i'tiqad dalam hati, setiap sesuatu yang Allah buat, ada hkmah yang tersendiri, apabila kita faham hal ini, ia akn membawa kita kepada redha.

Ustaz ada membawakan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir di dalam surah al kahfi. Terlalu banyak persoalan Nabi Musa kepada Nabi khidir pada setiap peristiwa yang mereka temui. Akhirnya, Musa mendapat juga jawapan pada setiap peristiwa tersebut. (boleh rujuk tafsir surah al-kahfi bermula ayat 58 dan seterusnya)


Melahirkan sifat redha dalam diri tidak semudah seperti yang disangka. Perlu melatih diri. Kerana kebiasaanya walaupun kita redha, tetapi dalam hati masih ada lagi sedikit perasaan tidak puas hati/perasaan tidak senang itu.

Ada Satu lagi kisah yang Allah datangkan semasa zaman nabi dlu untuk renungan kita. Ada seorang kaya kehilangan duitnya sebanyak 1000 dinar dalam perjalanannya semasa berhenti rehat di suatu tempat. Kemudian, datang orang kedua, (pencuri) yang smpai ke tempat itu lantas mengambil karung duit yang dia jumpa itu dan terus sahaja berlalu dari situ. Selepas itu, datang pula orang ketiga, iaitu seorang miskin datang berehat, minum air dan akhirnnya terlelap di tempat tersebut. Kemudian, apabila orang kaya itu menyedari bahawa kantung duitnya itu tercicir di tempat rehat itu, dia lantas berpatah balik dan mendapati orang miskin itu sedang tidur dan terus sahaja menanyakan tentang duitnya yang hilang, akn tetapi orang miskin itu tidak tahu menahu akan hal itu. Lantas orang kaya itu terus membunuh orang miskin yang tidak bersalah itu. Anda fahamkan kisah ini? maaf la kalu tak pandai nak bercerita..huhu

Apabila sahabat-sahabat mengetahui hal ini, maka mereka pun datang bertanya kepada Nabi mereka kenapa orang miskin yang tidak bersalah itu dibunuh sedangkn pencuri yang sepatutnya terus lepas begitu sahaja. Maka, mereka seakan-akan tidak berpuas hati dengan Allah akan nasib mereka2 yang terlibat ini.

Namun, Nabi pun bertanya kepada Allah, apakah hikmah disebalik kisah ini?

Maka Allah menjawab, bahawa dahulunya ayah kepada orang kaya itu telah dibunuh oleh orang miskin tersebut. Maka sekarang, anaknya telah pun membunuh siapa pembunuh ayahnya dahulu sekalipun orang kaya itu tidak mengetahui perkara ini.

Allah menjawab lagi, bahawa ayah kepada orang kaya itu juga dahulunya pernah mencuri duit orang lain sebanyak 1000 dinar. Maka, sekarang anaknya menerima balasan kehilangan duit juga pada jumlah yang sama.

Adilkan Allah? Tidak menimpakan balasan itu pada orang yang sebenarnya dan pada masa itu, tetapi Allah berikan balasan itu pada orang2 yang ada kaitan dengannya. Maksudnya, kita menerima tempiasan atas amal baik atau amal buruk sesorang.


Bnyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah, dengan itu kita akan memperoleh hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku.

Next tajuk : Ingat akan mati, menjadikan kita hamba yang kuat beramal

p/s : masih teringat2 lagi kuliah tasawuf, kitab Tajul 'urus oleh ustaz fuad di madrsah kubur, pondok pasir tumbuh. Menggamit rindu akan saat itu, insyAllah road to kelntan.


Iktikaf hamba
8 Zulhijjah 1431 H
kamar Arrahman

2 comments:

Unknown said...

jd k pi pondok? bila?

iman sayyidah said...

insyAllah dalam perancangan...lpas sem2 nnti. sblum praktikal, masa short sem..nk ikut ke? jom...