Sunday, November 7, 2010

Ya Allah..cukuplah inzar itu..

(Tanah perkuburan baqi' yang secara harfiah 'al-baqi' bererti taman pepohonan. Dikenal juga sebagai 'Jannat al-baqi')

Saat ini gerimis kembali membasahi bumi kuantan di pagi ahad, belum sempat embun pagi kering, rintk-rintik hujan sudah mula membasahkan kembali tanah.

Saat ini jugalah saya mendapat berita pemergian nenekku yang tersayang, tatkala saya sedang I’adah untuk exam tahfiz pada esok hari. Bercucuran air mata mengenangkan. Tambahan pula abah berkata, tak perlulah balik rumah kerana saya tengah minggu exam skrang ini. Masih ada lagi 5 exam yang belum selesai.

Ya Allah, cukuplah inzar itu…seminggu dua ini saya sudah mendapat banyak berita kematian, antaranya ayah kepada sahabat saya,wan maizatul akmal (uia Gombak), ayah kepada kak farah (uia kuantan), datuk kepada Fatimah amirah, seorang sahabat seperjuangan di kampus uniten yang juga merupakan ex-polisas dan beberapa orang lagi. Kini, mendapat berita kematian ahli keluarga saya sendiri. Patutlah hati rasa tidak tenang, rupanya ada suatu perkara yang akan berlaku. Jika sebelum ini, tiada air mata yang mengalir, namun kini bukan setakat air mata yang mengalir, perlu tabahkan hati juga tambahan pula sekarang sedang fatrah final exam.

Terasa sedih bila mengenangkan tidak banyak masa dapat diluangkan bersama nenek kerana berjauhan tempat belajar, terasa kesal juga kerana kali terakhir pulang ke rumah selepas cuti raya dulu tidak dapat bermesra lama dengan nenek kerana kesibukan kenduri walimah kakak dan abang saya. Bila saya pulang ke rumah, emak pasti akan mengkhabarkan perkembangan terkini nenek pada saya dan menyuruh saya menziarahi nenek kerana saya jarang pulang ke rumah.

Saat ini barulah saya mengenang kembali kenangan bersama nenek, semasa kecil suka berjalan ke rumah nenek bermain-main dengan sepupu saya. Rumah nenek bersebelahan dengan rumah saya. Bila menghantar makanan ke rumahnya, saya pasti akan mencari dan menegur nenek. Ketika itulah nenek akan bertanya, lama tak nampak saya, bila balik cuti, berapa lama lagi nak habis belajar dan macam-macam lagi pertanyaan dia. Kini, tiada lagi nenek yang akan bertanya soalan-soalan itu semua.

Nenek sudah lama sakit. Saya pun tidak pasti apa penyakit sebenar dia, yang pasti banyak jugalah. Mungkin saya boleh katakan dia sakit tua. Sebelum ini, nenek pernah dimasukkan ke hospital dan ramai anak cucunya datang melawat. Kali terakhir saya jumpa nenek dia sudah boleh berjalan sikit dengan bertongkat, kadang-kadang dia tidak boleh bangun, hanya terbaring sahaja.

Jika sebelum ini apabila makcik-makcik bertnya, saya ambil jurusan apa, saya katalah bioperubatan. Ada pula yang respon “nanti jadilah doctor, boleh rawat dan kaji penyakit nenek”. Saya hanya tersenyum dan mengangguk sahaja. insyAllah, abah juga pernah berkata perkara yang sama pada saya;

“kau jadilah doctor, Nanti bila mak abah dah tua dan sakit, senang la nak rawat”.

Ohh..tidak!! ayat-ayat yang saya tidak boleh dengar sebab mesti akan rasa sayu, sedih dan hiba. Because of..

I’m not become a doctor…huhu..

Saya sayang nenek, semoga nenek ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Semoga dirimu tenang dan aman di sana.

Sayangilah orang disekeliling anda selagi mereka masih ada...nikmat pertemuan di tangan Tuhan

Setiap yang bernyawa, pasti akan mati. Janji Allah itu benar lagi pasti. Ya Allah, cukuplah peringatanMu itu buatku. Semoga aku tidak lalai dalam mentaati-MU..

Kini, kering sudah air mata. Berhajat mahu menyudahkan study RKUD (philosophy of science) dan beralih ke nota-nota biostatistics pula..

doakan semoga saya berjaya untuk final exam ini. Wallahua’lam


Catatan di kala heningnya dhuha,

7 November 2010

Kamar Arrahman


0 comments: