Monday, December 14, 2009

I am full time daie for Islam!

Salam alaik..

ambil masa sekejap untuk tulis dalam blog ni. Last week agak busy dengan kelas. Al maklumlah, semangat sem baru tu masih ada. Ni belum lagi ada lab session. kalu x, tiap-tiap petang exhausted lpas habis lab.

Hujung minggu lepas, berkesempatan bermusafir ke KL. sempat juga singgah balik rumah selepas program di HUKM.

Ada satu cerita nak kongsi di sini..semasa menunggu bas di kompleks PKNS Shah Alam untuk ke Klang, saya ternampak seorang kakak ni. xtau sape nama. Saya pun terus jela pelawa dia duduk sebelah saya. Then, borak-borak sikit. Saya tegur dia dulu. Agak peramah jugak nmpaknya. Emm, dalam hati rasa gembira jugak. xtahu kenapa.

Alhamdulillah, saya bersyukur. kerana dapat menjalinkan kemesraan dengan akak tu. walaupun xlah mesra sangat. Dia siap bayarkan tambang bas saya lagi!...sebab saya xda duit kecik masa tu..hehe.

Personally, saya pun agak terkejut dengan perkembangan diri sendiri, kerana diri ini boleh pulak senang berbual dan menegur orang yang tidak dikenali, berbeza dengan sifat sy sebelum ni. Agak susah untuk menegur orang di tempat terbuka, lagi2 masa tu saya hanya bersendirian. Alhamdulillah, saya telah berjaya memecahkan tembok pergaulan sosial saya dengan mad'u..

walaupun pada ketika itu penampilan saya jauh berbeza dengan kakak tu. saya dengan bertudung labuh, berjubah dan berniqab. Manakala kakak tu hanya ber t-shirt, seluar jeans dan tidak bertudung. Namun, pertama kali tengok beliau, timbul satu perasaan yang sangat simpati, saya memandang beliau dengan kasih-sayang. Terasa lemah diri ini. Bagaimanakah aku ingin menghidupkan hati-hati disekelilingku ini? andai hati sang penulis ini juga mati? Nauzubillah..

Walaupun masa tu saya x sempat pun nak dakwah kakak tu, dengan memberi input-input tentang agama ke.., tapi dengan tindakan saya yang sangat sedikit itu mungkin dapat memberi secebist nur iman di hatinya. InsyaAllah.

Apa yang saya nak tekankan di sini ialah, jangan kecilkan ruang lingkup kita sebagai daie. Teruslah menjalinkan kemesraan dengan mad'u-mad'u anda di luar sana. Kerana, apa yang saya lihat, ada sesetengah daie masih lagi terasa janggal untuk 'masuk' dengan orang-orang yang tidak se'angkatan' dengannya. Biasanya muslimat, janganlah kerana antunna bertudung labuh, berjubah dan mungkin ada juga yang berniqab, bukan alasan untuk kita jauh dan susah untuk bercampur dengan mad'u di luar sana.

Alhamdulillah, saya telah buktikannya. Semoga kekuatan yang ada pada diri ini akan terus berkembang seiring berkembangnya dakwah yang telah dilakukan. Ameen..InsyAllah.
Sahabatku, disekeliling kita terdapat banyak hati-hati yang kosong dan rindukan sentuhan iman dari teman yang soleh. Mulakan dengan menjadikan dirimu penawar kepada mereka semua, penghidup hati-hati yang gersang...banyakkan memberi dari mengharap..biarlah kita tidak dihargai, asalkan kita menhgargai orang lain kerana kelak Allah pasti menghargai kita..