Tuesday, December 1, 2009

Disini aku bermula...

Semalam, kembara ukhuwwah bersama 2 orang sahabat seperjuanganku..farahah dan abidah. Xde la kembara sangat pun, cuma berziarah ke dua tempat yang sangat bermakna dalam hidup saya. Tempat yang telah melakar sejarahnya yang tersendiri dan tempat yang telah menjadikan saya 'insan' sehingga saya boleh sampai ke tahap sekarang ini.

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam (aka Samttaj)

Center For Foundation Studies IIUM, Petaling Jaya..(aka matrik uia)



inilah tempat bermulanya proses pentarbiyah buat saya. Walaupun cuma 2 tahun saya belajar di Samtaj, namun saya sangat sayang pada sekolah ini. Biah solehah yang terbina di situ berjaya menyentuh hati saya. Walaupun letaknya sekolah ini di tengah2 bandar Shah alam. Sedikit sebanyak pengaruh persekitaran turut memainkan peranan. huhu. alahai sekolahku..
mungkin juga di sinilah saya mula belajar tinggal di asrama, suasana sgt berbeza sebelum ini bila saya duduk rumah. (semasa form 1-3)

bila tinggal di asrama, aktiviti kerohanian saya agak terjaga. Mungkin juga kerana peraturan sekolah dan asrama yang memaksa begitu. namun, saya sangat bersyukur, sekurang-kurangnya saya berjaya menghafal ma'thurat dalam masa 2 minggu bila masuk sekolah ini. Dan, hari-hari seterusnya di sekolah itu , saya jadi semakin baik. (antara org yang skema dgn peraturan..huhu).
Alhamdulillah, disinilah saya mengenali erti kehidupan, tarbiyah ruhiyyah dan sebagainya.

(Blok B)

Hubungan dengan cikgu-cikgu sangatlah dijaga, apatah lagi dengan sahabat2..dan yang paling penting, pelajarn saya sangat baik ketika itu. Mungkin berkat doa mak abah dan cikgu2 membuatkan saya dapat belajar dengan tenang. Alhamdulillah, perpindahan saya ke sekolah ini selepas PMR ada hikmahnya yang tersembunyi. Baru sekarang saya menyedari apa hikmah tersebut.

kembali semula ke sekolah itu setelah 4 tahun meninggalkannya. (sebenarnya setiap tahun saya akn luangkn masa melawat sekolah)
semalam, bersama-sama berkongsi cerita dengan adik2..seronok jmp mereka. Rasa nk berkongsi semuanya. kudus je melihat wajah adik2 ni..mesti kurang melakukan dosa berbanding diri ini. Apa2 pun, inilah adik2 saya yang bakal menjadi penyambung mata rantai perjuangn Islam nanti. Dalam liqa' yang seketika itu, sempat saya menyampaikan amanat buat adik2 ni.

Cabaran di luar jauh berbeza dan menuntut seribu pengorbanan. Dunia yang lebih mencabar dan memerlukan kekuatan rohani dan jasad untuk menghadapinya. Dunia yang telah menenggelamkan manusia yang lalai. Dunia ini jugalah yang telah membangunkan dan menjadikan seseorang itu berjaya dan hebat bagi mereka yng mengerti tuntutannya.

(pintu masuk Samttaj)

seterusnya, bermentaliti dan berjiwa daie harus ditanamkan dalam diri sebagai seorang pelajar sekolah agama. Dengan basic-basic ilmu agama yang dimiliki mampu dikongsi bersama orang-orang di sekeliling kita dan harapnya walaupun dengan sedikit ilmu itu dapat menyinari hidup insan-insan yang memerlukan.

Mendedahkn serba sedikit cabaran hidup sebagai mahasiswa di alam kampus. the new world dan inilah kehidupan saya sekarang. huhu. Harapan yang tinggi telah dititipkan buat mereka agar berjaya menjadi "produk" Samtaj yang membanggakan dan dapat memartabatkan Islam. InsyAllah.



Misi seterusnya ke matrik uia pj..ingin bertemu dengan seorang junior sekolah saya untuk berbincang berkenaan program sekolah. melangkah masuk ke situ mengingatkan saya kenangan selama 2 tahun setengah di sini. Banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan, suka duka bersama sahabat-sahabat seperjuangn. Disinilah juga bermulanya proses pentarbiyah saya secara langsung. Usrah, liqa' dan majlis-majlis ilmu yang banyak akhirnya dapat menyuburkan iman di hati ini.
(Al-Malik faisal hall)

Mengajar diri ini erti perjuangan Islam, kesabaran, pengorbanan yang harus dibayar, ukhuwwah bersama sahabat-sahabat, hubungan dengan lecturer, mad'u dan sebagainya. Pengalaman mengajar kita segalanya. Menjadikan diri ini lebih matang dan rasional dalam setiap tindakan (emm, yeke ni?)..Disinilah juga permulaan saya mengenal alam kampus sebagai seorang mahasiswa.
(main entrance cfs iium)

untuk akhirnya, sejuta penghargaan dan terima kasih buat semua sahabat yang banyak membantu saya untuk mencari makna diri ini..ukhti farahah, abidah, syukri..tanpa antum semua ana x mampu untuk melakukannya sendirian.

tidak lupa juga buat sahabat2 uia, zai, adah, syera dan yang lain..syukran atas segalanya.

Kembara ukhuwwah : menyelami hakikat perjuangn...mengimbau kenangan semalam...mengutip bunga-bunga cinta Ilahi dalam menyelusuri perjalanan hidup ini.. Disinilah aku bermula....

0 comments: