Monday, November 30, 2009

Adab memotong kuku

Salam alaik...

lama sungguh tidak menulis dalam blog ni. emm, atas alasan yang tidak dapat elakkan atau alasan yang sengaja di rekacipta. huhu.

sedang mencari-cari bahan untuk menyiapkan handout untuk Program Anakku Sayang pada hari khamis ini, terjumpa beberapa artikel menarik untuk di kongsi bersama.

....Adab memotong kuku...

kalau kita lihat, nampak simple je kan adab ni, tapi insyAllah ianya menjanjikan keberkatan dan kerahmatan Allah buat sesiapa yang mengamalkannya.

Barangsiapa yang memotong kukunya pada :

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuknya sihat.

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, potong kuku bukan sekadar potong, tapi ada kaedahnya. Walaupun ianya hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari anggota badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu di tempat yang bersih sebagaimana yang diajar, eloklah dibuang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah.

Mulakan memotong kuku dengan membaca bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dengan jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan. Kemudian, jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, bermula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang setakat ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahua’lam.


p/s : sekurang-kurangnya entry saya pada kali ini dapat membawa pembaca menghargai dan mensyukuri salah satu daripada anggota badan kita iaitu "KUKU"...anatomically, kuku sangat berperanan dalam melengkapkan proses dalam tubuh badan kita. berdasarkan ilmu yang dapat dalam kelas anatomy II sem lepas..hehe.


0 comments: