Monday, December 7, 2009

Sem baru..natijah barukah?

Salam alaik..

Hari ini merupakan hari kedua permulaan sem 2 09/10..dan juga merupakan hari kedua saya berada di uia kampus kuantan ni, setelah beberapa hari cuti di rumah. Sebenarnya cuti kali ini banyak keluar je, ada program la..pegi sekolah lama la..bla..bla..duduk rumah pun tak sampai seminggu. teruk betul aku ni!!..hari ahad sebelum balik kuantan, pagi tu masih lagi ada kt bangi, x balik pun rumah lagi. huhu

Alhamdulillah, selamat juga sampai di bumi barakah, uia kuantan ni. sampai2 je sini, terus rasa nk demam dan sakit-sakit badan. ehm..syafakillah buat diriku..semalam telah selesai juga urusanku..bayar yuran dan register course untuk sem 2 kali ni.

Kelas pun ada yg dah start. So, ape perancangan untuk sem ni?

Sem baru..natijah baru..semangat baru..



Hidup ini adalah perjuangan. Jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. Janganlah kamu meninggalkannya. Kuasailah pelbagai bidang ilmu dimana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi. Hanya di tangan orang-orang yang soleh dunia ini akan menghentikan tangisannya.

Ya..perjuangan hidup belum tamat, akan ku teruskan misi-misi perjuangan hidupku ini hingga ke akhirnya...moga syurgalah tempat kembali yang abadi.

Ya Allah, tabahkanlah hati ini, untuk mngharungi segala ujian dan dugaan yang mendatang, janganlah Kau biarkan diriku sendirian. Cukuplah Allah segalanya buatku...

Pengemis cinta Ilahi,
perindu syahid abadi

0 comments: