Thursday, December 10, 2009

Bila Al Quran di hati : 2

Briefing tahfiz package malam tadi berjaya memberi sedikit pencerahan dan semangat buat saya untuk memulakan kelas tahfiz pada semester ini. Alhamdulillah, sem ni akan ambil tahfiz 3. Bermaksud saya perlu menghabiskan juzuk 5 dan 6. Sedikit penerangan diberikan oleh ustazah tasmi’ saya atau lebih mesra kami memanggilnya kak lala. Juga taujihad dan kata-kata perangsang buat kami supaya lebih perform well this sem.

Di akhir briefing, kami berkongsi sedikit sebanyak tip-tips atau cara hafalan setiap orang dari kami. Ternyata masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk menghafal dan mudah ingat hafalan. Diantaranya ada yang menggunakan method memahami maksud atau cerita disebalik ayat yang dihafal itu. Selain itu, ada juga cara dengan membahagikan setiap muka surat Al quran kepada 2 bahagian, kemudian baca, lancarkan dan hafal the first half then after that, move to the second half of the page. Actually we can try the methods which are suitable for us.
Dan untuk mengekalkan hafalan pula, masing-masing juga mempunyai cara yang berbeza. Antaranya :
-
Membaca di dalam solat
- Mengulang setiap hari. In case tak hafal pun, baca je ayat tu
-
Menggunakan teknologi yang ada. Seperti mp3, radio,cd dan sebagainya.
- Biasakan diri kita,apabila membuat kerja di laptop @ PC, bukaklah bacaan Al Quran instead of lagu nasyid. Sekurang-kurangnya ia boleh membantu kita untuk ‘iadah sikit2 bagi sesiapa yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk ‘iadah.
-
Mendengar bacaan-bacaan daripada imam yang pelbagai. Adakalanya kita akan lebih ingat sekiranya ayat tersebut dilagukan.

Di akhir perkongsian, kak lala turut berkongsi petua yang diberikan oleh ustaznya. Katanya untuk menghafal kalam Allah ini, kita perlu membaca dengan lancar ayat tersebut dahulu, barulah menghafalnya. Kemudiannya perlulah lah kita melihat kepada tafsirnya untuk lebih memahami dan menghayati ayat-ayat yang kita hafal itu. Leburkanlah diri kita dan bayangkanlah seolah-olah kita berada di dalam cerita dan kisah yang tersebut. Bagus kn?..

.Bagi yang betul-betul ingin mengingati ayat-ayat yang telah dihafal, perlulah mengulang baca ayat tersebut sebanyak 60 kali. Banyak kn? Pasti hasilnya juga memuaskan.

Selain itu, cara yang paling berkesan untuk menghafal ialah dengan menulis ayat-ayat yang telah kita hafal tu.

Gunakan sepenuhnya nikmat pancaindera yang telah Allah kurnikan kepada untuk kita menghafal ayat-ayatNYA.
-
Mata : untuk kita melihat dan membaca dengan lancar ayat tersebut sebelum kita menghafalnya.
- Telinga : gunakan alat bantuan pendengaran seperti radio, mp3, cd @ kaset untuk melazimkan kita mendengar ayat-ayat Al Quran.
-
Tangan : tulislah ayat-ayat tersebut supaya kita akan lebih mengingatinya.

Kita boleh analogi kan Al Quran ini seperti pasangan suami isteri. Apabila dalam sehari isteri tidak menegur si suami, tentu si suami akan merajuk. Apatah lagi jika 2,3 hari si isteri tidak menegur, bercakap dan bergurau senda dengan suami, pasti suami akan patah hati, merajuk dan menjauhkan diri dengan si isteri.

Begitu jugalah dengan kita, sebagai seorang hamalatul Quran, yang menghafal Al Quran , sama ada baru belajar untuk menghafal Al Quran, atau pernah menghafal Al Quran hatta bagi sesiapa yang tidak menghafal Al Quran sekalipun. Apatah lagi sesiapa yang telah menghafal 30 juzu’. Sebuah analogy yang mudah untuk kita faham. Andai dalam sehari kita tidak mengulang Al Quran, pasti kita akan lupa ayat-ayatnya. Apatah lagi andai dalam sehari kita tidak membaca dan membukanya, pasti Al quran akan semakin jauh dari hati kita. Jauh. Dan semakin jauh.

Oleh yang demikian, lazimilah mengulang Al Quran supaya hati kita sentiasa hidup dan semakin dekat dengannya. Secara tidak langsung ini akan membuatkan kita lebih mengingati ayat-ayat yang telah dihafal.

Bukan mudah untuk melaksanakannya, ternyata saya sendiri pun masih berusaha untuk memperbaikinya. The important thing is DISCIPLINE .Ya Allah, Kau jadikanlah cahaya Al Quran ini bersinar menyinari diriku..

Katakanlah tidak pada sesuatu yang tidak penting untuk kita, supaya kita ada masa untuk Al Quran.

Hendak seribu daya, perlu seribu cara

Tepuk dada, bertanyalah pada iman!!!

1 comments:

Khabir Shuhaimi said...

Assalaamu'alaikum wrm wbt

Salam Ziarah first time

Alhamdulillah, mabruk atas usahanya
untuk menjadi generasi al-Quran..