Wednesday, August 19, 2009

Tradisi Menuntut Ilmu

Bismillahi wal Hamdulillah.


Lama benar tak menulis. Alhamdulillah, our first halaqah already done tonight. Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya dapat juga cari masa untuk buat. Dan bersyukur juga sebab members halaqah saya masih lagi bersemangat untuk meneruskan halaqah 2 untuk sem ni. Amanah sebagai naqibah halaqah under co-curricular activity centre, STAD IIUM harus dipikul sebaiknya. Bahkan amanah inilah yang akan dipersoalkan oleh mahkamah Allah kelak. masyaAllah..


Kekangan dan kesibukan aktiviti seharian amat meletihkan diri ini. Kerja-kerja society, kelas dan quiz yang tiap2 hari ada amat membebankan. Inilah lumrah hidup. Dan kadang-kadang masalah inilah yang menyebabkan saya terlepas pandang amanah sebagai naqibah halaqah ini. Maka, akan menyebabkan hak-hak orang lain tidak tertunai. Amatlah malang andai diri ini turut melupakan dan mengabaikan hak-hak Allah yang perlu ditunaikan. Astagfirullah..


Hanya satu resolusi buat diri ini yang saya dapat simpulkan selepas habis halaqah tadi.


TAMBAHKAN THAQAFAH DARI SEGI SIRAH DAN KISAH TELADAN..

Ini kerana dalam usaha mentarbiah dan mengislahkan sahabat2 yang bukan berlatar belakangkan agama (kurang penghyatan agama dalam hidup) adalah sedikit mencabar. Mereka lebih suka mendengar kisah2, berkongsi cerita dan info2 yang baru berbanding jika saya hanya membaca teks halaqah tersebut.





Ya..lebih2 lagi sebagai seorang remaja, yang banyak mengikuti perkembangan semasa (kecuali isu semasa) memerlukan pendekatan yang berlainan untuk didekati.


Disinilah peranan daie sangat penting. Be creative and be more knowledgeable supaya boleh mnjawab semua soalan yang diajukan oleh mad’u.


Andai kita tak tahu jawapannya, jujurlah mengatakan tidak.


Tapi, biasanya mad’u kita akan menanyakan soalan2 yang simple shja seperti fardu ain, hukum2 dan sebagainya. Walauapapun, persiapkanlah diri kita dengan ilmu. Hnya dengan hujah sahajalah, Islam boleh menang.


Kesimpulannya, jadilah orang yang berilmu, kalu tidak jadilah orang yang mempelajari ilmu, atau jadilah orang yang mendengarkan ilmu, atau jadilah orang yang mencintai ilmu dan janganlah jadi golongan yang kelima, sesungguhnya sangat binasalah bagimu…(mafhum hadith) maaf, tak ingat sanatnya.huhu.


Begitu perlunya kita menghadapi ilmu, kerana kedudukan seorang alim lebih tnggi dibandingkan kedudukan seoranga abid.


Rasulullah bersabda : “kelebihan seorang alim daripada seorang ahli ibadah, seperti kelebihanku terhadap orang yang terendah di antara kamu”. (HR At-Tarmidzi)


Mua'd bin Jabal berkata, carilah ilmu pengetahuan. Sebab mempelajarinya kerana takutkan Allah adalah ibadah, mempelajarinya bererti tasbih, membahasnya jihad, mengajarkannya sedekah dan mencurahkannya kepada ahlinya merupakan pengorbanan. Ilmu adalah teman ketika bersendirian, dalil agama dan penolong dalam suka dan duka. Ia sahabat karib ketika sepi, teman yg paling baik dan paling dekat serta merupakan cahaya jalan menuju syurga. Dengannya Allah mengangkat martabat ummat, lalu dijadiaknNya mereka pemimpin dlm perkara kebaikan'





2 comments:

.:Ismi Farha:. said...
This comment has been removed by the author.
.:Ismi Farha:. said...

salam...

alhamdulillah..
best entry nie..
ana mencari pengisian mengenai "ILMU"..
skurang2nya hari ini dpt jgk pengisian utk diri..even skjap jer ana online.. syukran sahabat =)

Ramadhan Kareem...my dearie!