Saturday, June 11, 2011

Motivasi buat bakal dan para huffaz


Sudah lama blog ini tidak diupdate akibat kekangan masa saya yang terbatas. Menjalani kehidupan praktikal di hospital sekarang ini melatih saya menguruskan kehidupan bekerjaya dengan baik. harapnya berterusan kebaikan ini. Sekadar berkongsi artikel ini bersama sahabat-sahabat sekalian. Apabila membaca artikel ini, teringat kembali pesanan ustaz tasmi' saya. Di alam kerjaya, sangat menguji masa kita dengan Al-quran. tidak seperti semasa kita belajar. Masih mempunyai masa yang banyak dengan Alquran, Dan apa yang ustaz saya pernah bagitau dulu benar-benar terjadi pada saya di waktu praktikal ini. Allahuakbar! Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.


Motivasi buat bakal dan para huffaz

Saya kurang pasti kiranya ini boleh dikatakan sebagai motivasi. Namun ramai yang memberi emel dengan maksud yang lebih kurang sama. Selain untuk bertanya kaedah dan petua, perkara wajib yang diminta adalah tasyji' dan motivasi buat meneruskan perjuangan sebagai huffaz. Itulah realiti. Seorang huffaz tanpa motivasi akan menjadi lembah yang tiada air.

1. Betulkanlah niat. Andai sudah betul, jagalah niat itu. Jaga dan terus jaga. Hati manusia boleh berbolak balik dalam dua detik sahaja.

2. Jagalah adab. Adab dengan semua. Al-Quran terutamanya. Junjung dan tatang secara luaran dan dalaman. Adab dengan guru @ murabbi. Adab dengan Ibu dan ayah sendiri. Ambil berat persoalan adab. Jaga dan terus jaga.

3. Perhatikan masa dan usaha. Semua orang mempunyai 24 jam tapi tak semua orang 'memiliki' 24 jam. Tingkatkan usaha. Istiqamah dengan usaha ana sendiri.

4. Pelajari kaedah. Banyak tempat untuk dirujuk dan bertanya. Tanya pada yang alim , pada yang sudah berpengalaman. Terima dan praktikkan dengan penuh iltizam.

5 . Jangan hangat2 tahi ayam. Jangan sekerat jalan. Kembali kepada persoalan niat. Tekad seteguh2nya.

6. Jauhi maksiat zahir dan batin . Maksiat kecil sehinggalah maksiat besar. Duduk berseorangan pun boleh berlaku maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang dan budaya. Perhatikan makna taqwa yang diumpamakan oleh seorang sahabat r.a : " Laksana kamu berjalan di atas jalanan yang penuh dengan onak dan duri..."

7. Pegang Al-Quran sentiasa. Kucup dan junjung. Bawa dalam keadaan suci dan berwudhu'. Sayangi Al-Quran secara jujur tanpa sedikitpun unsur hipokrit. Sayangi yang zahir ( mushaf ) dan sayangi yang batin ( hafazan dan amalan ).

8. Syaitan akan 'mendampingi' anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di'peras ugut' oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz.

9. Maka selalulah bermohon kepada Allah. Minta dengan Allah. Jangan tinggal solat hajat. Permintaan supaya dipermudahkan hafazan dan di'benar'kan khatam hafazan Al-Quran jangan ditinggalkan. Itu antara doa wajib bagi anda sampai anda mati.

10. Jangan tinggal hubungan hati dengan Allah walaupun sedetik. Sedetik itu sangat bermanfaat bagi Syaitan untuk mengambil ruang dan kesempatan. Seorang murid pernah dihantar oleh gurunya untuk berdakwah di suatu tempat ( kisah sahabat r.a ) :

Guru bertanya : bagaimana kiranya dalam perjuanganmu kamu akan diganggu oleh nafsu dan syaitan yang akan menerkam bila2 masa sahaja? Murid menjawab : aku akan menghalaunya . aku akan sentiasa menghalaunya. Murid memahami bahawa syaitan dan nafsu adalah ujian wajib. Guru bertanya lagi : bagaimana kalau keduanya terus mengganggumu? Murid menjawab : aku akan terus melawan dan menghalaunya. Guru bertanya lagi : justeru sampai bila? Murid gagal memahami , lalu dinasihatkan oleh gurunya : Jika kamu diganggu oleh binatang buas yang akan menerkammu, beritahulah kepada tuan kepada binatang tersebut supaya tuannya boleh menghalau binatang tersebut dari terus mengganggumu. Tuan kepada kedua musuh kita hanyalah Allah. Jangan sesekali tinggalkan doa dan pergantungan kepadaNya.



Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?

1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang 'mencari pasal' untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda 'mencari pasal' yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!

2. Bila anda faham bahawa anda yang 'mencari pasal' , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2 yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan Al-Quran.

Tapi ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.

Bila malas iadah, beri alasan 'tak masyi'. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.

3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.

4. Anda akan semakin diuji..

5. Anda akan terus diuji..

6. Dan anda akan semakin kuat diuji..

7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.

8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23. Alangkah sayang..

9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.

11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.

Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN. Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.

12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta'ala dalam surah Al-Qiyamah : " Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia.."

13. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling 'keras' buat kita semua para huffaz Al-Quran ( terutama ana ).


" Allahummaj'alhu Hujjatal lana Wala Taj'alhu Hujjatan 'Alaina Ya Rabbal 'Alamin.."

Hafizquran.blogspot.com

Monday, May 16, 2011

Musim walimah


Setiap jemputan dari saudaramu itu harus dipenuhi. Semakin hari semakin gembira apabila mendapat perkhabaran walimah sahabat-sahabat, namun jauh disudut hati sangat risau dan takut sekiranya tidak dapat untuk memenuhi undangannya. Namun, saya tetap mendoakan mereka yang telah sampai seru dan akan menyempurnakan separuh lagi agamanya terus tabah, sabar dan gembira dengan ujian rumahtangga yang bakal dihadapi. Ternyata, keputusan ntum untuk menikah adalah pilihan yang terbaik, cuma harus bagaimana anda mengemudi kehidupan selepasnya nanti. Bak kata seorang sahabat saya, pernikahan ni jalan mudah mendapat redha Allah. Cuma, bagaimana caranya untuk melaksanakan. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. InsyAllah.

Berikut adalah senarai undangan walimah sahabat-sahabat saya sepanjang cuti ini. ni tidak termasuk lagi sahabat2 yang masih tidak mengumumkan lagi


21 Mei 2011

Nurul Syuhadah & Kamal
Sahabat baik dunia akhirat,
(Kuantan, Pahang)

29 Mei 2011

Wan Mahani & Mohd Amiruddin (Pasir Pekan, kelantan)
Mohd Zaki & Khalidah Shaqwanah (Bukit Kapar, Selangor)
Rahmatulnisah & Abdul Rahman (Batu Gajah, Perak)


3 Jun 2011

Sylaty & Ashraf (Tumpat, Kelantan)


4 Jun 2011

Husna & Nidzam (Wakaf Baru, Kelantan)
Rashidah & Saiful (Pasir Mas, kelantan)
Husnaizzati & Ahmad Yusoff (Tumpat, Kelantan)
Amalina Abdullah & Mukhlis (Kuala Terengganu)
Zaidah & Alias (Kuala Terengganu)



6 Jun 2011

Zaiton & Habibullah (Rantau panjang, Kelantan)


7 Jun 2011

Ahmad Yusoff & Husnaizzati (Kuala Terengganu)

11 Jun 2011

Habibullah & zaiton (Kuantan, pahang)
Solehah & Naazir (Kuantan, Pahang)
Mukhlis & Amalina (Sungai Petani, Kedah)
Muhammad & Norsyazwani (Baling, Kedah)

18 Jun 2011

Aishah Masri & Khairul Hazwan (Taman Kermat, KL)

24 Julai 2011

Fauzan Mohamed & Siti Aisah (Machang, Kelantan)

Friday, May 6, 2011

Konvensyen Mahasiswa Selangor


Ayuh! gegarkan Konvensyen Mahasiswa Selangor 2011

Tarikh : 17 mei 2011

Tempat : Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK kerajaan Negeri Selangor

Masa : 8.30 am - 10.30pm

Anjuran : Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) bersama Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama GAMIS

JOM! daftar sekarang..

Sunday, April 10, 2011

Jika gunung pun hancur...

Gunung Merapi, Indonesia (sekadar gambar hiasan)


Pada suatu hari, sedang asyik i'adah quran, sehinggalah sampai ke ayat 143 surah Al A'raaf..agak lama saya berhenti untuk mentadabburnya....

Allahuakbar! Begitu besar kekuasaanMU..

kisah Nabi Musa bersama kaumnya, Bani Israil...Jom kita ikuti sedutan kisahnya.

"Dan ketika Nabi Musa datang (untuk munajat) pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku) " (7 : 143)


"Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur". (7 : 144)

Saturday, April 2, 2011

Sebuah Pencarian..

Hari-hari hidup dalam pencarian.

Mencari kebenaran. Mencari kehidupan. Mencari jalan. Mencari cahaya. Mencari jawapan untuk semua persoalan hidup.

Dan yang paling penting, mencari Tuhan supaya sentiasa dekat dihati, perhatikan kembali semua tindakan kita. Adakah semua yang kita lakukan itu adalah sifat-sifat seorang hamba yang bertuhan?? Pentingnya mendalami ilmu ihsan. Amal. Ikhlas

Perlu bermujahadah!
supaya iman bersuara lebih kuat dari nafsu

dan bagaimana kita memandang dunia..itu pokoknya
dan di sekeliling kita ini ialah pelajaran yang best!


Turning point?

titik kembali dimana hidayah Allah itu sampai. Dan bilamana hidayah Allah itu datang, masihkah aku mampu menidakkannya..Allahurabbi......

berjiwa besar, teruskan langkah dan lebarkanlah tangan untuk terus memberi

menjadi yang terbaik, memberi yang terbaik!

Wednesday, March 30, 2011

Munajat si pengemis ilmu



::Doa Penerang Hati::
Ya Allah kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul, serta mendapat ilham daripada malaikat yang hampir denganMU, kurniakanlah kami kesihatan Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang


::Doa Mohon diberi kemudahan dalam bekerja dan berfikir::
Ya Allah tiada sesuatu yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah dengan kehendakMU


::Doa Mohon diberi Kebijaksanaan::
Ya Allah bukakanlah kami hikmatMU dan limpahkan kami rahmat dari perbendaharaan rahmatMU Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang


;:Doa Mudah Faham dan Hafal::

Ya Allah keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu, muliakan daku dengan sinaran kefahaman, bukakan bagiku pintu ilmu dan hiasilah daku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang


::Doa Mengingati Perkara yang lupa::

Ya Allah aku mempertaruhkan kepada MU apa yang Engkau ajarkan kepadaku, kembalikanlah semula kepadaku apabila aku memerlukannya



Boleh juga mengamalkan doa daripada surah An-nur ayat 35


amalan adik nik nur madihah: sebelum belajar/buat latihan bacalah: ~ al-istiazah ~ basmalah ~al-fatihah ~doa penerang hati ~ayat kursi ~ayat 1000 dinar

Insyallah,dapat tenangkan hati & lindungi daripada apa2 gangguan ketika belajar.

Sebelum itu adalah lebih baik kita memuji Allah, berselawat, beristighfar dengan ikhlas dan yakin. Pilihlah waktu yg afdhal, menghadap kiblat dan merendahkan suara kita..InsyaAllah...~ Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambanya~


FAHAM itu adalah rezeki. Allah mengurniakan kefahaman kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Ingin mendapatkan rezeki FAHAM ILMU, samalah seperti apa yang kita lakukan untuk memperoleh rezeki-rezeki yang lain seperti harta, makanan dan sebagainya.

Asasnya usaha, usaha dan usaha. Berusaha dalam berdoa, berusaha dalam belajar, berusaha dalam mentaati guru-guru, berusaha dalam mendapatkan ilmu.

Semoga terus kuat berusaha untuk syurga dunia dan akhirat. Mujahadah itu kuncinya!

Sunday, March 27, 2011

Mana milik kita?



Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Dalam perjalanan pulang dari melawat senior saya di HTAA, kak fiey yang mengalami kemalangan minggu lepas, lantas lirik lagu ini terasa terngiang-ngiang di kepala fikiran. Mendengar kata-kata beliau, terasa sebak dan terharu. Semoga beliau terus kuat dan tabah!

Mata kita, tangan kita, kaki kita, harta kita, anak-anak kita, rumah kita, pangkat kita, ibu ayah kita, kesihatan kita....

Bila ditarik salah satu dari nikmat tersebut, barulah kita akan merasa bahawa kerdil dan lemahnya diri ini jika hendak dibandingkan dengan kuasa Allah SWT. Barulah kita sedar betapa selama ini kita banyak sekali mengkufuri nikmatnya. Lupa, alpa dan leka.

Bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur demi mengharapkan sepenuh keredhaanNya. Apa yang kita buat, apa yang kita sebut malah udara dan gas oksigen yang dihirup setiap saat ini juga adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Dia boleh mengambil semula haknya, malahan kita yang perlu membayar semula nikmat-nikmat ini dengan pengabdian yang tidak berbelah bahagi. Allahuakbar. Semoga aku tidak lalai dalam pengabdian ini.